Saturday, August 8, 2009

PERIDU 09 - Benar-benar mencabar jiwa pemuda




oleh : Ketua Penerangan Pemuda Dun Sura

Pemuda Dungun kali ini benar-benar diuji dalam program tahunannya,Perhimpunan Pemuda Islam Dungun (PERIDU ) 2009.Jika sebelum ini, pengisian banyak bercorak santai dan sukan pemuda.
Namun tahun ini,pengisian lebih tertumpu kepada ketahanan rohaniah dan batiniah bagi meningkatkan semangat dan daya juang pemuda.

Program bertempat di tapak rekreasi Darul Bayan ini dimulakan dengan gotong royong mendirikan khemah penginapan mengikut DUN masing-masing.
Selepas selesai mendirikan khemah penginapan, para pemuda Dun Sura mendirikan pula pintu gerbang yang turut dihias dengan bendera PAS, Terengganu dan Malaysia.

Perasmian PERIDU oleh Setiausaha PAS Kawasan Dungun terpaksa dihentikan lebih awal mengikut jadual setelah persekitaran perkhemahan mula menerima kehadiran hujan lebat serta angin kuat.
Akibat bekalan elektrik terputus, solat dan kuliah maghrib malam tersebut terpaksa ditemani cahaya lampu kenderaan sementara menanti bantuan alternatifnya.Namun awan gelap tak henti-henti mencurahkan isinya.Khemah penginapan mula diterbangkan angin.Kerja-kerja membaiki khemah diteruskan walau dalam hujan lebat.

Pada malam tersebut juga,majlis ceramah perdana Peridu tetap diteruskan.Cuma lokasinya dipindahkan ke Dewan Darul Bayan bagi memberi sedikit keselesaan kepada para pendengar.
Rehat dua per tiga malam pemuda terpaksa dikorbankan untuk program seterusnya iaitu Kembara Jihad.Dimulakan dengan Qiamullail yang diketuai oleh Ustaz Mohd Aruddin.

Program Kembara Jihad inilah yang benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal para pemuda.Jam menunjukkan pukul 3 pagi, namun ini tidak menghalang penglibatan semua pemuda bagi menjayakan slot yang mungkin tidak akan dilupakan dalam ingatan mereka.

Setiap kumpulan hanya dibekalkan satu lampu suluh dan diminta membaca arahan di setiap check point yang ditetapkan.Para pemuda akan malalui laluan trek yang gelap, semak samun dan berlumpur.
Dimulakan dengan aktiviti merangkak dhab iaitu merangkak di bawah tali dengan kedua-dua tangan di belalang.Seterusnya, merangkak biawak pula. Merangkak mengunakan lengan dengan melalui trek berlumpur.
Di setiap laluan tersebut juga, ditempatkan seorang ustaz untuk soalan dan tazkirah berkaitan kepentingan penyediaan dari sudut rohaniah untuk pemamtapan kerja-kerja jemaah.

Aktiviti seterusnya, para pemuda diminta menenggelamkan diri melepasi aras kepala dalam lopak berlumpur.Bukan itu sahaja, pemuda juga diarahkan menyamakkan diri dengan lumpur-lumpur tersebut.Penulis sendiri turut melaluinya aktiviti-aktiviti tersebut.
Di akhir check point, pemuda dikehendaki mendirikan batang nibong berbendera PAS.Mereka ini dibekalkan sebatang nibong,sehelai bendera PAS, tali dan sebatang cangkul.Slot berakhir jam 5 pagi dan pemuda bertungkus lumus pula untuk membersihkan diri untuk solat subuh berjemaah di tapak program.

Pada pagi Sabtu pula, acara sukan pula mengambil tempat.Antaranya bowling nyiur,lari kain pelikat,lari kepit bola,isi air dalam botol,sepak target, sepak raga bulatan dan tarik tali.
Sebelum itu, peserta Peridu memanaskan badan dengan senaman silat yang dipimpin oleh ahli silat terlatih yang dijemput khas.

PERIDU 2009 diakhiri dengan ucapan majlis penutup dan penyampaian hadiah oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ustaz Haji Jamaluddin Jusoh pada jam 12 tengahari.
















































































0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy