Saturday, January 1, 2011

Dentuman mercun provokasi jam 11:30 malam sambut XPDC Dakwah Tahun Baru


oleh : Skuad Sebaran (SQUBA) Pemuda Dun Sura

Skuad Sebaran (SQUBA) dengan T-Shirt rasmi

DUNGUN - 1 JANUARI 2011 : Pemuda Dun Sura yang dikepalai oleh Skuad Sebaran (SQUBA) berjaya menganjurkan satu XPDC Dakwah sempena sambutan tahun baru 2011 di Dataran Sura Gate, Dungun semalam.Dengan kehadiran petugas seramai 20 orang itu, risalah tahun baru ini telah diedarkan kepada para pengunjung di salah sebuah Bistro & Cafe Sura Gate yang menjadi tempat sambutan tahun baru kali ini.




Tidak seperti tahun-tahun lepas, sambutan tahun baru ini biasanya diadakan di Dataran Merdeka Dungun dengan pengisian seperti nyanyian konsert dan dentuman mercun tepat jam 12 tengah malam.

Sebelum edaran risalah dimulakan, satu taklimat oleh Ketua Penerangan Pemuda Dun Sura telah diberikan kepada para petugas agar lebih mesra dan tidak bertindakbalas atas segala kemungkinan yang mungkin berlaku sepanjang edaran risalah berlangsung.

Risalah terbitan Jabatan Penerangan PAS Terengganu itu yang berkonsepkan kefahaman perlunya kembali kepada Islam sebagai jalan hidup dalam menghadapi kecelaruan institusi keluarga,keruntuhan gejala sosial dan juga jenayah yang kian menjadi-jadi.




Walaupun kehadiran kami disambut baik oleh para pengunjung dengan menerima setiap risalah yang diedarkan, pihak penganjur nampaknya tidak begitu selesa dengan tugasan para pemuda ini.Edaran risalah tangan ke tangan, meja ke meja ini sedikit menggusarkan dan merimaskan sebahagian ahli Umno yang turut serta dalam majlis sambutan tahun baru ini.

Sebelum sempat risalah diedarkan kepada semua pengunjung yang asyik menonton persembahan di pentas kecil premis tersebut, satu dentuman mercun bunga api dilepaskan ke udara jam 11:30 malam seolah-olah detik 12 malam tahun baru sudah tiba.Tindakan ala-provokasi itu mungkin bertujuan bagi mengganggu kelancaran para pemuda dalam membuat edaran risalah tersebut daripada sampai ke tangan para pengunjung.

XPDC Dakwah Tahun Baru ditamatkan sekitar jam 11:45 malam dengan tekad Skuad Sebaran yang akan turun lagi dalam edaran risalah penjelasan kenapa perlunya PAS Ganti Umno.Azam SQUBA di tahun baru ini juga agar UMNO/BN tidak tidur lena menanti pilihanraya umum yang akan datang ini.Menyahut cabaran Dato' Pesuruhjaya PAS Terengganu agar kita akan serang habis-habisan UMNO/BN kali ini.Agar rakyat faham kenapa UMNO/Bn perlu digantikan dalam PRU 13 nanti.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy