Friday, July 30, 2010

Kerajaan Umno/BN 'Mencekik' Rakyat Sendiri

0 comments
http://buletinonline.net/images/stories/berita30/cermahPaka%20114.jpgDUNGUN - Umno dan Barisan Nasional (BN) didakwa sedang memeras rakyat bagi mengumpulkan sebanyak mungkin kewangan untuk dijadikan dana bagi membiayai pilihanraya umum ke-13 akan datang.

"Umno sedang buat kutipan untuk menngumpul dana bagi menghadapi pilihanraya, sekarang dia kutip duit, hasil dia 'peras' rakyat,"jelas Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful (Saiful) Bahri Mamat, ketika berucap dihadapan lebih 100 orang masyarakat Tionghua yang hadir pada Majlis Makan Malam di Batu Enam, disini, Khamis, 29 Julai.

(Gambar - Ng Chai Hing, Pengerusi DAP Kuala Terengganu tersenyum mendengar kupasan isu dari Ustaz Saiful (paling kiri) dalam ucapannya)

Makan malam tersebut yang diadakan bagi meraikan lawatan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang juga Setiausaha Nasional Publisiti parti DAP, Tony Pua, mendapat sambutan diluar dugaan.

Menurut Ustaz Saiful, tindakan kerajaan Umno/ BNmengurangkan subsidi yang sedikit kepada rakyat adalah satu tindakan yang agak keterlaluan kerana pada masa yang sama kerajaan mengutip pelbagai kutipan lain seperti cukai dan saman ekor.

"Subsidi yang berkaitan dengan masyarakat, orang ramai, mereka (Umno/BN) persoalkan, sedangkan cukai dia ambil daripada kita, cukai diambil, sama ekor lagi, semua duit dia kumpul, tapi subsidi tak ada,"tegasnya.

Beliau yang juga bekas ADUN Paka 1999 - 2004 berkata pada masa yang sama kerajaan terus memberikan subsidi kepada golongan yang sudah pun kaya, sebagai contoh, katanya, Penjana Kuasa Persendirian (Independent Power Producer) terus diberi subsidi jutaan ringgit.

"Dia (kerajaan Umno/BN) beri subsidi kepada orang-orang yang sudah kaya, tu (di) Paka (YTL - Yeoh Teong Lay) punya (Setesyen Janakuasa Elektrik), Untung RM1.5 juta sehari, sebulan untung RM40 juta, (untung) RM500 juta setahun,

"kerajaan (Umno/BN masih lagi bagi (subsidi kepada) IPP Swasta RM20 bilion setahun,"dedah Ustaz Saiful.disambut tepukan dari para hadirin.

Menurutnya penyertaan Petronas dalam sukan lumba kereta adalah umpama 'memikul biawak hidup' kerana terpaksa membayar RM2 bilion sedangkan beberapa syarikat pengeluar kereta jenama dunia manarik diri.

"Apa guna kita (masuk) Formula 1, RM 1bilion untuk taja 1 kereta lumpa Formula 1, Toyota tarik diri, BMW tarik, Honda Tarik diri, sebab tak mahu 'pikul biawak hidup', macaman Petronas boleh ambil (bahagian).....,"ulasnya lanjut.

Beliau berkata, tindakan kerajaan mengurangkan subsidi, menaikkan harga barangan, menguatkuasakan pelbagai cukai dan kutipan yang tidak sepatutnya adalah umpama 'mencekik' rakyat sendiri

Turut bersama memerihakan dan berucap di Majlis Makan Malam tersebut adalah Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing dan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching




Sumber : buletin online
Read full story

Wednesday, July 28, 2010

RAMADHAN SEMAKIN TIBA

0 comments

Kedatangan Syahru Ramadhan,penghulu segala bulan ini pasti menggamit hati setiap muslim untuk membuka lembaran baru dalam diari hidup masing-masing.Ada yang bertekad untuk memperbanyakkan amalan-amalam sunat di samping amalan fardu kerana gandaan pahala yang sangat besar.Ada juga apabila tiba dibulan Ramadhan sinonim dengan amalan sedekah atau membantu orang-orang miskin dengan cara memberikan sumbangan berupa duit ataupun makanan.

Bersempena bulan Ramadhan kali ini,Pemuda Dun Sura seperti biasa akan mengadakan program 'Pemuda Bersamamu' bagi membantu golongan fakir miskinsupaya dapat meringankan bebanan kepada insan yang memerlikan malahan ia juga akan meningkatkan rasa persaudaraan serta menimbulkan perasaan saling hormat-menghormati.Program yang akan dilangsungkan ini diharapkan dapat meningkatkan lagi hubungan sesama penduduk di Dun Sura.Jesteru,kami berharap kepada semua AJK pemuda Dun Sura supaya menggunakan peluang yang seluas-luasnya untuk beramal dan meraih kelebihan yang Allah Taala sediakan eksklusif didalam bulan ini.Selamat meneruskan ibadah puasa dengan tekad untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.Semoga Ramadhan ini akan membentuk kita menjadi insan yang lebih baik bukan hanya dari sudut amalan ibadah khusus kepada Allah malah dalam pelbagai aspek seperti akhlak dan juga sentiviti kita kepada saudara-saudara muslim kita.
wallahu'alam..
Read full story

Risalah kartun untuk edaran

0 comments
oleh : Lajnah Penerangan & Dakwah
Pemuda Dun Sura

Siri risalah kartun ini adalah terbitan Unit Risalah Lajnah Penerangan dan Dakwah Pemuda Dun Sura.Walaupun sudah lama diterbitkan, pihak Team IT merasakan perlu dikongsi sama-sama untuk edaran bahan penerangan isu-isu semasa.

Pihak kami akan mengolahterbit secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan dan kesesuaian semasa.


ISU HARGA MINYAK NAIK













ISU-ISU yang lain akan menyusul lagiii...
Read full story

Hanya Allah Mengetahui Segalanya - Tafsir Surah Al-An'am: 59

0 comments
sumber : http://presiden.pas.org.my/v2/

Ditulis oleh Presiden PAS

Isnin, 03 Mei 2010 17:41



Firman Allah bermaksud, "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." (Surah Al-An'am: 59)

Dalam menghuraikan ayat ini, Ibnu Kathir telah menyatakan satu hadis daripada Imam Bukhari yang meriwayatkan daripada Salim bin Abdilllah, daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya anak kunci segala perbendaharaan itu ada lima, tidak mengetahui seseorang pun melainkan Allah SWT.

"Lalu Baginda membaca firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Penegtahuannya." (Surah Luqman: 34)

Ertinya dalam hadis ini Nabi s.a.w. menyebut bahawa terdapat lima kunci perbendaharaan segala yang ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT, tidak diketahui oleh orang lain.

Pertama ialah tentang bilakan berlakunya hari kiamat. Bukan sahaja Nabi s.a.w. dan manusia yang lain tidak akan mengetahuinya, para malaikat pun tidak diberitahui tentang bilakan berlakunya hari kiamat itu sehingga Jibrail a.s. datang menemui Rasulullah s.a.w. satu ketika bertanyakan soal itu.

Kedua, tentang kekuasaan Allah menurunkan hujan. Allah sahaja yang berkuasa untuk menurunkan hujan di mana sahaja yang Dia kehendaki.

Ketiga, Dialah sahaja yang mengetahui sebenar-benarnya apa yang ada dalam kandungan seorang ibu termasuk berkait dengan zuriat keturunan, jantina janin, kesihatan dan sebagainya.

Keempat, Dialah jua yang mengetahui apa yang akan berlaku ke atas seseorang dengan setepat-tepatnya sama ada baik ataupun buruk. Manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepadanya esok hari.

Kelima, Dia sahaja yang mengetahui di manakah bumi tepat matinya seseorang manusia, bagaimanakah keadaan manusia itu mati dan seumpanya. Begitulah juga dengan makhluk-makhluk yang lain. Mereka tidak mengetahuinya tetapi Allah Maha Mengetahui segala-galanya.

Sementara itu sebuah hadis daripada Umar r.a. bahawa Jibrail a.s. ketika merupakan dirinya sebagai seorang manusia yang berpakaian seperti orang Arab, datang menemui Rasulullah s.a.w. bertanyakan tentang Iman, Islam dan Ihsan, lalu Rasulullah s.a.w. memberitahu Jibrail a.s. bahawa ada lima perkara seseorang pun tidak mengetahuinya melainkan Allah. Lalu baginda s.a.w. membaca firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya di sisi Allah ada pengetahuan tentang hari kiamat." (Surah Luqman: 34)."


Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, "Dan Dia Mengetahui apa yang ada di darat dan di laut." (Surah al-An'am: 59)

Yakni Maha Luas ilmu-Nya meliputi segala makhluk-Nya sama ada yang ada di darat dan di laut. Tidak ada apa pun yang boleh menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya walaupun sebesar zarah sekalipun sama ada ia berada di bumi atau di langit.

Seorang penyair menyebut: "Tidak tersembunyi dari-Nya meskipun sebesar zarah sama ada dapat dilihat oleh yang mempunyai penglihatan atau sebaliknya."

Firman Allah yang bermaksud, "Dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya." (Surah al-An'am: 59)

Ertinya, Dia mengetahui gugurnya daun dari pokok termasuk jumlah, masa dan seumpamanya. Bahkan Dia juga mengetahui pergerakan makhluk lain termasuk jin dan manusia sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Allah Mengetahui pengkhianatan (keserongan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa tersembunyi di dalam hati." (Surah al-Mukmin: 19)

Dalam menjelaskan ayat 39, Surah al-An'am ini Ibnu Abbas katanya, "Tidak tumbuh sebatang pokok pun sama ada di daratan atau di lautan melainkan ada seorang malaikat yang menjaganya. Malaikat itu mencatat apa yang gugur daripadanya."






Read full story

Tuesday, July 27, 2010

Mati dalam sujud

0 comments


DALAM SUJUD KUBERSUJUD

Terdiam,

melebur bersama ku bertadabbur.

Mata memandang seakan kabur,

dunia seolah berhenti berputar

anginpun tiada berhembus.

Lengang,,,

Sunyi,,,

Rasaku hilang

Aku tersujud dan disujudkan dalam kehendak

Yang Baqa'.

Tiada ingin yang kuingin

Tiada harap yang kuharap

semua memudar, semua menjadi samar

yang ada hanya Dzat-Nya

Adaku menjadi tiada, sujudku

pada-Mu Rabby...

Sujud yang tiada kukehendaki sujud.

Sujud karena Engkau yang menyujudkan.

Mata ini tiada mampu melihat,

telinga tiada mampu mendengar.

Tapi, jantung ini masih terasa berdetak,

darah ini masih mengalir, dan nafas ini masih terhirup.

Semua mengikut kehendak Yang Maha Luhur.

Dia Yang Maha Mengatur.

Melebur...




-ba'da dhuhur kutersujud dalam balutan cintamu Rabby-

-4feb09-

Haura El-Humaira



KLIK UTK BACA :

Read full story

PAS UMNO yang saling sesat – menyesat : apa beza?

0 comments


oleh : Ustaz Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz


Salam Palestin,

UMNO kata PAS sesat dan PAS kata UMNO sesat. Kerana saling sesat – menyesatkan maka mereka saling bercakaran walaupun sebab utama percakaran bukanlah kerana tindakan saling lempar – melempar itu, tetapi kerana dasar perjuangan mereka yang berbeza. Maksudnya, jika tak saling menuduh, tak sesat – menyesatkan pun mereka akan tetap bercakaran juga kerana percanggahan ideologi itu.

Dari dulu lagi PAS kata UMNO sesat dan dari dulu yang sama tempohnya juga UMNO kata PAS sesat. Tak tahulah bila nak berhenti. Memang bila dah sesat, memang susah nak sampai ke penghujung, apatah bila dah saling sesat – menyesatkan, lagi – lagilah susah nak ketemu hujung habisnya. Hari ini saya tak kisah pun jika mendengar orang PAS kata UMNO sesat dan begitulah jika saya dengar UMNO kata PAS sesat juga. Sebabnya, dah kalih, dah lama sangat dengar cerita saling sesat – menyesatkan ini.

Sesat maknanya salah, menyeleweng dan tak betulnya dasar atau matlamat atau cara atau tindakan seseorang itu. Maka orang yang menyesatkan itu mestilah menerangkan maksudnya itu agar difahami. Tak masuk Islam adalah sesat, tak solat pun sesat dan solat tak ikut tertib rukun pun sesat, tetapi ia adalah sesat yang berbeza. Yang pertama sesat kufur, yang kedua sesat jenis fasiq dan yang ketiga pula sesat kerana tak ikut cara nabi, maka tak sah solatnya. Solatnya jadi sesat juga. Maksudnya, sipenuduh sesat itu kenalah menerangkan maksudnya itu agar difahami dan tak jadi sesat pula orang kerana tersalah faham maksudnya itu.

Maksudnya, si penyesat atau si penuduh itu perlulah bertanggung jawab. Mesti, kerana jika tidak, sesatnya itu akan kembali pula kepadanya kerana dia telah menyebabkan orang jadi sesat kerana tersalah faham maksudnya itu, selain kemungkinan dia sesat kerana tuduhan menyesatkan yang sememangnya tidak betul.

Macam fatwa Wilayah Persekutuan yang menyesatkan ESQ. Jika betul, bagus sangatlah fatwa itu. Selamatlah ramai orang daripada jerat ESQ yang tersohor sangat namanya itu saat ini sehingga telah ada kumpulan alumni dan generasi ESQ pula katanya. Tetapi, jika fatwa itu menambahkan kekeliruan dan kekeliruan itu gagal dijelaskan sebaik – baiknya oleh pihak berkenaan yang mahu mengekalkan fatwanya itu, maka fatwa itu pula jadi sesat. Menyesatkan yang tak sesat adalah sesat.

Apabila UMNO menuduh PAS sebagai sesat, maka ia adalah tuduhan yang berat. Ia mungkin bermaksud PAS menganut ajaran ugama Islam yang menyeleweng dasar, matlamat dan kefahamannya. Ia juga mungkin bermaksud sesat kerana tindakannya yang dilihat tidak islamik dan tidak ikut sunnah. Macam PAS berkerja sama dengan DAP dan menolak UMNO, bagi sesetengah pihak agak keterlaluan dan jauh daripada hujah ugama dan sunnah nabi. Kedua – dua kemungkinan maksud tadi telah meletakkan tuduhan tersebut begitu berbahaya kerana ia adalah hukuman agama yang besar ke atas ahli PAS dan penyokongnya.

Malangnya, tuduhan UMNO selalunya tidak diiringi dengan penjelasan yang nyata, apatah ia jauh daripada ruang untuk didebatkan atau dimuzakarahkan secara terbuka dan berani. Hanya tuduhan meliar yang entah ke mana hinggapnya.

Juga, apabila PAS menuduh UMNO pula sesat, maka ia pun satu tuduhan yang berat juga, sama berat dengan tuduhan oleh UMNO tadi. Ia mempunyai kemungkinan maksud yang sama juga yang begitu berbahaya kerana ia adalah hukuman agama yang keras sekali.

Tetapi, anda dengan jelas menyaksikan kelainan yang begitu membezakan PAS daipada UMNO.

Jika UMNO tidak bertanggung jawab di atas tuduhannya itu dengan mengelak penjelasan atau muzakarah atau debat untuk menilai kebenaran tuduhan mereka, PAS pula adalah sebaliknya. Setelah menuduh UMNO sebagai sesat, palsu, batil, salah, menyeleweng, fasiq, zalim dan sebagainya, PAS tampil untuk menjelaskan dan bersedia bersemuka dengan apa cara sekalipun asalkan tuduhannya itu diikuti pula dengan penjelasan yang difahami sebaiknya oleh orang yang memerlukan kefahaman dan kejelasan.

Tuan Guru Dato Hj Nik Abdul Aziz biasa saja melontarkan peluru yang panas – panas ke atas UMNO dan semua tahu bahawa ia bertujuan menimbulkan polemik dan kepanasan yang akan memaksa semua untuk memohon penjelasan beliau. Adakah anda melihat beliau senyap, bersembunyi dan enggan menjawab dan mengulas lagi? Tidakkan?

Sebelah UMNO pula, macam contoh terdekat, Dato’ Shafei Afdal yang menuduh PAS sebagai sesat, ke mana beliau apabila rakyat meminta penjelasan? Muka depan HARAKAH segera menuntut penjelasan, hujah dan bukti daripadanya dan UMNO juga, tetapi tiada apa – apa selain kesepian dan senyap.

Dan perkara yang sama berlaku apabila tuduhan – tuduhan terhadap PAS oleh pemimpin UMNO dilontarkan, ia tidak lebih selain tuduhan tanpa tanggung jawab dan penjelasan yang menenangkan.

Dari sudut ini, anda tahu bahawa UMNO ketika menuduh PAS sesat, ia gagal membuktikan bahawa tuduhan itu adalah betul, bahkan ia kekal sebagai tuduhan yang bersifat fitnah dan jahat.

Oleh kerana saya begitu faham dengan tuduhan PAS terhadap UMNO sejak dulu, sejak kecil saya lagi sehingga sudah menjadi kalih dengan isu sesat – menyesat ini bahawa UMNO adalah parti sesat, maka saya begitu mudah untuk menjelaskan maksud ‘tuduhan’ PAS tersebut. Saya perturunkan di sini agar anda dapat melihat isi penting pertuduhan yang ingin sangat PAS perjelaskan kepada rakyat, samada ahli PAS atau ahli UMNO agar semua rakyat memahami kedudukan pertelagahan UMNO – PAS. Kemudian saya akan jelaskan pula mengapa PAS konsisten pula memerangi UMNO.

Pertama, UMNO sesat dari sudut dasar. PAS konsisten berhujah bahawa dasar kebangsaan atau nasionalisme adalah sesat, salah dan terseleweng daripada ugama. Oleh kerana UMNO secara jelas menjadikan kebangsaan sebagai dasarnya, maka UMNO sesat dan menyesatkan rakyat Malaysia. Bagi PAS, dasar parti hendaklah Islam. Islam tulen sebagaimana di bawa RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam.

Tuduhan ini berat. Kerana berat, maka PAS mengambil tanggung jawab penuh untuk menjelaskan, memuzakarahkan, mendebatkan dan mensyarahkannya bila – bila masa demi mengabsahkan tuduhannya itu.

Kedua, UMNO sesat dari sudut matlamat. PAS konsisten berhujah bahawa membina negara demokrasi sekular yang menjadi matlamat UMNO adalah sesat, salah dan menyeleweng daripada ugama. Maka UMNO sesat dan menyesatkan rakyat Malaysia. Bagi PAS, matlamat hendaklah Islam juga dan matlamat Islam adalah menegakkan khilafah dengan membina sebuah negara Islam. Islam yang tulen sebagaimana di bawa RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam.

Tuduhan ini berat. Kerana berat, maka PAS mengambil tanggung jawab penuh untuk menjelaskan, memuzakarahkan, mendebatkan dan mensyarahkannya bila – bila masa demi mengabsahkan tuduhannya itu.

Ketiga, UMNO sesat dari sudut wasilah dan cara membangunkan negara. Menghalalkan riba, arak, judi, pergaulan bebas dan mengharamkan hukum hudud misalnya adalah gambaran cara dan wasilah UMNO menyusun, membentuk dan menyelesaikan masalah negara yang jelas keluar daripada pengajaran ugama dan sunnah nabi sallaLlahu alaihi wasallam. Ini tidak termasuk kezaliman dan rasuah yang berleluasa yang tidak diizinkan ugama.

Kesemuanya berat – berat belaka. Ia jika betul, maka UMNO betul – betul sesat dan mesti ditentang dan diperbetulkan. Jika terbukti salah dan hanya tuduhan tanpa asas, PAS pulalah yang sesat barat kerana menyesatkan yang tak sesat.

Justeru anda tahu bahawa kesediaan PAS memuzakarahkannya adalah bukti pertanggung jawaban PAS atau tuduhannya itu. Itu adalah persaksian yang sungguh gagah dan berani. Hujah adalah kemenangan dan mukjizat.

Tuduh – menuduh sesama umat Islam adalah memilukan, memalukan dan merugikan. Jadi, mengapakah PAS yang mendakwa sebagai parti Islam terus membuat tuduhan terhadap UMNO. Mengapa tidak dibiarkan UMNO sahaja yang menuduh dan memfitnah?

Ya, jawabannya adalah kerana amar makruf nahi munkar. Senyap melihat kemungkaran adalah satu dosa yang akibatnya telah diperlihatkan Allah kepada kita atas apa yang berlaku ke atas Bani Israel yang tidak mencegah kemungkaran sesama mereka.

Metodologi dakwah adalh pelbagai. Selain dakwah secara berlembut adalah hikmah, serangan keras RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam terhadap akidah kaum musyrikin dan perbuatan mereka yang menimbulkan kemarahan mereka juga adalah satu hikmah.

Kemarahan akan menyebabkan orang menjadi agresif. Ia juga menyebabkan manusia kembali untuk berfikir dan menilai kesalahan diri. UMNO telah lama agresif terhadap PAS. UMNO juga kadang kala kembali berfikir mengapa PAS konsisten dalam perjuangannya menentang UMNO dan idologinya. Itulah harapan kita untuk UMNO yang bergelumang dalm sesatnya itu.

Tulisan ini bermaksud menjelaskan beza PAS daripada UMNO sesudah mereka saling tuduh – menuduh.





Read full story

Sejak bila Umno tidak hina Islam

0 comments

oleh : Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat


Dalam akhbar HARAKAH bertarikh 30 Syaaban – 2 Ramadhan 1430/21 – 23 Ogos 2009, saya tertarik dengan dua fakta yang ditulis oleh Mohamed Hanipa Maidin dalam artikel beliau bertajuk “Sejak bila Umno tidak hina Islam.” Ia berbunyi seperti berikut:

i) Ucapan Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) antara lain menyatakan (dalam bahasa Inggeris) yang terjemahannya:

“(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.”


Ucapan Rais Yatim ini telah diterbitkan di dalam Infoline Majlis Peguam.

ii) Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam berkata
Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS.

Buat Rais Yatim dan orang-orang yang berfikiran seperti beliau, saya ingin bertanyakan begini. Dimana nak diletakkan pengesahan Allah S.W.T tentang taraf ugama islam melalui Ayat yang bermaksud:

Sesungguhnya Deen (agama) yang diredhai Allah hanyalah Islam? Inna deen na in dallah hil Islam? (Sebahagian Ayat 19: Surah Ali’Imran).”

Inikah caranya seorang pemimpin Islam membuat kenyataan? Dengan kata-kata seperti ini, syahadah kita yang bermaksud “tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” akan menjadi satu lafaz kosong. Ia bo;eh menukarkan “Asyhadu” ; langsung tidak berfungsi. Sepatutnya secara pengertiannya yang bergerak, dia(Asyhadu itu) memberi erti bahawa kita yakin sampai sanggup menjadi saksi. Perihal seriusnya kalimat syahadah ini sampai ia tidak boleh diwakili kepada orang lain untuk dilafaz.

Ucapan dan pegangan pemimpin Umno yang sebeginilah sebenarnya yang perlu direnung oleh seluruh umat Islam. Inilah salah satu puncanya sehingga saya berani membuat penegasan bahawa Umno ini membawa Islam dari benih kacukan. Islam dari jenis palsu dan plastik. Memang tepat sungguh sikap PAS yang telah menolak sebulat suara teori Kerajaan Perpaduan.

Jika samalah kedudukan rakyat yang ada agama seperti Islam, Kristian, Hindu dan Buddha maka apa pula halnya dengan mereka yang berfaham Atheis yang langsung tak beragama? Apa pula kedudukan golongan komunis yang menolak agama dalam kerangka pemikiran Rais? Sama? Tak serupa? Atau serupa tapi tak sama? Yang peliknya, dalam hal semangat Melayu, pemimpin Umno bermati-matian pula mempertahankan ketuanan Melayu. Apakah Rais bermaksud, faham kebangsaan Melayu itu berada di atas dari segala-galanya termasuk Islam itu sendiri? Malu sangatkah untuk iktiraf ketuanan Islam? Tidakkah Islam itu tempatnya di atas dan tiada yang mengatasi ?

Sedarkah kita bahawa jika dilayan logik pemikiran pemimpin bertaraf Menteri di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini, maka bila semua agama ini serupa tidakkah Hukum Murtad sudah tidak lagi diperlukan? Kubur muslim dan Non- muslim pun sudah menjadi tidak perlu kerana semua orang boleh ditanam bersekali? Mayat muslim pun apakah halal dibakar?

Sedarkah kita bahawa pemikiran jenis ini boleh membawa kita kepada fenomena perkahwinan campur antara muslim/non-muslim yang berleluasa tanpa perlu menukar agama. Ini juga bermakna Mahkamah Syariah tidak diperlukan lagi. Tak timbullah isu sebat Kartika sama ada perlu dibedal atau tidak mengikut peraturan dan syariat Islam. Pendek kata, kenyataan ini sudah tidak syak lagi telah menimbulkan keresahan yang bukan sedikit kepada umat Islam.

Menyentuh tentang kenyataan Dato’ Nazri Aziz pula, yang secara terang-terangan berkata di dalam satu forum anjuran Majlis Peguam bahawa Umno terpaksa menggunakan Islam untuk meraih undi kerana bimbangkan kehilangan sokongan kepada PAS jika tidak berbuat demikian; maka jelas di sini bahawa Umno tidak menjadikan Islam ugama untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kenyataan ini mengesahkan bahawa Islam bukan menjadi landasan perjuangan Umno. Islam itu bukan “a complete way of life”. Sahlah dengan ini, Umno hanya menggunakan Islam untuk tujuan-tujuan upacara dan “ritual” semata-mata. Ugama Islam hanya sekadar untuk cari makan dengan mengekalkan kekuasaan? Jika timbul keperluan, Islam itu boleh diperalatkan. Yang penting ialah hegemoni dan kekuasaan politik.

Jika begitu apa pula fungsi tilawah, perarakan maulidurrasul atau sambutan maal hijrah di sisi Umno yang dianjurkan selama ini? Dalam hubungan ini, jangan salahkan rakyat jika mereka menuduh Umno sebagai parti yang hanya pentingkan kuasa. Segala komitmen terhadap projek-projek agama hanya bertujuan kosmetik, pameran atau bahan perhiasan semata-mata untuk tujuan-tujuan materialistik.

Sebenarnya, inilah yang mendorong saya untuk mengatakan bahawa Umno ini sebuah parti politik sekular yang oportunis. Ia gemar dan selalu menggunakan faham kebangsaan dan Islam bagi mengelirukan orang Melayu. Umno menggunakan kesempatan sistem sekular yang memisah agama dengan kehidupan dan kadang kala mencampur adukkan segala benda itu untuk hidup sepenuhnya dalam tubuh pergerakan Umno. Ini yang menjadikan perjuangan mereka berkecamuk, tidak berhaluan dan tidak berdasar. Dasar Umno ialah “tiada dasar”.

Inilah juga alasannya ; saya mengistilahkan Umno ini sebagai parti yang mengamalkan Islam dari baka kacukan. Inilah juga Islam palsu yang saya telah namakan kepada parti Melayu ini kira-kira dua minggu yang lalu. Saya kata Umno ini beramal atas Islam plastik, dia memfitnah saya pula yang kononnya saya mengatakan mereka mengamalkan Islam Palestin. Inilah susahnya bermain dengan parti yang tidak menjaga agama dan menjadikan dosa pahala sebagai dasar, agenda dan program perjuangan.

Pendek kata sebelum Umno menuduh saya sebagai orang yang kononnya sedangkan mengelirukan umat mengenai Islam maka melalui bukti-bukti ini rakyat sekalian boleh melihat siapa dan parti manakah sebenarnya yang sedang keliru dan tekun mengelirukan rakyat dalam segenap segi. Sambil-sambil beriktikaf di masjid dalam bulan yang semulia ini, eloklah juga kita semua membuat renungan bagaimanakah cara yang sebenar untuk menyelamatkan Islam dan umat Islam dari tipu daya rakan-rakan kita dari Umno ini ?

Sebagai penutup, izinkan saya berundur dengan menumpang doa Nabi Allah Ibrahim a.s. yang berbunyi, “ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim : Ayat 41).



NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh :
5 Ramadhan 1430 / 26 Ogos 2009.






Read full story

Blog aibkan mufti bukan kendalian Pas: Idris Ahmad

0 comments


SHAH ALAM – Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad meno:lak kemungkinan kewujudan blog yang menghina Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan gelaran mengaibkan seperti ‘haramsani’ dan ‘haram jadah’ ditulis dan dimiliki ahli parti itu.

Menurutnya, setakat ini hanya laman web Harakah Daily yang secara rasminya diiktiraf sebagai laman web Pas walaupun wujud laman blog lain yang menggambarkan pandangan parti tersebut.

“Kita tidak boleh nak kawal pemilikan blog dan tiada sebarang pantauan dilakukan terhadap ahli Pas yang memiliki blog sendiri kerana jumlah blog terlalu banyak di Internet dan kebanyakan identiti pemiliknya sukar dikenal pasti.

“Maka, saya bimbang sekiranya ada musuh Pas yang menggunakan taktik menyamar sebagai ahli parti dan kemudiannya menulis pelbagai cacian di dalam blog untuk mengundang kebencian orang ramai yang membacanya terhadap Pas,” katanya.

Beliau berkata, menghina orang lain dalam blog sepatutnya tidak berlaku dan Pas tidak pernah menggalakkannya kerana parti tersebut adalah parti yang berakhlak.

Terdahulu, Harussani mengatakan beliau tidak kisah apabila ada beberapa penulis laman blog yang menghinanya menggunakan gelaran mengaibkan seperti ‘haramsani’ dan ‘haram jadah’, sebaliknya beliau menasihatkan agar mereka kembali kepada ajaran Islam sebenar.


http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7992925.asp
Read full story

Monday, July 26, 2010

Nisfu Syaaban dan fatwa tentangnya

0 comments

Assalaamu’alaikum w.b.t….. Sebagaimana telah kita ketahui apabila tibanya malam 15 Sya’aban, ramai yang akan ke masjid untuk solat jemaah dan membaca yasin sebanyak 3 kali. Tetapi tahukah kita dari mana amalan itu berasal? Sedangkan kita tahu, bahawa sesuatu ibadah khusus yang dilakukan jika tiada amalan atau dalil dari nabi Muhammad S.a.w maka dikira bid’ah.

Persoalannya mengapa perlu dilakukan sebanyak 3 kali dan dikhususkan pada malam tersebut? Sedangkan bacaan Yasin boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak terhad kepada berapa kali.

Seperti yang selalu saya lihat, bacaan Yasin yang dibuat sebanyak 3 kali itu dilakukan dengan pantas dan terkejar-kejar. Mungkin ianya sesuai dengan orang yang sudah mahir membaca Qasar, tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mahir dengan bacaan Qasar lebih-lebih lagi bagi yang tidak mahir membaca AlQuran bertajwid. Tidakkah itu sudah menjadi tunggang-langgang dan tidak berlaku dalam keadaan yang tenang. Apakah bagus membaca AlQuran dalam keadaan tergesa-gesa dan salah tajwidnya? Apakah hikmah di sebalik tergesa-gesa dan tidak faham apa yang dibaca itu?

Sebenarnya tiada hadith yang sahih yang memberitahu tentang bacaan yasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban ini dan jika ada pun, ianya adalah hadith berkenaan kelebihan malam nisfu Syaaban yang dhaif dan juga terdapat dalam hadith maudhu’ (palsu). Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis dhaif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan. Tetapi tidak sekali-kali dengan hadith maudhu’. Ingat, hadith maudhu’ maknanya hadith PALSU, dan hadith PALSU hanyalah hadith yang direka-reka oleh golongan tertentu.

Dengan kerana itu, adalah penting agar kita berhati-hati dalam memahami martabat sesuatu hadith itu.Namun , dalam soal bacaan Yasin sebanyak 3 kali dalam nisfu Syaaban tetap tidak ada hadith yang sahih berkenaannya dan amalan tersebut tiada ditunjukkan contoh langsung oleh nabi dan sahabat. Maka mengapa kita sekarang ini mengadakan majlis tersebut di masjid-masjid apabila tibanya malam nisfu Syaaban sahaja? Mengapa perlu menetapkan malam itu untuk membaca Yasin 3 kali dan berduyun-duyun menuju ke masjid sedangkan malam lain tidak? Itu yang perlu diperhati bersama.

Dan saya tidak berani mengatakan amalan tersebut haram. tetapi kita perlu ingat, amalan ibadah khusus yang bukannya berasal dari nabi sudah dikira bid’ah dan dibimbangi amalan itu akan menjadi penat dan lelah semata-mata kerana tidak berasas atau menambah dosa sahaja.

Tetapi menurut fatwa dari Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, amalan itu dikira bid’ah dan penjelasannya ada saya sertakan di bawah nanti.
Maka sebaiknya adalah kita lakukan sahaja amalan membaca Yasin atau apa-apa sahaja bacaan AlQuran , tanpa perlu dikhususkan 3 kali dan seumpamanya. Dan yang penting, bacaan itu biarlah TERTIB, TENANG dan memberi keinsafan kepada kita dan bukannya semata-mata mahu mengejar pahala sehingga membaca AlQuran dengan tergopoh dan salah tajwid dan mengatakan sepatutnya melakukan bacaan Yasin 3 kali itu.


Pengertian nisfu Syaaban

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)


Fatwa tentang merayakan malam Nisfu Syaaban

Bacaan yasin

Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.

Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia. Tidak hairanlah tiada fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama muktabar dunia masa kini tentang sahih batilnya amalan ini.

Kita beramal dan beribadat adalah untuk mendapat pahala dan kebaikan . Amalan ini hendaklah ada contohnya dari Rasulullah s.a.w. atau sahabat-sahabat atau ada petunjuk yang jelas dari al-Quran dan as-sunnah . Amalan mengkhususkan bacaan dan doa tertentu pada sesuatu masa tanpa nas yang sahih adalah amalan bidaah yang tertolak dan dikhuatiri berdosa; setidak-tidaknya ia akan membazirkan masa dan memenatkan badan.

Kita boleh membaca surah Yasin sebanyak mungkin pada bila-bila masa untuk mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam nisfu Syabaan dan dengan bilangan tiga kali. Kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah s.w.t untuk kebaikan dunia dan di akhirat tetapi tidak perlu dikhususkan di celah-celah bacaan Yasin di malam nisfu Syaaban. Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila saja dan tidak perlu berkampung di masjid-masjid dengan harapan mendapat ganjaran istimewa dari Allah s.w.t.

Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh seorang ulama terkemuka di Timur Tengah untuk menjelaskan tentang amalan bidaah di malam nisfu Syaaban. Perhatikan bahawa beliau tidak menyebut amalan membaca Yasin dan doa-doa yang mengiringinya kerana amalan tersebut tidak diamalkan oleh penduduk di Timur Tengah atau di bahagian lain dunia Islam. Boleh dikatakan bahawa amalan baca Yasin dan doa ini adalah sebahagian dari sekian banyak amalan bidaah ciptaan rakyat tempatan khusus untuk amalan penduduk nusantara ini!
‘Solat Sunat’ Nisfu Syaaban
Firman Allah (mafhumnya): “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” [al-Maa’idah 5:3]. “Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?” [al-Syur.a 42:21]

Dalam kitab al-Sahihain diriwayatkan daripada `Aisyah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: “barangsiapa mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang mana bukan sebahagian daripadanya, akan tertolak.”
Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Jabir r.a, Nabi (s.a.w) bersabda dalam khutbah Baginda: “Tetaplah kamu dengan Sunnahku dan Sunnah para Khulafa’ Rasyidun, serta berpegang teguhlah padanya… Berwaspadalah terhadap perkara yang baru diada-adakan, kerana setiap perkara baru adalah bid’ah dan setiap perkara bid’ah itu adalah sesat.” Terdapat banyak lagi ayat Qur’an dan hadis yang seumpamanya.

Ini jelas sekali menunjukkan bahawa Allah telah sempurnakan agama umat ini, dan mencukupkan nikmatNya ke atas mereka. Tuhan tidak mengambil nyawa RasulNya sehinggalah Baginda selesai menyampaikan perutusan dengan seterang-terangnya dan menghuraikan kepada ummah segala apa yang telah diperintahkan Allah samada amalan perbuatan mahupun percakapan. Baginda s.a.w telah menerangkan bahawa untuk ibadah yang direka selepas kewafatan Baginda, segala bacaan dan amalan yang kononnya dilakukan menurut Islam, kesemua ini akan dicampakkan kembali kepada orang yang mencipta amalan tersebut, meskipun ia berniat baik.

Para Sahabat Nabi s.a.w tahu tentang hakikat ini, begitu juga para salaf selepas mereka. Mereka mengecam bid’ah dan menegahnya, sebagaimana telah dicatatkan dalam kitab-kitab yang menyanjung Sunnah dan mengecam bid’ah, ditulis oleh bin Waddah, al-Tartushi, bin Shamah dan lain-lain.

Antara amalan bid’ah yang direka manusia ialah menyambut hari pertengahan dalam bulan Syaaban (Nisfu Syaaban), dan menganjurkan puasa pada hari tersebut. Tidak ada nas (dalil) yang boleh dipercayai tentang puasa ini. Ada beberapa hadis dhaif telah dirujuk tentang fadhilat puasa ini, tetapi ianya tidak boleh dijadikan pegangan. Hadis-hadis diriwayatkan mengenai fadhilat doa sempena nisfu Syaaban kesemuanya adalah maudhu’ (rekaan semata-mata), sebagaimana telah diperjelaskan oleh sebahagian besar alim ulama. Kita akan lihat beberapa petikan dari ulasan para alim ulama ini.

Beberapa riwayat tentang hal ini telah dinukilkan daripada sebahagian ulama salaf di Syria dan lain-lain. Menurut jumhur ulama, menyambut nisfu Syaaban adalah bid’ah, dan hadis-hadis tentang fadhilat-fadhilat berkenaan hari tersebut adalah dhaif (lemah), sebahagian besar yang lain pula adalah maudhu’ (rekaan). Antara ulama yang memperjelaskan hal ini adalah al-Haafiz bin Rejab, di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif, dan lain-lain. Hadis-hadis dha`if berkenaan ibadah hanya boleh diterimapakai untuk amalan ibadat yang terdapat menerusi nas-nas yang Sahih. Tidak ada asas yang Sahih bagi sambutan nisfu Syaaban, oleh itu hadis-hadis dha`if tersebut tidak dapat digunapakai.

Prinsip asas yang penting ini telah disebutkan oleh Imam Abu’l-‘Abbas Sheikh al-Islam bin Taymiyah (rahimahullah). Para alim ulama (rahimahumullah) telah sepakat bahawa apabila wujud perselisihan di kalangan umat, maka wajiblah merujuk kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Apa-apa keputusan yang diperolehi daripada salah satu atau kedua-duanya adalah syariat yang wajib ditaati, sebaliknya apa-apa yang didapati bercanggah dengan kedua-duanya mestilah ditolak. Oleh itu sebarang amalan ibadat yang tidak dinyatakan di dalam kedua-dua (Qur’an dan Sunnah) adalah bid’ah dan tidak dibenarkan melakukannya, apatah lagi mengajak orang lain melakukannya atau mengiktirafkannya.

Sebagaimana Firman Allah (mafhumnya): “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” [al-Nisa’ 4:59]
“Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan).”[al-Shura 42:10]. “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [Aal ‘Imr.an 3:31]
“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” [al-Nisa’ 4:65]
Banyak lagi ayat-ayat lain yang serupa maksudnya seperti di atas, yang menyatakan dengan jelas bahawa sebarang perselisihan wajib dirujuk kepada Qur’an dan Sunnah, seterusnya wajib mentaati keputusan yang diperolehi daripada kedua-dua Nas ini. Ini merupakan syarat iman, dan inilah yang terbaik untuk manusia di dunia dan di akhirat: “Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya” [al-Nisa’ 4:59 – mafhumnya] maksudnya ialah Hari Akhirat.

Al-Hafiz bin Rejab (R.A) menyebut di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif tentang isu ini – setelah membincangkannya secara panjang lebar – “Malam Nisfu Syaaban asalnya diutamakan oleh golongan Tabi’in di kalangan penduduk Sham, antaranya Khalid bin Mi’dan, Makhul, Luqman bin ‘Amir dan lain-lain, di mana mereka beribadah bersungguh-sungguh pada malam tersebut.

Orang awam menganggap bahawa malam tersebut adalah mulia kerana perbuatan mereka ini. Disebutkan bahawa mereka telah mendengar riwayat-riwayat Israiliyyat berkenaan kelebihan malam tersebut, sedangkan jumhur ulama di Hijaz menolak kesahihan riwayat ini, antara mereka adalah ‘Ata’ dan Ibnu Abi Malikah. ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam meriwayatkan fatwa ini daripada fuqaha’ (Ulama Ahli Fiqh) di Madinah, dan inilah pandangan ulama-ulama Maliki dan lain-lain. Kata mereka: semua ini adalah bid’ah…

Imam Ahmad tidak pernah diketahui menyebut apa-apa pun tentang (adanya sambutan) Malam Nisfu Syaaban… Tentang amalan berdoa sepanjang Malam Nisfu Syaaban, tidak ada riwayat yang sahih daripada Nabi (s.a.w) ataupun daripada Para Sahabat Baginda …”
Inilah apa yang telah disebutkan oleh al-Hafiz bin Rejab (R.A). Beliau menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada langsung riwayat sahih daripada Rasulullah s.a.w mahupun daripada Sahabat-sahabat Baginda (R.A) mengenai Malam Nisfu Shaaban (pertengahan bulan Syaaban).

Dalam keadaan di mana tidak ada bukti shar’i bahawa apa-apa perkara itu disuruh oleh Islam, tidak dibenarkan bagi Umat Islam untuk mereka-reka perkara baru dalam agama Allah, tidak kiralah ianya amalan perseorangan ataupun berkumpulan, samada dilakukan secara terbuka mahupun tertutup, berdasarkan maksud umum hadith Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa melakukan apa sahaja amalan yang bukan sebahagian daripada urusan kita ini [Islam], amalan itu akan tertolak.” Banyak lagi dalil yang menegaskan bahawa bid’ah mesti ditegah dan memerintahkan agar menjauhinya.

Imam Abu Bakr al-Tartushi (R.A) menyebut dalam kitabnya al-Hawadith wa’l-Bida’: “Ibn Waddah meriwayatkan bahawa Zayd bin Aslam berkata: Kami tidak pernah menemui seorang pun dari kalangan ulama dan and fuqaha’ kami yang memberi perhatian lebih kepada Malam Nisfu Shaaban, tidak ada juga yang memberi perhatian kepada hadith Makhul, atau yang beranggapan bahawa malam tersebut adalah lebih istimewa daripada malam-malam lain.

Pernah ada orang mengadu kepada Ibnu Abi Maleekah bahawa Ziyad an-Numairi mengatakan bahawa pahala di Malam Nisfu Shaaban adalah menyamai pahala Lailatul-Qadar. Beliau menjawab, “Sekiranya aku dengar sendiri dia berkata begitu dan ada kayu di tanganku, pasti aku akan memukulnya (dengan kayu itu). Ziyad seorang pereka cerita.”
Al-Shaukani (R.A) berkata dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah: “Hadith yang berbunyi: ‘Wahai ‘Ali, barangsiapa bersolat seratus rakaat di Malam Nisfu Shaaban, dengan membaca pada setiap rakaat Ummul Kitab [Surah al-Fatihah] dan Qul Huwallahu Ahad sepuluh kali, Allah akan memenuhi segala keperluannya…’ Hadis ini maudhu’ (rekaan semata-mata). Susunan katanya menyebut dengan jelas ganjaran yang akan diterima oleh orang yang melakukannya, dan tidak ada orang yang waras yang boleh meragui bahawa ‘hadis’ ini adalah rekaan. Lebih-lebih lagi, perawi dalam isnad hadis ini adalah majhul (tidak dikenali). ‘Hadis’ ini juga diriwayatkan melalui sanad yang lain, yang mana kesemua adalah direka dan kesemua perawinya adalah are majhul (tidak diketahui asal-usulnya).

Di dalam kitab al-Mukhtasar, beliau menukilkan: Hadith yang menyebut tentang solat di tengah bulan Syaaban adalah hadis palsu, dan hadis Ali yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban – “ Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, penuhilah malamnya dengan solat dan berpuasalah di siang harinya” – adalah dhaif (lemah).
Di dalam kitab al-La’aali’ beliau berkata, “Seratus rakaat di pertengahan Syaaban, membaca (Surah) al-Ikhlas sepuluh kali di setiap rakaat… (hadis ini) adalah maudhu’ (direka), dan kesemua perawi dalam tiga isnadnya adalah majhul (tidak dikenali) dan dhaif (lemah). Katanya lagi: dan dua belas rakaat, membaca al-Ikhlaas tiga puluh kali setiap rakaat, ini juga adalah maudhu’; dan empat belas (rakaat), juga adalah maudhu’.

Beberapa orang fuqaha’ telah tertipu oleh hadis palsu ini, antaranya pengarang al-Ihya’ dan lain-lain, dan juga sebahagian ulama mufassirin. Solat khusus di malam ini – di pertengahan bulan Syaaban – telah diterangkan dalam pelbagai bentuk, kesemuanya adalah palsu dan direka-reka.”
Al-Hafiz al-‘Iraqi berkata: “Hadith tentang solat di malam pertengahan Syaaban adalah maudhu’, dan disandarkan secara palsu terhadap Rasulullah s.a.w.”
Imam al-Nawawi berkata di dalam bukunya al-Majmu’: “Sembahyang yang dikenali sebagai solat al-raghaa’ib, didirikan sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan ‘Isyak pada malam Jumaat pertama di bulan Rejab, dan sembahyang sunat Malam Nisfu Shaaban, sebanyak seratus rakaat – kedua-dua sembahyang ini adalah bid’ah yang tercela. Sepatutnya orang ramai tidak tertipu disebabkan ianya disebut dalam Qut al-Qulub dan Ihya’ ‘Ulum al-Din, atau oleh hadis-hadis yang disebutkan dalam kedua-dua kitab ini. Kesemuanya adalah palsu. Orang ramai juga tidak sepatutnya tertipu disebabkan kerana beberapa imam telah keliru dalam hal ini dan menulis beberapa helaian yang menyebut bahawa sembahyang ini adalah mustahabb (sunat), kerana dalam hal ini mereka tersilap.”

Sheikh al-Imam Abu Muhammad ‘Abd al-Rahman bin Isma’il al-Maqdisi telah menulis sebuah kitab yang amat berharga, yang membuktikan bahawa riwayat-riwayat tersebut adalah palsu, dan jasa beliau sangatlah besar. Alim `ulama telah membincangkan hal ini dengan panjang lebar, dan sekiranya kami ingin memetik keseluruhan perbincangan tersebut untuk dicatatkan di sini, tentu akan mengambil masa yang sangat panjang. Mudah-mudahan apa yang telah disebutkan di atas sudah memadai bagi anda yang mencari kebenaran.

Daripada ayat-ayat Qur’an, hadis-hadis dan pendapat ulama yang dipetik di atas, sudah jelas bagi kita bahawa menyambut pertengahan bulan Syaaban dengan cara bersembahyang di malamnya atau dengan mana-mana cara yang lain, atau dengan mengkhususkan puasa pada hari tersebut, adalah bid’ah yang ditolak oleh jumhur ulama. Amalan tersebut tiada asas dalam syariat Islam yang tulen; bahkan ianya hanyalah salah satu perkara yang diada-adakan dalam Islam selepas berakhirnya zaman Sahabat (radhiallahu `anhum).
Amat memadai, dalam hal ini, untuk kita fahami kalam Allah (mafhumnya):
“Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu untukmu..…”[al-Ma’idah 5:3]. dan beberapa ayat yang seumpamanya; dan kata-kata Nabi s.a.w: “Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang (pada hakikatnya) bukan sebahagian daripadanya, tidak akan diterima” dan beberapa hadis yang serupa.

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan bahawa Abu Hurarah (R.A) berkat
a: “Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Janganlah kamu khususkan malam Jumaat untuk bersembahyang malam dan janganlah khususkan siang hari Jumaat untuk berpuasa, melainkan jika puasa di hari itu adalah sebahagian daripada puasa-puasa yang kamu amalkan berterusan-berterusan.’”
Seandainya dibenarkan untuk mengkhususkan mana-mana malam untuk amalan ibadah yang istimewa, sudah tentu malam Jumaat adalah yang paling sesuai, kerana siang hari Jumaat adalah hari yang paling baik bermula terbit mataharinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis Sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Memandangkan Nabi Muhammad s.a.w sendiri melarang dari mengkhususkan malam tersebut untuk bertahajjud, itu menandakan bahawa adalah lebih dilarang sekiranya dikhususkan malam-malam lain untuk sebarang bentuk ibadat, kecuali di mana terdapat nas yang Sahih yang mengkhususkan malam tertentu.

Oleh kerana telah disyariatkan untuk memenuhi malam Lailatul-Qadr dan malam-malam lain di bulan Ramadhan dengan bersolat, Rasulullah s.a.w memberi perhatian kepadanya dan menyuruh umatnya bersolat malam sepanjang tempoh tersebut. Baginda sendiri melaksanakannya, sebagaimana disebut dalam al-Sahihain, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa bersolat qiyam di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, Allah akan ampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” dan “Barangsiapa memenuhi malam Lailatul Qadr dengan bersolat (sunat) disebabkan iman dan mencari pahala, Allah ampunkan kesemua dosanya yang telah lalu.”

Akan tetapi sekiranya disyariatkan untuk mengkhususkan malam pertengahan bulan Syaaban, atau malam Jumaat pertama di bulan Rejab, atau di malam Isra’ dan Mi’raj, dengan meraikannya ataupun dengan melakukan amalan ibadat yang khusus, maka sudah tentu Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya melakukannya, dan Baginda sendiri melakukannya. Jika pernah berlaku sedemikian, para Sahabat Baginda (R.A) pasti akan memperturunkan amalan amalan tersebut kepada umat terkemudian; tidak mungkin mereka menyembunyikan amalan daripada umat terkemudian, kerana mereka adalah generasi yang terbaik dan yang paling amanah selepas Rasulullah, radhiallahu `anhum, dan semoga Allah merahmati kesemua sahabat Rasulullah s.a.w.

Sekarang kita telah membaca sendiri kata-kata ulama yang dipetik di atas bahawa tidak ada riwayat daripada Rasulullah s.a.w mahupun Para Sahabat (R.A) berkenaan kelebihan malam Jumaat pertama bulan Rejab, atau malam pertengahan bulan Syaaban. Maka kita tahu bahawa menyambut hari tersebut adalah satu perkara baru yang dimasukkan ke dalam Islam, dan mengkhususkan waktu-waktu ini untuk amalan ibadat tertentu adalah bid’ah yang tercela.

Samalah juga dengan sambutan malam ke dua puluh tujuh bulan Rejab, yang mana disangkakan oleh sesetengah orang sebagai malam Isra’ dan Mi’raj; tidak dibenarkan mengkhususkan hari tersebut untuk amalan tertentu, atau meraikan tarikh tersebut, berdasarkan dalil yang dipetik di atas. Ini sekiranya tarikh sebenar Isra’ and Mi’raj telah diketahui, maka bagaimana sekiranya pandangan ulama yang benar adalah tarikh sebanar Isra’ and Mi’raj tidak diketahui! Pandangan yang mengatakan ianya berlaku pada malam ke dua puluh tujuh di bulan Rejab adalah riwayat yang palsu yang tiada asas dalam hadis-hadis sahih. Baik sekiranya seseorang itu berkata: “Perkara paling baik adalah yang mengikut jalan para salaf, dan perkara paling buruk adalah perkara yang diada-adakan.”

Kita memohon agar Allah membantu kita dan seluruh umat Islam untuk berpegang teguh kepada Sunnah dan menjauhi segala yang bertentangan dengannya, kerana Dialah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Semoga Allah merahmati Pesuruh dan UtusanNya, Nabi kita Muhammad s.a.w, serta kesemua ahli keluarga dan Para Sahabat baginda.



Ulasan dan terjemahan fatwa : www.darulkautsar.com

[Dipetik daripada Majmu’ Fatawa Samahat al-Sheikh ‘Abdul-‘Aziz bin Baz, 2/882]
Rujukan :
1 – http://e-malabari.net/ugama/nisfusyaaban.htm
2 – http://www.darulkautsar.com


Read full story

SYAABAN masa perbaiki diri bagi menghadapi Ramadan

0 comments


DARIPADA Aisyah, katanya: Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa Baginda akan berpuasa seterusnya. Dan Baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus.

Dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada Ramadan. Dan aku juga tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya pada Syaaban. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang Arab pada bulan itu akan berhijrah ke tempat lain untuk mencari air sehingga ke gua-gua. Ada mengatakan, Syaaban tanda pemisah yang memisahkan Rejab dan Ramadan.

Dapat disimpulkan, pengertian Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan memasuki Ramadan.

Sebahagian ahli hikmah menyatakan, sesungguhnya Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam celaan dan Ramadan adalah masa untuk menerangkan hati dan membersihkan jiwa.

Antara amalan digalakkan pada Syaaban adalah memperbanyakkan puasa sunat. Kitab Durratun Nasihin ada menyebut Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.

Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah. Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang mengagungkan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit. (Dipetik daripada kitab Zubdatul Waizhin)

Bertaubat dan meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan al-Quran kerana malam itu adalah malam yang amat mustajab dan penuh dengan rahmat. B/H
Read full story

Kewajipan Bersama Jemaah Islam

0 comments


Sesungguhnya perjuangan menegakkan Islam bagi menjadikannya sebuah agama yang berdaulat pada individu sehinggalah pada alam ini merupakan satu perjuangan yang diwarisi dari Baginda Sollallahu’alaihiwasallam. Mereka yang bersedia untuk berada dalam satu perjuangan mendaulatkan agamaNya hakikatnya hanyalah penyambung risalah perjuangan dari generasi-generasi terdahulu.

Firman Allah Taala;

“ Katakanlah: Inilah jalanku; aku dan orang-orang yang mengikutku mengajak menuju Allah Taala dengan hujah dan keterangan yang terang nyata. Maha Suci Allah dan aku bukanlah termasuk dalam kalangan para musyrik”

Sedarilah, penyakit yang paling membimbangkan sedang menimpa para muslim hari ini adalah hilangnya rasa tanggungjawab untuk berusaha mendirikan agama Islam pada setiap inci kehidupan mereka, mempertahankannya dan menyebarkan ke seluruh alam. Adakah mereka terlupa bahawa harta dan jiwa mereka telah dibeli?

Sesungguhnya yang membelinya adalah Allah Taala sebagaimana aqad yang telah termeterai dengan jelas dalam al-Quran;

“ Sesungguhnya Allah Taala membeli dari kalangan para mu’min jiwa dan harta mereka dengan memberikan mereka syurga. Mereka berperang di jalan Allah Taala lalu mereka membunuh dan dibunuh. Itulah janji yang benar dari Allah Taala sebagaimana dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Siapakah yang lebih menyempurnakan janjinya dari Allah Taala? Maka, bergembiralah dengan jual beli yang kamu bai’ahkan itu dan yang demikian itu merupakan satu kemenangan yang besar…”

Namun begitu, perkara yang perlu difahami bersama; perjuangan ini mestilah dilakukan secara berjemaah dalam keadaan penuh tersusun. Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam menegaskan kewajipan menggabungkan diri dalam kumpulan yang berusaha untuk menegakkan syiar Islam di zaman yang penuh dengan fitnah dalam hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Huzaifah Radiallahu’anhu dengan sabdanya;

“ Hendaklah kamu melazimi jemaah Islam dan pemimpin mereka”

Bahkan, Allah Taala menyayangi hambaNya yang berjuang di jalanNya secara bersama-sama dalam saf yang tersusun rapi dalam masa yang sama saling menguatkan antara sesama mereka. Firman Allah Taala;

“ Sesungguhnya Allah Taala suka orang yang berperang di jalannya dalam satu saf mereka seumpama bangunan yang tersusun kukuh”

Islam merupakan agama yang syumul. Tidak ada walaupun satu perkara yang diabaikan dalam agama Islam. Dunia merupakan medan ujian Allah Taala kepada hambaNya untuk menguji setakat mana ketaatan manusia kepada perintahNya sebelum mereka dibicarakan di hari akhirat. Sesetengah manusia bersikap memilih dalam melaksanakan perintah Allah. Skop Islam dipandang dalam ruang yang sangat sempit seolah-olah Islam hanya berperanan dalam beberapa perkara sahaja.

Perpecahan dalam kalangan umat Islam perlu dielakkan. Musuh sentiasa mencari kelemahan umat Islam supaya mereka tidak mampu untuk berpegang sepenuhnya kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Sikap memisahkan urusan kepimpinan, politik, ekonomi dari agama telah menyebabkan umat Islam terus ketinggalan. Selain itu, ulama’ juga mengkritik golongan yang disifatkan sebagai golongan yang tertipu dengan sendiri apabila menyangka cukuplah Islam untuk diri dan beberapa perkara kemudian mereka mengabaikan masyarakat dan sekeliling.

Oleh sebab itu, marilah kita sama-sama berusaha bersatu dan bersama jemaah yang berjuang menegakkan syiar Islam yang melengkapi ciri-ciri Hizbullah sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Quran. Semoga Islam kembali berdaulat dengan ajarannya yang syumul, amin.




sumber : infoKPT

Read full story

Sunday, July 25, 2010

Kenapa Islam Mesti Dipersalahkan?

0 comments
oleh : aminmenulis

Bismillahirrahmanirrahim, aku tertarik dengan satu kartun yang mengisahkan bagaimana dunia menganggap sesuatu itu boleh dimaafkan dan kesalahan itu hanya diletakkan ke atas individu tetapi tidak bilamana ia berkait dengan Islam. Teruskan membaca..



Mengapa seorang Yahudi boleh membiarkan janggut mereka atas alasan mengamalkan ajarannya. Tetapi bilamana seseorang Islam melakukan perkara yang sama, dia dianggap seorang pengganas dan ektrimis..


Mengapa dunia boleh menghormati wanita barat yang tinggal dirumah untuk medidik anak-anak dengan alasan telah mengorbankan nyawa mereka untuk menjaga rumah dan keluarga..

tetapi..

Bila seorang muslimah melakukan perkara yang sama, mereka ditekan?



Mengapa remaja perempuan boleh ke universiti dan memakai pakaian yang mereka suka, dan punya kebebasan dan hak masing-masing..

tetapi..

Bila remaja perempuan muslimah memakai hijab, mereka dihalang daripada memasuki Universiti..



Mengapa bila seorang kanak-kanak mempunyai minat dalam sesuatu perkara, dia dikatakan mempunyai kebolehan dan bakat terpendam.

tetapi..

Bila seseorang itu$ menunjukkan minat kepada Islam dia dianggap tiada masa depan..


kenapa? dan kenapa?


Bila seorang Yahudi membunuh seseorang, agama tidak dijadikan isu.

tetapi..

bila seorang muslim dituduh melakukan jenayah, Islam terus dituduh sebagai bersalah, dan tidak pula kesalahan itu diletakkan keatas individu..



Apabila seseorang mengorbankan diri mereka untuk memnyelamatkan orang lain, mereka diberi anugerah dan dunia menghormati mereka..

tapi..

bila rakyatPalestin melakukan perkara yang sama, untuk menyelamatkan anak mereka daripada dibunuh, saudara mereka daripada dipukul dan dicederakan, melindungi ibu mereka daripada dirogol!! Rumah mereka daripada dimusnahkan, dan masjid daripada diceroboh..

Apa yang mereka dapat?

Sudah pasti, mereka dilabel dengan pengganas yang sebenar!!

Kenapa?



kerana Islam


Mengapa bila ada masalah, seringkali dunia akan menyebut, disana pasti ada jalan keluar..kan?

Tapi..

Bila penyelesaian itu datang daripada Islam, mereka menolak dan langsung tidak mahu menerimanya..


Mengapa bilamana seseorang memandu sebuah kereta mewah tetapi memandu dalam keadaan merbahaya, tidak seorang pun yang menyalahkan kereta tersebut..

tapi..

Bila seorang muslim buat kesalahan atau menganiaya manusia, dunia akan berkata "Islam adalah penyebabnya."


tanpa memberi peluang atau sekilas pandang kepada undang-undang Islam, dunia terus mempercayai apa yang ditulis didalam berita dan akhbar2..

tapi, mempersoalkan apa yang tertulis didalam al-Quran.


Mahu melenyapkan ketidakadilan?

Sampaikanlah mesej ini ke seluruh dunia!!


sumber : allgreenislamic
Read full story

Saturday, July 24, 2010

Aksi cemas di sprint test Jambori ARC

0 comments

oleh : Team IT Pemuda Dun Sura



Keghairahan untuk menyaksikan aksi-aksi sprint test dengan lebih dekat telah hampir mengundang kemalangan kepada para penonton dan juga peserta.Pihak penganjur kesal dengan peserta Jambori yang tidak memberi kerjasama dalam aspek keselamatan ketika menonton aksi-aksi sprint test di Jambori ARC ini.

Team IT berjaya merakamkan detik-detik cemas peserta sprint test yang hampir terbabas melanggar penonton yang asyik menyaksikannya di tepi litar.












JUMPA LAGI DI KONVOI ARC KE SEPANG OKTOBER NANTI...tunggu makluman dari kami.
Read full story

Lensa @ Sprint test Jambori ARC Terengganu

0 comments


oleh : Team IT Pemuda Dun Sura


Pemuda PAS membuktikan bahawa PAS bukan parti 'tok lebai dan kupiah' sahaja.









































Berita berkaitan :
Logo baru ARC dilancarkan
Jambori ARC; Gelombang Anak Muda Bermotosikal bersama PAS

Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy