Sunday, August 19, 2012

Operasi khas Ramadhan Pemuda Dun Sura

0 comments
oleh : Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan
Pemuda Dun Sura 


Bergerak dalam satu jemaah dan 'teamwork',akhirnya pasukan Pemuda Bersamamu 8.0 kini bersedia untuk turun ke medan masyarakat bagi menghulurkan secebis sumbangan dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan makanan kepada golongan yang fakir, miskin, anak-anak yatim dan golongan kurang bernasib baik di seluruh ceruk kampung di Dun Sura sebagai meringankan kesusahan mereka ini bagi menyambut hari lebaran 1 Syawal.

Selesai sahaja mendirikan solat sunat hajat berjemaah dipusat operasi Pemuda Bersamamu 8.0 di markaz pemuda Dun Sura bagi memohon dipermudahkanNya tugasan sehari ini, kami terus bergerak ke Pejabat PAS Dun Sura untuk melengkapkan aturcara program di mana 'konvoi bantuan kemanusiaan' ini akan dilepaskan secara rasmi oleh ADUN Sura, YB Hj Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli diikuti oleh Tuan Haji Wan Hapandi selaku Pengerusi Majlis Tindakan Dun Sura. Alhamdulillah, pasukan Pemuda Bersamamu 8.0 melangkah dengan ceria dan penuh semangat seramai 50 orang petugas sukarelawan.

Pergerakan terus lancar dan lebih teratur dengan dua pacuan 4 roda yang memuatkan bekalan beras dan keperluan makanan diikuti dengan beberapa buah kereta serta sejumlah ramai yang memilih bermotosikal, gagah melangkah dengan baju seragam yang segak diserikan dengan kibaran megah Terengganu, Malaysia dan bendera PAS mengiringi konvoi.


Sungguh kami bersyukur kerana kutipan sumbangan pada kali ini adalah melebihi sasaran yang sudah semestinya turut sama menambah nilai dan juga jumlah penerima sekitar 15 penerima dalam satu cawangan.Oleh kerana bilangan penerima sumbangan bertambah, konvoi Pemuda Bersamamu 8.0 hanya selesai dan berhenti begitu hampir dengan waktu berbuka puasa.

Kepada seluruh penyumbang yang budiman dan dermawan, hanya Allah jua yang mampu membalas segala amal jariah anda.Kepada seluruh warga pemuda Dun Sura yang terlibat dalam menjayakan seterusnya melakarkan kejayaan dalam program tahunan Pemuda Bersamamu 8.0 ini,kalian semua ibarat 'Jundullah', semoga diterima sebagai amal soleh yang ikhlas oleh Allah swt.


Buat penerima sumbangan yang tidak seberapa ini, diharapkan bersyukur dan sentiasa memahami usaha kami ini.Kerana kami hanya menjalankan amanah sedaya upaya kami sepertimana pepatah Pemuda Bersamamu, 'Prihatin Kami Tak Bertepi,Membantu Sekadar Termampu.


Akan menyusul gambar-gambar sekitar program Pemuda Bersamamu 8.0
Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy