Friday, July 23, 2010

Perpaduan Melayu : Supaya Lupa Isu Negara

0 comments




KENYATAAN MEDIA
email dari : penerangan@pas.org.my


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan kepada semua pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat jangan terpedaya dengan tektik media Umno untuk menenggelamkan isu negara yang bertimbun-timbun sekarang yang mengambarkan kerajaan yang ditunjangi Umno di negara ini semakin rapuh dan reput.

Ketika gelombang krisis keyakinan kepada Umno dan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang karam, maka perpaduan Melayu dijadikan sebagai benteng untuk menutup bangkai gajah yang terlalu besar. Slogan 1 Malaysia nampak tidak menjadi dengan gelagat Perkasa dan kenyataan Datuk Nasir Safar.

PAS menyedari ini adalah sebahagian daripada tektik media untuk mengalih isu yang sebenar dan melupakan isu pokok yang mencengkam rakyat. Mereka melontarkan isu ini melalui proksi mereka Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantara, untuk menunjukkan bahawa mufti yang mencadangkan perpaduan ini, apabila PAS menolak maka ada peluang untuk menuduh PAS sombong dan angkuh.

Perlu diingat bahawa isu perpaduan Melayu diuar-uarkan ketika rakyat didahulukan dengan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga gula pada 16/7/2010. Pemimpin Umno hendak rakyat leka dan berbincang mengenai isu perpaduan Melayu, yang tidak pernah berbangkit langsung dalam mesyuarat tertinggi PAS. Hajat mereka supaya rakyat tidak marah mengenai kenaikan harga minyak dan gula. Perlu dingatkan bahawa gula, tepung dan minyak akan dinaikkan secara berperingkat-peringkat kearah untuk menghapuskan subsidi di negara ini dalam masa 3-5 tahun.

PAS hendak mengingatkan kepada rakyat, bagaimana media diarahkan supaya jangan sama sekali meletakkan tajuk berita “harga barang naik”, ketika ditaklimat pada 15 hb Julai 2010. Sebaliknya media perlu meletakkan “subsidi dikurangkan”, “rasionalisasi”, menstrukturkan semula supaya rakyat yang tidak faham dan ada yang faham harga barang turun. Maka tidak hairanlah kepada kita pada hari ini media proksi Umno memainkan isu perpaduan supaya rakyat lupa isu negara yang begitu banyak dan kenaikan harga barang.

PAS hendak memaklumkan kepada semua ahli dan pimpinan PAS supaya fokuskan kerja kita untuk menggantikan Umno di negara ini. Penerangan dan dakwah kepada ahli Umno yang tidak faham perjuangaan PAS perlu dilakukan secara berterusan, usahkan dilayan segala ajakan dan pujuk rayu Umno untuk melamar PAS, kita biarkan cinta Umno tidak berbalas dan biarkan Umno “angau” seorang diri.

Petunjuk ekonomi negara semakin tertekan dengan kadar faedah pinjaman bank dinaikkan. Bank Negara Malaysia pada 8 Julai lalu menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi kali ketiga tahun ini kepada 2.75 peratus. Susulan itu, bank turut menaikkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) masing-masing. Maybank menaikkan BLRnya sebanyak 0.25 peratus kepada 6.30 peratus. Semuanya gara-gara pemimpin negara yang boros dan rasuah sehingga amat dirasai oleh rakyat biasa di negara ini.

Begitu banyak isu-isu negara yang mengambarkan Umno sudah tidak mampu mengemudi negara, antaranya peruntukan saham bumiputera lesap sebanyak RM52 bilion, jenayah meningkat, anak luar nikah Melayu sahaja 17,303 orang (2009), enjen kapal terbang hilang, kapal selam berharga RM1.7 bilion tidak boleh menyelam, hutang negara RM362.4 bilion, serah telaga minyak blok L dan M pada Brunei yang bernilai RM320 bilion (kalau perbelanjaan negeri Kedah RM400 juta, dapat belanja selama 700 tahun), terlepas Pulau Batu Putih pada Singapura, Pos Malaysia rugi RM 227 juta, 217 hektar tanah serah pada Singapura, serah 50 peratus kepada Singapura untuk membangun Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), wang Felda susut daripada RM4.08 bilion 2004 hanya tinggal RM1.35 bilion pada tahun 2009, membazir wang rakyat RM77 juta kepada APCO Israel setahun untuk menjadi penasihat komunikasi.

Isu-isu inilah yang perlu disampaikan kepada rakyat, maka jangan kita hiraukan pujukan Umno melalui proksinya, PAS sudah tegas dengan Pakatan Rakyat. PAS tidak akan mencari nahas untuk untuk mencari pasangan hidup dengan orang yang ada masalah kesihatan yang sukar hendak diubat.



Ustaz Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Read full story

Tuesday, July 20, 2010

2 Exco Pemuda...2 Anak Tok Guru Ke DUN Sura Menjelang Ops Al-Falah

0 comments
DUNGUN 19 Julai, Isnin - Dua orang anak pimpinan utama PAS digandingkan di atas satu pentas ceramah di Dungun pada 22 Julai, Khamis ini.

Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ust Mohd Khalil Abdul Hadi akan menyampaikan ceramah mereka di Jalan Ustaz Omar Shukri sempena Ops Al-Falah DUN Sura.

Dua orang pimpinan pemuda ini akan berceramah bersama Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, selaku tuan rumah pada siri penerangan kali ini.

Setiausaha Lajnah Penerangan DUN Sura, Encik Ahmad Roslin Abdul Wahab berkata, bahawa julung kalinya 2 orang anak tok guru ini digandingkan sepentas di Dungun.
Read full story

Monday, July 19, 2010

KENAIKAN HARGA GULA - ALASAN MENTERI TIDAK BOLEH PAKAI

0 comments


KERAJAAN yang ditunjangi oleh Umno terus mencari seribu alasan untuk menghalalkan tindakan mereka menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas yang baru diumumkan oleh PM baru-baru ini. Kenyataan Tok Pa di sini jika diteliti menampakkan alasan-alasan mereka sama sekali tidak boleh dipertikaikan dan kelihatan seperti ingin menyorokkan sesuatu dari rakyat.

Kenyataan beliau yang menyebut adalah tidak munasabah kerajaan membelanjakan sebanyak RM 1 bilion setahun kepada barangan yang memberi kesan tidak baik kepada rakyat. Kenyataan beliau tersebut adalah merujuk kepada kenaikan harga gula sebanyak 25 sen sekilogram. Justeru itu, bijakkah kerajaan menaikkan harga barang keperluan tersebut semata-mata alasan yang diberikan?

Cuba senaraikan di dalam negara kita ini ada berapa banyak perkara atau barang yang bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan, malah boleh menjejaskan moral masyarakat yang telah diberi perhatian oleh kerajaan? Contoh seperti judi dan arak.



Judi boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan malahan boleh menyebabkan kejadian jenayah lebih besar di samping menjadi dosa besar di dalam Islam. Arak juga sedemikian di samping mendatangkan risiko kesihatan yang lebih parah dari pengambilan gula berlebihan.

Apa tindakan kerajaan? Malah sebelum ini kerajaan ada niat atau cadangan untuk meluluskan lesen judi yang baru berbentuk sukan pula.
Di mana kepekaan kerajaan terhadap perkara ini?

Alasan kununnya untuk mengawal ketirisan kemasukan gula ke negara jiran, itu adalah alasan paling lapuk. Sebelum ini pun kenaikan harga petrol dan diesel yang telah dinaikkan beberapa kali menggunakan alasan yang sama.

Apa komitmen kerajaan di dalam memperketatkan kawalan di pintu keluar masuk sempadan? Adakah kerana negara luar, kita terpaksa menganiayai rakyat sendiri? Jika sudah kemasukan Al-tantuya ke dalam negara ini pun boleh `terpadam' rekod kemasukannya, kita boleh nilai sendiri komitmen kerajaan di dalam mengawal aspek keselamatan di dalam negara ini.

Sehubungan itu, usahlah kerajaan mencari berbagai alasan lagi untuk memperbodohkan rakyat. Ekonomi negara boleh ditingkatkan dengan membenteras amalan rasuah di samping tidak boros berbelanja dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat.

Pemimpin yang bijak tidak akan meletakkan beban di bahu rakyat untuk menyelesaikan berbagai masalah negara. Sebab itu penting kita memilih pemimpin yang amanah dan bijak untuk memimpin kita.
Read full story

Friday, July 16, 2010

5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik

0 comments

Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.

Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok. Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010. Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.

Berikut adalah harga baru:

  • Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
  • Diesel - RM1.75 seliter.
  • Gula - RM1.70 sekilogram
  • Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

  • Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini. Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman. Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.


Sumber : Malaysia kini

Read full story

Thursday, July 15, 2010

JOM sertai Jambori ARC Negeri Terengganu 2010

0 comments

JOM SERTAI !!!
JAMBORI ARC NEGERI TERENGGANU 2010

TAMAN REKREASI MERANG, SETIU, TERENGGANU
22 - 24 JULAI 2010



Perasmian oleh :
YBHG DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI BIN AWANG


Antara acara-acara menarik :
SPRINT TEST (mengikut kategori)
BBQ
JUNGLE TREKKING


PESERTA BERTUAH AKAN MEMBAWA PULANG SEBUAH
HONDA EX5
!!!!


sila hubungi :
YUSOFF (Sura) - 012 4518982
SAIFUL (Sura) - 019 9450380
Fakrurrazi (R.Abang) - 019 3849788
BARI' (Paka) - 019 2065979
ZAIDI (Paka) - 012 9389780
ABBAS (Bukit Besi) - 016 9217464
Read full story

Iklan Syaitan : Arak

0 comments
oleh : Penerangan Pemuda Dun Sura





Gambar-gambar di bawah ini adalah sekadar hiasan laman sahaja...tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.













PENGERTIAN ARAK

Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.

Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah yang bermaksud :

”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.
(Surah Al- Maidah ayat 90)


HUKUM ORANG YANG MINUM ARAK

Dalam Qanun jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud:

”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka”.


Read full story

Wednesday, July 14, 2010

Iklan syaitan : Aurat

0 comments
oleh : Penerangan Pemuda Dun Sura





Gambar-gambar di bawah ini adalah sekadar hiasan laman sahaja...tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.






Menutup aurat bukan sekadar pakai tudung


SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.

Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.

Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.

Read full story

Satukan Umno Dulu, Sebelum Ajak PAS

0 comments


KENYATAAN MEDIA
Email oleh : penerangan@pas.org.my


Parti Islam Se-Malaysia PAS terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam agenda perjuangan politiknya di Malaysia. Penegasan ini telah dikukuhkan lagi untuk kali terakhir di Reatreat Pimpinan Tertinggi PAS di Port Dickson pada 9-11/Julai 2010.

PAS merasa selesa untuk melaksanakan agenda perjuangannya bersama dengan Pakatan Rakyat di negara ini, dan sudah terbukti di Selangor dan Pulau Pinang walaupun bukan PAS yang mengetuai kedua-dua negeri tersebut.

Program menyemarakkan kefahaman Islam lebih rancak di bawah pemerintahan PR walaupun baru berusia tidak sampai 3 tahun. Pencapaian ini boleh dilihat di masjid-masjid dan surau yang diimarahkan berbanding 51 tahun di bawah Umno memerintah, ini adalah fakta yang boleh diukur dengan mata kasar.

PAS menasihati mereka yang cuba untuk berusaha untuk menyatukan PAS dengan Umno, tolong satukan sesama Umno dulu sebelum menyatukan orang lain.Parti Umno yang berada di dalam keadaan yang bercelaru dan perpecahan sesama sendiri, kerana berebut “kek projek “ yang semakin kecil. Umno sekarang berada di akhir hayat, kerana sudah kehilangan identitit dan krisis nilai di kalangan ahlinya.

Perjuangan yang hanya berteraskan kepada benda, bukan ideologi. Mereka yang memimpin Umno semuanya kerana perjuangan perut bukan menegakkan idealisma perjuangan seperti mereka yang terdahulu. Masuk Umno kerana projek dan “mengalibabakan” khazanah negara sehingga perjuangan bangsa tergadai.

Sekarang apabila banyak projek sudah tidak ada khususnya di Selangor yang dianggap lubuk emas, maka pemimpin Umno cuba bercakap soal perjuangan bangsa dan perpaduan Melayu untuk menarik kembali sokongan rakyat di negara ini, dan cuba menjadi umpan perpaduan untuk menimbulkan keraguan di kalangan Pakatan Rakyat.

PAS hendak menasihatkan Tan Sri Harussani Zakaria dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya, kononnya mendakwa sebagai tenaga pemikir, sebenarnya penyokong Umno tegar, yang mempunyai kepentingan dunia yang tidak berkesudahan. Mereka hanya berani bercakap kepada perkara yang menguntungkan politik Umno, tetapi membisu ketika kemungkaran dan pengkhianatan Umno kepada agama dan bangsa.

Kita tidak dengar suara mereka mengkritik dengan lantang ketika khazanah negara habis disapu dan digadai. Membisu ketika kes Pulau Batu Putih, telaga minyak yang bernilai RM320 bilion terlepas kepada Brunei, 217 hektar tanah KTM di faraid dengan Singapura, tanah rezab Melayu yang ditinggal penjajah selepas merdeka seluas 3 juta hektar yang hanya separuh sahaja lagi yang berstatus rezab Melayu dan banyak lagi isu yang mengguris perasaan orang Melayu Islam di negara ini. Apakah semua ini angkara Pakatan Rakyat?

PAS menasihati mereka ini, hentikanlah menjadi ayam sabung Umno, untuk bersama sama dengan PAS dan serulah rakyat untuk bersama dengan PAS bukannya mengajak PAS bersatu dengan parti yang sudah hendak karam. Habiskanlah sisa umur yang semakin senja untuk berbakti kepada perjuangan Islam yang dipimpin oleh PAS, ketika gerakan massa dari kalangan muda mudi yang tidak bertudung dan bersubang sebelah bersama PAS untuk menyelamatkan negara daripada kepimpinan yang rakus.




Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy