Friday, September 30, 2011

Khas Piala Malaysia : Umno lawan PAS

0 comments

Shah Alam, 29 Oktober 2011: Penyerang PAS yang sudah lama direhatkan sejak 2008,yang baru diturunkan akhirnya menjelmakan gol awal dalam perlawanan menentang UMNO.

Walaupun diasak oleh pemain pertahanan lawan yang ketuai oleh Hisahamuddin Hussin dengan dibantu Khairi Jamaluddin (yang dikhabarkan akan berpindak ke pasukan baru musim depan dengan yuran perpindahan yang terendah dalam sejarah pemindahan pemain),namun ianya masih belum mampu memastikan gawang UMNO tidak bocor.

Rembatan deras Mat Sabu yang dikatakan bayangan Mat Indera penyerang sensasi Tanah Melayu yang sangat digeruni Inggeris suatu ketika dahulu, akhirnya menyebabkan penyokong UMNO mengamuk dan melemparkan objek keras sebagaimana yang dilaporkan oleh wartawan Harakah di Negeri Sembilan kelmarin.

Mat Sabu yang sememangnya terkenal dengan kegelicahannya mengelecek bola sebagaimana Messi,bijak merembat deras bola yang dilorongkan oleh pemain veteren PAS yang masih kuat Nik Abdul Aziz Nik Mat.Penjaga Gawang UMNO Muhyiddin Yaasin dilaporkan cedera dan patah jari kerana cuba menahan bola kencang yang dirembat Mat Sabu.

Jentera serangan UMNO yang diketuai Najib Abd Razak pulak dipaksa untuk berhempas pulas untuk menembusi kubu pertahanan lawan yang diketuai Nasaruddin Hassan.Malah serangan balas yang diketuai Najib sekadar melewati palang gol walaupun sepakan gunting gaya I.S.A. digunakan oleh beliau.Najib dilaporkan kecewa dengan prestasi hambar rakan-rakan sepasukannya yang mudah membiarkan kubu pertahan dibolosi,apatah lagi pemain pertahanan simpanan yang dimasukkan Zainal Kling juga gagal menjaga gawang UMNO bahkan menjaringkan pula gol sendiri pada minit ke-15 perlawanan, hasil perebutan bola yang berlaku dengan Saifuddin Nasution dihadapan pintu gol.Ini menyebabkan sebahagian penyokong pasukan UMNO dilaporkan kecewa dan menangis dengan apa yang dilakukan Zainal Kling.

Lebih parah lagi pada minit ke-30 Zainal Kling terpaksa diusung keluar hasil terjahan keras yang dilakukan oleh penyerang sensasi PAS Nik Abd Aziz Nik Mat.Kehadiran penyokong UMNO tidak mampu menggerunkan pasukan anak buah Al-Marhum Fadhil Noor.Malah pada minit ke-40 sekali lagi gawang UMNO bocor kali ini dengan rembatan hudud yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz yang bijak melepasi perangkap off said yang dilakukan oleh benteng pertahanan UMNO.Malah ketangkasan Nik Abd Aziz Nik Mat yang bijak melakukan larian biarpun secara solo mendapat pujian penjaga gawang UMNO sendiri Muhyiddin Yaasin.

Sehingga tamat separuh masa pertama UMNO dilaporkan masih buntu mencari gol walaupun berpakat dengan pengadil perlawanan Abdul Aziz Mohd. Yusof.Malah kehadiran kuda tua UMNO yang menyarung jersi lama yang berlogokan ‘tolak hudud’ Mahathir Mohamad lansung tidak memberikan sebarang ancaman kepada benteng pertahanan PAS yang dibantu oleh Mahfudz Omar.Mahfudz yang dimasukkan oleh jurulatih PAS Abd Hadi Awang dilihat bijak merantai pergerakkan Mahathir kerana memiliki kelebihan berasal dari negeri yang sama...kah..kah..kah...

Perlawanan dijangka bersambung semula pada separuh masa kedua,namun setakat artikel ini ditulis Abdul Aziz Mohd Yusof masih lagi belum meniupkan wisel kerana menanti arahan kapten pasukan UMNO Najib Tun Razak.Separuh masa kedua ini dijangka lebih rancak hasil kata peransang yang diberikan terutamanya selepas mendapat kata peransang oleh penolong pengurus pasukan Anwar Ibrahim.Saksikan apa akan berlaku pada separuh masa kedua...apakah mungkin PAS atau UMNO mendapatkan khidmat Safee Sali untuk mengukuhkan jentera serangan mereka?-WARTAWAN Kiyai Haraki melaporkan.



sumber : email
Read full story

Sunday, September 25, 2011

MALAYSIA TIDAK AKAN LAKSANA HUKUM HUDUD-NAJIB

0 comments

BATU GAJAH - Kerajaan tidak akan melaksanakan undang-undang hudud di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, walaupun hudud adalah undang-undang Tuhan namun pelaksanaannya mesti berpaksikan realiti.

“Jika ditanya ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu,” katanya.

Najib berkata, kerajaan mengambil kira prinsip “Maqasid Syariah” iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

“Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan,” kata Najib.


Read full story

Tuesday, September 20, 2011

Penampilan Istimewa Upin & Ipin Di DUN Sura, Dungun

0 comments
DUNGUN 20 September, Selasa - PAS, sebagai sebuah parti yang berada di tengah masyarakat, selain mengadakan program kebajikan yang melibatkan penduduk dan rakyat kebanyakan, turut ditonjolkan ialah program bersifat kekeluargaan.

Di DUN Sura, Dungun, tanggal 24 September, 2011 hari Sabtu bakal berlangsung Hari Keluarga DUN Sura 2011 di tapak Pasar Minggu Sura Gate.

Program yang bermula jam 7.45 pagi itu, dimulai dengan perasmian oleh Y.B. ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, selaku penasihat program.

Menurut Pengarah Hari Keluarga DUN Sura 2011, Encik Zakaria Tahir, pendaftaran acara sukaneka akan bermula jam 8.00 pagi sebaik selesai majlis perasmian.

baca seterusnya di sini...
Read full story

Monday, September 19, 2011

1 Ogos 2009 : Video bukti BN pertahankan ISA

0 comments
Read full story

Sunday, September 18, 2011

Hari Keluarga Dun Sura

0 comments



Berita lanjut akan menyusul.....
Read full story

Thursday, September 15, 2011

Cukai 6% prabayar mesti dibatalkan bukan ditangguhkan !

0 comments

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik persetujuan pihak syarikat telekomunikasi untuk menangguhkan pelaksanaan cukai perkhidmatan 6% secara terus kepada pengguna. Malah DPPM menggesa supaya ianya dibatalkan terus demi kepentingan rakyat khasnya warga muda negara dan berharap pihak kerajaan sebagai penerima hasil cukai tersebut dapat mempertimbangkan mekanisma percukaian yang lebih efektif kepada pengeluar dan pengguna.

2. Mengikut pengumuman asal pada 8 September, pihak syarikat telekomunikasi akan mengenakan cukai perkhidmatan 6% secara terus (passed-through) kepada pengguna bagi setiap transaksi tambah nilai dan pembelian pek permulaan, bermula 15 September ini. Kadar 6% ini sebenarnya telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan semenjak tahun 1998 dan telah dikenakan secara terus kepada pengguna sistem pasca-bayar dan diserap (absorbed) oleh syarikat telekomunikasi bagi penggunaan sistem pra-bayar bagi memastikan kadar pakej yang kompetitif dan mampu milik.

3. Jika sistem cukai ini diteruskan, golongan yang paling menerima kesan adalah golongan muda, pelajar dan golongan berpendapatan rendah yang terpaksa mengikat perut menghadapi kos sara hidup yang makin tinggi, berbanding pihak kerajaan yang terus mengaut hasil cukai atas keperitan rakyat. DPPM juga berpendapat, impak langsung cukai ini kepada golongan pengguna adalah sama dengan impak cukai GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan dalam masa terdekat.

4. DPPM berpendapat, impak penyerapan cukai ini kepada syarikat telekomunikasi adalah minima, sebagaimana yang dianggarkan oleh Maybank Investment di dalam nota kajian bertarikh 9 September yang menganggarkan penurunan pendapatan sekitar 1% - 4% oleh syarikat telekomunikasi terbabit dan AmReseach pula menganggarkan impak kepada EBITDA (keuntungan operasi) adalah sekitar 2% sahaja.

5. Justeru, pihak DPPM menggesa pihak kerajaan sebagai pihak yang bertanggungjawab memperkenal dan mengutip hasil cukai ini agar tidak mengambil kesempatan untuk mengaut laba daripada penggunaan telekomunikasi yang tidak anjal (inelastic demand) dan mengharapkan cukai perkhidmatan 6% ini terus dimansuhkan sebagai tanda prihatin kepada generasi muda di dalam Bajet 2012 yang akan diumumkan pada Oktober ini.

Jika pihak kerajaan sekarang tidak mampu melaksanakan, pihak DPPM begitu yakin pihak kerajaan Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya jika diberi mandat oleh rakyat bersesuaian dengan agenda Membangun Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS.



Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Read full story

Wednesday, September 14, 2011

Tunai 5 tuntutan atau Bersih 3.0

0 comments

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Kerajaan BN diingatkan agar melaksanakan tuntutan 5 perkara yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat jika tidak mahu himpunan aman Bersih 3.0 yang akan mengambil tempatnya.

Tuntutan lima perkara itu bukan sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan jika Kerajaan BN benar-benar ikhlas mahu melakukan reformasikan pilihanraya di tanah air, melainkan jika pihak kerajaan hanya sekadar bersandiwara.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan, sekiranya Kerajaan BN enggan melaksanakan 5 tuntutan itu sebelum pembubaran Parlimen, kerajaan ternyata hanya sekadar bermain-main dengan kenyataan-kenyataannya ke arah itu.

Menurut beliau, oleh itu, Pakatan Rakyat tidak akan teragak-agak untuk mengadakan himpunan Bersih 3.0 bagi mendesak kerajaan melaksanakan tuntutan itu bagi membolehkan pilihanraya di negara ini diadakan dengan bersih dan adil.

Katanya, Kerajaan BN tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak melaksanakan kesemua tuntutan itu kerana pihak kerajaan sendiri masih mempunyai masa yang panjang untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

"Untuk mengadakan PRU Ke-13, tempohnya sehingga 13 Mac 2013. Jadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu tergopoh-gapah untuk membubarkan Parlimen untuk membolehkan PRU Ke-13 diadakan dalam masa terdekat," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menegaskan, 5 tuntutan Pakatan Rakyat berhubung reformasi pilihanraya itu, pertamanya mendesak Kerajaan BN pimpinan Najib agar melaksanakan 8 tuntutan Bersih.

Kedua berupa desakan agar Kerajaan BN menetapkan tarikh pilihanraya dengan persetujuan atau muafakat bersama dengan Pakatan Rakyat seperti yang dilakukan oleh parti Demokratik Liberal dan Konservetif di United Kingdom (UK).

Ketiga, Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen yang akan ditubuhkan oleh Kerajaan mestilah diberikan ruang yang selesa ke arah reformasi pilihanraya di negara ini.

Keempat, agenda isu kerakyatan terhadap warganegara asing yang dilakukan oleh Kerajaan BN mestilah dihentikan dengan desakan terhadap Kerajaan BN agar menyediakan satu terma rujukan mengenainya.

Manakala tuntutan kelima berupa desakan Pakatan Rakyat terhadap Kerajaan BN agar menunaikan segala cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parlimen bagi melakukan reformasi pilihanraya di negara ini.

Sidang media tersebut diadakan bersama dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bagi pihak PKR; Ahli Parlimen Rasah, Antony Loke (DAP).

Manakala bagi pihak PAS, selain beliau, turut diwakili Datuk Kamarudin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusuf (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai).

Sementara itu, kesemua ahli-ahli Parlimen yang hadir pada sidang media itu turut bersetuju dengan kenyataan beliau dan masing-masing berharap agar suara rakyat tidak diketepikan oleh Kerajaan BN, bagi membolehkan pilihanraya di negara ini diadakan dengan telus, bersih dan adil.

Pada sidang media itu, mereka juga sebulat suara menegaskan, Pakatan Rakyat bersedia memberikan kerjasama atau khidmat kepada Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang akan ditubuhkan oleh kerajaan sempena persidangan Parlimen mulai 3 Oktober ini, sekiranya Najib boleh berjanji untuk melaksanakan kesemua tuntutan itu sebelum pembubaran Parlimen.

Dalam hubungan ini, mereka berharap agar Najib tidak bersandiwara atau bermain-main dengan kenyataannya untuk melakukan reformasi pilihanraya dengan kesediaannya menubuhkan jawatankuasa tersebut, dengan melaksanakan kesemua cadangan jawatankuasa itu ke arah itu.(hrkhdaily)


Read full story

Monday, September 12, 2011

Sham Kamikaze dapat hidayah

0 comments
Tunggu penampilan istimewa Sham Kamikaze ke Dun Sura nanti..awl Oktober 2011.Dibawa khas untuk pgrm Orang Mude Geng Kite oleh Lajnah Penerangan Pemuda Dun Sura.



Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy