Tuesday, January 18, 2011

Sempat sertai konvoi PAS Ganti Umno sebelum meninggal dunia



SELASA 18 Januari 2010 - Hasrat Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan Jalan Lembah, Saudara Mustapha Kamal bin Man, 35 untuk menyertai konvoi bermotosikal Pemuda Dun Sura ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno pada Sabtu 15 Januari yang lalu, tercapai juga sebelum meninggal dunia di kediaman ibu beliau pada awal pagi hari ini.

Allahyarham yang juga Ahli Jawatankuasa Keselamatan Dun Sura itu, meluahkan kesungguhannnya untuk menyertai konvoi tersebut ketika mendaftar diri bersama rakan-rakan pemudanya di Cawangan Jalan Lembah baru-baru ini.

IMBAS KEMBALI...Allahyarham ketika menyertai konvoi PGU 15 Januari lepas

Beliau yang bekerja kontrak di sebuah bengkel perabut di Jalan Abdul Jalil itu meninggalkan seorang isteri, Che Wan Aniza binti Che Wan Rani,30 dan tiga orang anak yang masih kecil iaitu Mohamad Shahrizal,6 tahun, Siti Nur Aishah,5 tahun dan Siti Nur Athirah,3 tahun.Anak sulung dan kedua beliau merupakan pelajar PASTI As-Syakirin,Tanah Lot.

Kereta Jenazah Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sura




Jenazah beliau disembahyangkan di Surau Tuan Guru Haji Abdul Jalil, Jalan Lembah selepas solat zohor yang turut disertai ADUN Sura, YB Ustaz Wan Hassan Ramli dan dikebumikan di tanah perkuburan Syed Yahya, Jalan Nibong kira-kira jam 2.15 petang tadi.

Allahyarham sekeluarga menetap bersama ibunya di Kampung Sungai Buaya yang juga penerima bantuan zakat dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.Namun sejak kemenangan PAS di Dun Sura pada 2008, ibu beliau itu telah mula dinafikan hak untuk menerima bantuan tersebut akibat campurtangan politik pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan keaktifan Allahyarham dalam gerakkerja parti ini.

Anak sulung Allahyarham (berbaju merah tanpa songkok) di pengebumian bapanya

Dengan ini,pihak Pemuda PAS Dun Sura mengharapkan sedikit bantuan atau sumbangan dari orangramai untuk meringankan beban keluarga Allahyarham dalam membesarkan tiga orang anak yang masih kecil.Moga mereka ini dibesarkan menjadi insan yang memperjuangkan agama Allah sepertimana yang telah diperjuangkankan oleh bapa mereka.

Sebarang bentuk sumbangan bolehlah diserahkan dengan menghubungi Ketua Pemuda PAS Cawangan Jalan Lembah, saudara Ridhuan Mohd Noor (012-9665536) atau Ketua Kebajikan Pemuda PAS Dun Sura, saudara Shaikh Salmin (013-9328211).

Pihak Pemuda PAS Dun Sura mengucapkan takziah kepada isteri dan keluarga Allahyarham serta mendoakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan diberi pengampunan dan diredhaiNya..Amin.






0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy