Sunday, September 4, 2011

Allahyarham jalankan tugas terpuji- Presiden PAS



PAS mengucapkan takziah terhadap keluarga jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang meninggal dunia ditembak di Somalia semalam.

Seluruh kepimpinan PAS dan ahli-ahlinya berdoa semoga Allahyarham diberi keampunan dan mendapat rahmat Allah SWT dan dihimpunkan bersama hamba-hamba-Nya yang soleh.

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, usaha Allahyarham terlibat dengan misi kemanusiaan menyelamatkan orang yang kebuluran merupakan satu sifat terpuji yang dituntut Islam.

"Semoga ahli keluarga dan sahabat handainya diberi kesabaran oleh Allah SWT," katanya menerusi Setiausaha Akhbarnya, Mohd Nasaie Ismail ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.


Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), menerusi Mohd Nasaie, juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Keberanian beliau menjalankan tugas yang berisiko itu menggambarkan semangat kewartawanan yang tinggi yang ada pada Allahyarham yang sangat dihargai.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, namun pihak penganjur, Kelab Putera 1 Malaysia mesti bertanggungjawab terhadap kejadian yang berlaku.

"Ini menggambarkan tiada ciri-ciri keselamatan yang rapi diusahakan penganjur untuk peserta misi dan wartawan," katanya

Sepatutnya, menurut beliau, kesemua mereka dibekalkan dengan jaket keselamatan dan insuran untuk menjamin keselamatan mereka.

"Begitu juga dengan kawalan tentera dan polis negara tempat mereka bertugas yang mesti dipastikan penganjur sebelum mereka melaksanakan tugas," tegas beliau.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy