Wednesday, July 6, 2011

Halal & Haram Yang Semakin Mendapat Perhatian


Oleh : Lajnah Tarbiyah Pemuda Dun Sura


Pada hari Isnin (malam Selasa) yang lalu, 4 Julai 2011, saya berkesempatan menonton berita di RTM1. Sudah tahu, perkara yang pasti akan diberi tumpuan adalah berkaitan himpunan BERSIH. Media massa terus berperanan menakut-nakutkan rakyat dan memberi gambaran yang sangat buruk kepada BERSIH.


Seperti yang dijangka, RTM 1 ketika itu menyiarkan ucapan Najib yang memberikan pelbagai alasan dangkal untuk menggambarkan himpunan BERSIH adalah himpunan ganas yang bakal menghancurkan keharmonian Malaysia. Selepas itu, sampai pula giliran Zahid Hamidi berlagak hero. Kononnya, Angkatan Tentera Malaysia sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku disebabkan himpunan ‘haram’ bersih ketika itu. ‘HARAM’ kata mereka. Oh, begitu..

Menariknya, sebelum gambar Najib dan Zahid Hamidi keluar, RTM 1 terlebih dahulu menyiarkan liputan tarian gelek yang bertempat di Besut. Tarian gelek yang disebut berasal dari Mesir itu dikatakan mendapat sambutan yang menarik. Hebat lagi apabila salah seorang peserta melahirkan rasa bangga kerana setiap gerakan dalam tarian gelek menyebabkan berat badannya turun lebih daripada 10 kilo (terlupa bilangan yang tepat). Aktiviti kebudayaan yang disiarkan itu nampaknya seperti ‘halal’ pula. HALAL pula?

Sekarang, kita lihat media massa seperti pandai pula membicarakan masalah halal dan haram. Setiap hari, permasalahan yang dibincangkan sentiasa berlegar masalah halal haram. Jumaat lepas, seluruh masjid dikatakan mengecam himpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini. Kami menanti juga tajuk halal dan haram apa pula yang bakal disentuh dalam khutbah-khutbah Jumaat di seluruh Terengganu Jumaat ini.

Jangan himpun untuk tuntut pilihanraya BERSIH, ‘HARAM’ katanya. Jom hadiri himpunan tarian gelek, ‘halal’ pula pada pandangan mereka. Tahniah UMNO atas didikan yang diberikan pada rakyat berkaitan halal dan haram ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy