Kenyataan menterinya (rujukan: Malasiakini | 9/2/2014) Datuk Seri Ismail Sabri Yaccob boleh ditafsirkan sebagai mem’persembahkan’ satu alasan cetek bagi merialisasikan tujuan tersebut.
Disebut berlaku terdapat banyak kes penyelewangan bantuan terhadap pemberian sumbangan tersebut, seolah-olah Datuk Seri Ismail Sabri cuba membuka pekung kementeriannya sendiri. Yang mana kita semua maklum jabatan dibawah kementerian beliau lah yang bertanggungjawab dalam pengagihan subsidi diesel tersebut.
Adakah dalam dunia yang serba canggih ini, kementerian beliau masih lagi menggunakan sistem secara manual dalam mencari dan merekodkan setiap individu atau syarikat yang terlibat dalam industri menangkap ikan?
Jika benar memang wujub faktor ketidak cekapan dalam sistem di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, amat malang sekali. Ini kerana industri menangkap ikan telah bertapak lama di negara kita disebabkan faktor geografi kita sendiri yang dikelilingi lautan.
Jangan kerana terdapat satu kes yang dikatakan menyeleweng di Besut, Terengganu tetapi masih tahap penyiasatan, Datuk Seri Ismail Sabri melalui kementerian terus menghukum seluruh pengiat industri tersebut.
Lebih malang lagi, penguasaan sumbangan tenaga dalam industri ini terdiri daripada tenaga anak muda. Yang kita semua maklum ianya diwarisi daripada pekerjaan keluarga. Jika benar penghapusan subsidi diesel ini berlaku, sumber pendapatan mereka turut terjejas.
Turut dirasakan bersama jika kajian ini direalisasikan, kenaikan harga pasaran hasil tangkapan laut. Yang mana, pada masa sekarang pun harga pasaran semasa hasil daripada laut ini amat lah tinggi dan tidak munasabah. Di rekodkan, Negeri Terengganu antara negeri yang paling tinggi kadar jualan runcit hasil tangkapan laut. Di tekankan, jika ia benar-benar berlaku, tidak mustahil makanan berasaskan hasil laut akan menjadi makanan untuk golongan atasan sahaja suatu masa nanti.
Dengan itu, kami daripada DPPKD memohon agar pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menarik balik kajian semula tersebut dan mencari formula baru bagi membantu golongan terbabit disamping menjaga kebajikan golongan tersebut umumnya, serta rakyat Malaysia amnya.
Sekian,
RAHMAT UNTUK SEMUA
‘INFIRU’
Ustaz Muhammad Hanafi bin Abdul Aziz,
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun.