Monday, August 10, 2009

Lagi bukti keganasan polis di Himpunan Mansuhkan ISA.


Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos baru-baru ini, bukan sahaja para demonstran yang dipukul dan ditahan oleh pihak polis (baca barua UMNO/BN),malah melibatkan juga kerosakan harta benda orang awam.

Penulis baru sahaja menerima gambar-gambar terbaru dari pemuda Dun Sura yang turut berada di tempat kejadian.



Selain tembakan rambang gas pemedih mata ke arah orang ramai,pihak polis juga menghalakan juga tembakan ke arah kenderaan yang berada dipersekitaran himpunan tersebut.
Pemuda tersebut sempat menyaksikan bagaimana sebuah kenderaan diselubungi asap kelam dari gas pemedih mata yang dilepaskan oleh FRU.

Bagaimana jika kenderaan tersebut berpenumpang dan tidak sempat untuk melarikan diri? Bagaimana jika penumpang tersebut panik dan tidak berupaya untuk membuka pintu? Bagaimana jika gas pemedih mata yang ditujukan kepada kenderaan tersebut terkena kepala penumpang tersebut dan pengsan dalam kenderaan yang diselubungi asap gas pemedih mata yang meloyakan dan menyesakkan nafas itu?



Tindakan FRU tersebut lebih bersifatkan melepaskan geram dan balas dendam kepada demonstran.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy