Sunday, September 25, 2011

MALAYSIA TIDAK AKAN LAKSANA HUKUM HUDUD-NAJIB



BATU GAJAH - Kerajaan tidak akan melaksanakan undang-undang hudud di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, walaupun hudud adalah undang-undang Tuhan namun pelaksanaannya mesti berpaksikan realiti.

“Jika ditanya ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu,” katanya.

Najib berkata, kerajaan mengambil kira prinsip “Maqasid Syariah” iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

“Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan,” kata Najib.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy