Friday, July 8, 2011

ADUN Sura Antara 91 Yang Tersenarai Dilarang Masuk KL 9 Julai Ini



Dalam usaha menyekat dan menggagalkan himpunan BERSIH esok, 91 nama disenaraikan oleh pihak polis daripada memasuki Kuala Lumpur Sabtu ini. Polis Kuala Lumpur mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.

Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut – daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan. Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan, tengah) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

"Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya yang membacakan satu kenyataan.

Mursyidul Am, YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Haji abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Tuan Haji Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda, Ustaz Nasrudin Tantawi adalah pimpinan PAS yang disenaraikan daripada 91 nama tersebut. Turut tersenarai adalah ADUN Sura yang juga YDP PAS Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, Timbalan YDP PAS Kawasan Dungun Ustaz Saiful Bahri Mamat dan Naibnya Ust Azman Shapawi Abd Rani.

Segala sekatan yang dibuat menunjukkan lagi sikap bacul kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib Tun Razak sehingga melanggar titah Yang Dipertuan Agong. Namun begitu, segala halangan ini semakin menambahkan semangat BERSIH untuk meneruskan himpunan 9 Julai ini. Usaha pihak polis tersebut tidak akan menjejaskan semangat rakyat seluruh negara untuk menyertai BERSIH 2.0 kali ini.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini menegaskan bahawa himpunan BERSIH 2.0 tetap akan disertai PAS walaupun terpaksa berjalan kaki ke Stadium Merdeka.

"Kita akan bergerak setakat yang boleh. Sekalipun kenderaan ditahan, kita akan berjalan kaki ke Stadium Merdeka," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian mengulas perkembangan terbaru bahawa permit sementara bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur tidak akan dikeluarkan untuk hari Jumaat dan Sabtu ini. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi alasan tindakan itu bagi mengelak jangkaan kesesakan lalulintas pada hari tersebut.

Bagaimanapun dipercayai tindakan tersebut bertujuan menghadkan kehadiran peserta ke himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada Sabtu ini. Ini kerana sebahagian peserta yang akan hadir ke perhimpunan tersebut adalah dari luar Kuala Lumpur yang dijangka akan membanjiri ibu negara bermula Jumaat ini.

senarai 91 yang tersenarai


1 comments:

otaklunyai on July 8, 2011 at 9:07 AM said...

Apa hak kera-jaan nak sekat kebebasan rakyat ni... kita ni mgalah duduk dlm negara komunis.. mudah2an Allah permudahkan jalan pengambil alihan kuasa dari puak2 yg zalim ini... AMIN YA RABBAL ALAMIN

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy