Friday, November 12, 2010

Tan Sri Muhyudin Bohong, Tuduh Kerajaan Kedah Tidak Peduli Mangsa Banjir

0 comments

oleh : Lajnah Penerangan PAS Pusat
penerangan@pas.org.my


Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap Kenyataan Muhyidin Yasin satu fitnah apabila beliau mengatakan kerajaan Kedah tidak buat apa-apa terhadap mangsa banjir di Kedah. Tinjauan saya di kawasan mangsa banjir di mana petugas PAS dan kerajaan negeri bertungkus lumus membantu tanpa mengira ideologi parti dan agama.

Pihak kerajaan Kedah, Pejabat Daerah, Pejabat Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, pihak polis, bekerjasama dengan baik untuk membantu di pusat perpindahan. Yayasan Amal dan Unit Amal yang dianggotai oleh ahli PAS bercekang mata membantu mangsa banjir dengan tulang empat kerat tanpa diupah.

Memang ada pusat yang dikendalikan oleh ahli Umno, yang tidak perlulah kita hendak ceritakan bagaimana rungutan mangsa banjir kepada kami. Bukan masanya untuk kita hendak mendedahkan keburukan yang dilakukan oleh pelaku ahli Umno sewaktu mengendalikan pusat banjir.

PAS menasihatkan kepada Tan Sri Muhyidin janganlah membuat fitnah dan mendengar taklimat daripada ketua cawangan Umno, usahlah berpolitik ketika rakyat ditimpa dengan banjir. Air banjir tidak kenal apa anutan ideologi.




Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat




Read full story

Wednesday, November 10, 2010

FOTO | Sekitar PRK di Galas

0 comments
oleh : Unit IT Pemuda Dun Sura





















Read full story

Mat Said ‘bohong’ lagi kerana nama?

0 comments
Kuala Terengganu : Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said dilaporkan sanggup membohongi rakyat Terengganu dan Malaysia amnya, dengan program berkhatam al-Quran beramai-ramai hingga memecah rekod Negara dan dunia.

Kononnya, ramailah anak-anak Terengganu ini berkhatam al-Quran hingga dalam satu masa mencecah hampir 17,000 orang diadakan serentak.

Skuad Buletin, bukan cuba menafikan tanpa sebab tetapi didedahkan maklumat ini oleh para guru dan murid-murid sendiri yang terlibat dengan majlis khatam Quran itu.

Ianya, dibuat semata-mata inginkan nama tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagaimana yang pernah dibuat oleh mantan Menteri Besarnya, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Hari ini, MB Mat Said juga meraikan kejayaannya apabila menjadi negeri pertama perkenalkan khatam al-Quran menggunakan buku elektronik atau e-Book yang diagihkan kepada para pelajar tahun enam sejak dua tahun lalu.

Sekaligus, katanya tercatatlah dalam Malaysia Book of Records program tersebut berlangsung serentak di seluruh daerah di negeri ini menyaksikan seramai 2,170 murid khatam menggunakan e-Book.

Bahkan, katanya seramai 16,929 orang murid tahun lima dan enam di seluruh negeri terlibat dengan program khatam al-Quran tersebut.

Tinjauan Skuad Buletin pada majlis khatam al-Quran yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu telah melihat sendiri ada sesuatu yang tidak kena serta bermotif politik.

Ibubapa dan orang ramai dapat melihat sendiri dengan jelas sebahagian besar para pelajar khatam al-Quran yang sepatutnya menggunakan e-Book tidak berbuat demikian.

Sebaliknya, murid-murid terbabit membaca dengan berpandukan kitab kecil yang dibekalkan kepada setiap peserta.

Buku elektronik (e-Book) yang diletakkan dihadapan pelajar itu sekadar hiasan sahaja dan apa sebab tidak diketui.

Selain itu, pemilihan murid yang terlibat dengan khatam al-Quran turut diragui kerana terdapat ramai di kalangan pelajar berkenaan sebenarnya belum lagi khatam sepenuhnya.

Menurut sumber dalaman pemilihan para pelajar terbabit adalah termasuk mereka yang boleh membaca al-Quran meski pun belum khatam sepenuhnya.

Malah, apa yang melucukan terdapat juga di kalangan para pelajar terbabit yang terpilih ke program khatam al-Quran kerana mengikut kawan sahaja.

Seorang guru pengiring yang enggan disebut namanya mendakwa pemilihan pelajar ke program khatam al-Quran dibuat secara angkat tangan.

“Kelakar juga kali ini, pemilihan pelajar untuk program khatam al-Quran ini dibuat secara angkat tangan.

“Guru akan tanya anak muridnya sesiapa yang telah khatam Quran angkat tangan dan beri nama untuk menyertai majlis berkhatam beramai-ramai di Stadium,” ujarnya.

Menurutnya, jika diselidiki betul-betul jumlah pelajar yang benar-benar khatam al-Quran tidak seramai yang diumumkan Menteri Besar Terengganu.

Seorang pelajar, Mohd Firdaus (bukan nama sebenar) mengakui belum ‘tamat’ (khatam) Quran tetapi terpilih kerana mengangkat tangan ikut kawan.

“Saya belum tamat (khatam) lagi Quran ‘besar’ tetapi boleh membacanya. Bila ustaz tanya dalam kelas siapa tamat Quran angkat tangan. Saya pun angkatlah ikut kawan,” jelasnya dari sebuah sekolah di daerah Kuala Terengganu.

Katanya, tindakan berbuat demikian dilakukan oleh ramai lagi kawan-kawan yang lain kerana pemilihan terbuka.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah menyifatkan kes pelajar yang belum tamat al-Quran tetapi ‘dikhatamkan’ usaha terdesak kerajaan Barisan Nasional mencari nama.

Katanya, demi mengejar nama untuk dibanggakan kerajaan Umno-BN Terengganu boleh buat apa sahaja walau pun dengan cara menipu.

“Ini bukan perkara baru, banyak kes yang berlaku di negeri ini dibuat hanya untuk cari nama dan dibanggakan walau pun secara tidak betul.

“Pencapaian UPSR setiap tahun diragui, kejayaan mengatasi kemiskinan diragui, khatam Quran diragui dan banyak lagi pencapaian di bawah kerajaan Umno-BN diragui,” ujarnya.

Menurutnya, PAS bukan menentang usaha baik yang dilakukan kerajaan negeri jika benar-benar terjadi tanpa ‘pembohongan’.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung berkata akan membangkitkan beberapa isu yang meragukan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) akan datang.

sumber : buletin online
Read full story

Saturday, November 6, 2010

Kekalahan Di Galas Sebagai Loceng Amaran PRU 13

0 comments


Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kekalahan di Galas dan PKR di Parlimen Batu Sapi sebagai satu loceng amaran untuk terus bangkit dan muhasabah terhadap kerja parti bagi menghadapi Pilihanraya ke 13. PAS menerima kekalahan di Galas sebagai satu adat perlawanan. Pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi merupakan satu siri pilihanraya yang menampakkan ketempangan demokrasi dan pencabulan media terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Keputusan di Galas bukan satu yang mengejutkan kerana, sebelum ini pilihanraya kecil Manik Urai yang merupakan kubu kuat PAS pun, hampir PAS tewas dengan majoriti 65 sahaja. Begitu juga sebelumnya ketika PRK Pengkalan Pasir merupakan kubu kuat PAS tewas dan dapat tawan kembali dalam PRU 12.

Insya Allah PAS akan membuat muhasabah ke dalam dengan melihat masalah-masalah yang perlu diperbaiki. Sebagai sebuah parti Islam kekalahan ini akan memberi satu pengajaran yang berguna, kerana setiap musibah ada hikmahnya. Kemungkinan Allah tidak mahu kita leka dengan kemenangan cemerlang PRU 12 sehingga menimpa kekalahan yang mengejutkan dalam PRU 13.

Kekalahan PAS di Galas, bukan bererti kita menjadi malas untuk berjuang, sebaliknya kita mesti bersemangat untuk menggalas amanah ummah di negara ini untuk menggantikan Umno sebagai wadah perjuangan orang Melayu di negara ini. PAS tidak akan membiarkan rakyat menjadi mangsa kezaliman Umno terhadap rakyat sehingga kualiti hidup rakyat semakin teruk. Kenaikan harga barang, jenayah bunuh meningkat, perzinaan dan buang bayi meningkat.

PAS mesti berusaha untuk bekerja dengan lebih kuat. Kita perlu sekat kemenangan mereka, dengan kita mesti bekerja kuat untuk menangkis fitnah dan menerangkan wadah perjuangan kepada masyarakat. Sudah cukup mandat yang mereka perolehi selama 53 tahun menyebabkan anak cucu kita terutamanya yang akan menanggung beban.

Kegigihan PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang bekerja dalam pilihanraya tanpa diupah adalah merupakan satu kekuatan, berbanding dengan Umno. Mereka hanya menumpang tuah jentera kerajaan, jika diharapkan jentera Umno maka sudah lama Umno akan berkubur.



Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read full story

Thursday, November 4, 2010

TV3 fitnah kejadian pergaduhan di Dun Galas

0 comments
oleh : Unit IT Pemuda Dun Sura


" Proses pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Galas hari ini dicemari dengan pergaduhan dipercayai berpunca daripada provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan khemah BN untuk meraih undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi, di Gua Musang.

Menurut laporan Bernama, dalam kejadian pada 8.15 pagi, sekumpulan penyokong PAS telah memasuki kawasan di sebelah BN, menyebabkan penyokong BN meminta mereka supaya keluar dari kawasan itu."

Itulah sebahagian petikan berita yang melaporkan kononnya penyokong PAS bertindak ganas dalam pergaduhan di hari pembuangan undi Pilihanraya Kecil Dun Galas.

Petugas dan penyokong PAS yang berada di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi kesal dengan laporan berita TV3 dan Bernama yang melaporkan berita palsu & fitnah itu.Memang dalam setiap pergaduhan di Pilihanraya Kecil, penyokong PAS selalunya akan dituding jari sebagai pihak yang memulakan dulu pergaduhan tersebut.

Berlainan dengan apa yang dilaporkan Bernama itu, punca sebenar pergaduhan adalah berpunca dari provokasi penyokong BN yang melintasi jalan untuk ke kawasan yang ditempatkan penyokong PAS.Selepas bertengkar mulut,pihak penyokong PAS meminta beberapa orang penyokong BN agar kembali ke tempat mereka.Namun mereka berkeras dengan menghamburkan kata-kata kesat.

Dalam perbalahan mulut itu, salah seorang penyokong BN telah melepaskan tumbukan ke salah seorang petugas Unit IT Pemuda Dun Sura yang bertindak untuk meleraikan perbalahan tersebut.Namun penyokong BN tersebut berjaya melarikan diri selepas itu.

Bermulalah insiden berbalas-balas tumbukan dari kedua-dua pihak.Suasana kelam kabut berjaya dileraikan dengan bantuan unit keselamatan PAS dan pasukan polis berpakaian preman yang ditempatkan di situ.

Selepas kejadian tersebut barulah pihak polis bertindak mengarahkan agar penyokong PAS ditempatkan tidak berhadapan dengan penyokong BN.Suasana di tempat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi ini dikuasai penyokong PAS yang bilangannnya 5 kali ganda penyokong BN.



p/s : Bukti bergambar dimana pihak penyokong BN memasuki kawasan penyokong PAS.Kawasan berkanopi itu adalah khemah BN yang menempatkan penyokong BN.







Read full story

Wednesday, November 3, 2010

Provokasi menjelang hari pengundian

0 comments
oleh : Team IT Pemuda Dun Sura





Terkini jam 3 pagi 3 Nov 2010 - Angkara siapa ??? Hasil tinjauan awal Team IT Pemuda Dun Sura yang baru sahaja menjejakkan kaki di PRK Dun Galas pada jam 1 pagi 3 November 2010.

Tidak pasti samada perkara ini sudah lama atau baru sahaja berlaku.Yang penting kita sama-sama berkongsi cerita-cerita asam garam di Pilihanraya Kecil Dun Galas ini.Secara logiknya tentulah didalangi pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan pemasangan kain rentang ini.

Tanpa menuduh mana-mana pihak, perbuatan tidak bertamaddun ini amatlah dikesali disaat pihak lawan melaungkan kononnya kempen secara persahabatan.




Read full story

Tuesday, November 2, 2010

Pemuda Dan Professor

0 comments

Siri Motivasi Pemuda

Seorang profesor sedang menaiki sampan bersama seorang pemuda untuk menyeberangi sungai. Professor pada ketika itu dalam perjalanan untuk ke Kampung Bunga Berjuntai bagi menyiapkan kajian terbaru beliau.

Mereka bersembang.

"Kamu ni tahu membaca ke?" tanya professor kepada anak muda itu.

"Saya buta huruf tuan. Kerja saya bawa orang seberang sungai je," jawab pemuda itu jujur.

"Kesian...kamu sudah kehilangan separuh nikmat kehidupan kerana tidak tahu membaca," balas prof.

Pemuda mendiamkan diri.

"Kamu ada buat simpanan wang untuk masa depan?" tanya prof lagi.

"Takde prof," balas pemuda itu ringkas.

"Ish...ish..kalau begitu, kamu kehilangan separuh lagi nikmat kehidupan. Macam mana kamu nak hidup kalau tidak ada wang simpanan," leter prof.

Pemuda itu sekali lagi mendiamkan diri. Akur dengan kelemahan diri.

Tiba-tiba sampan yang mereka naiki bocor. Air mula melimpah masuk ke dalam sampan.

"Prof...kamu tahu berenang tak," tanya pemuda itu?

"Tak tahu," jawab Prof kegusaran.

"Kalau begitu kamu akan kehilangan seluruh kehidupan kamu," jawab pemuda.

Cerita ini cukup bermakna. Ringkas tapi padat.

Setiap orang itu ada kebijaksanaan dan kelebihannya. Kecerdikan seseorang dalam suatu perkara tidak akan menjamin kecerdikannya dalam semua perkara. Maksudnya, seorang doktor adalah orang yang paling pintar di hospital tetapi mereka bukanlah hero jika mereka bertugas di kilang Maggi. Malah fungsi mereka sangat terhad. Pastinya tidak mampu hendak dibuat ujian darah ke atas maggi seandainya didapati maggi berkenaan sakit(rosak).

Yang hendak ditekankan di sini adalah keperluan kita semua untuk saling memberi. Setiap orang dikurniakan idea yang berbeza, maka kita jadikan perbezaan itu sebagai satu rahsia kejayaan bukannya satu kelemahan.Cuma kadang-kadang di kalangan kita, ada yang malu untuk bersuara. Takut ideanya dikritik. Takut ideanya ditolak. Mungkin mereka belum faham apa beza 'Cadangan vs Arahan'.

Akhir kata, mutiara kata untuk hari ini : Cantiknya pelangi adalah kerana warnanya yang pelbagai.

Read full story

Monday, November 1, 2010

Akhir Piala Malaysia 2010 : Temubual Tuan Guru Nik Aziz di Hot FM

0 comments
Temubual dari Radio Hot Fm bersama Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pesanan buat penyokong dan pemain pasukan Kelantan.. -




atau tonton video di sini :
http://www.facebook.com/video/video.php?v=456075334270&oid=97137415549




Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy