
Ketika bertemu dengan media, tiga pemimpin utama PAS, Datuk Nik Abdul Aziz, Datuk Seri Abdul Hadi dan Datuk Dr Harun Din berkata, PAS tetap komited dengan Pakatan Rakyat.
Julai 24, 2008
Salam Kamunting,
“Hidangkanku secangkir kopi panas.” Begitu isteri saya memahami bahasa hati saya apakala saya memintanya secawan kopi. Ia mesti panas sepanasya.
Bila ia dihidangkan sempurna di atas meja tempat saya membaca, atau menulis, atau mungkin nanti saat saya menonton pasukan premier leaugue saya, Newcastle United menentang Manchester United Ogos ini, jemari saya akan menyentuh perlahan cawan itu dan merasai keperitan panasnya. Jika panas, ia segera menyelinap ke dalam diri menerpa selera di lubuk dalam lalu membukanya. Sebelum lidah bertarung mengurai kepanasan air kopi itu, diri saya telah pun menikmatinya dengan rasa segar membangkit selera.
Jika tidak, saya akan memanggil isteri saya kembali. Bila dia berpusing balik, saya mencebik dan menyengetkan kepala saya. Dia mengetap bibir dan mendengus kemarahan, kadang - kadang melepaskan senjata perempuannya, membebel - bebel entah apa. Ah, saya menikmati telatah seorang isteri yang solehah. Marah itu bukan benci. Marah itu tanda sayang. Marah reda beriring keredhaan. Redha datang bila faham. Isteri saya cukup memahami saya.
Kopi tak panas itu jadi habuannya. Kebetulan ratu permaisuri saya ni suka minum kopi suam. Marah pun reda dan saya menikmati tegukan akhir kopi panas sepanasnya itu pada suhunya yang sudah suam atau langsung dah sejuk.
Aku harap Newcastle aku tak kalah pada Manchester pada perlawanan pembukaan nanti. Aku minat Owen budak baik itu. Sumbat Owen, jangan tak sumbat.
Tetapi sesetengah manusia tak memahami saya.
Bila saya kemukakan nas dan sirah serta praktikal gerakan Islam menghadamkan politik damai dalam perjuangan menuju keredhaanNya, teman yang menghujah saya itu membalas, yalah, nas itu satu hal. Tapi UMNO ni bla bla bla. Taring kemarahan saya segera menyeringai. Kalau tidak kerana saya cepat memacak tanda bodoh jahil di atas kepalanya, pasti saya ketuk kepalanya dengan cawan kopi panas di depan saya lalu berkata, ” Bodoh lebih baik daripada degil. Kamu ni degil.” Kawan saya ini hanya jahil.
Bolehkah anda menghujah nas dengan perkiraan dan jenis strategi bebal otak anda? Saya bacakan nas dan menghurainya, anda pun berkata, “Yang Allah kata tu ye lah. Tapi bla bla bala..” Apa kita diajar beradab begitu di depan Allah? Lihat al Hujurat:1-2.
Hujah nas mesti didepani nas juga. Samada anda datangkan nas lain atau anda mentafsir nas yang sama dalam kerangka ilmu tafsir dan takwil yang dibenarkan. Anda tak boleh menolaknya dengan hujah bengal bingal otak anda. Salah, lemah dan tak beradab namanya di sisi agama.
Jangan jadi sesat seperti segolongan manusia yang melayan ayat al Quran yang memuji kebesaran para sahabat ar Rasul sallaLlhu alaihi wasallam dengan tafsiran dan takwilan sesat demi semata - mata nak menegakkan bahawa kebenaran dan kebesaran hanya milik Ali karramaLlahu wajhahu dan ahlil Bait sahaja, bukan untuk seluruh para sahabat.
Allah menyuruh kita berdamai bila musuh miring untuk berdamai. Abaikan dulu soal tipu daya. Allah bersama kita menolong kita. Jika Pak Lah nak tipu, tipulah. Allah takkan bersama Pak Lah pun. Apa takut? Bila Pak Lah tipu, Allah tipu Pak Lah. Tipah tertipu, Pak Lah lagi tertipu.
Berdamai! Kamu takut? Allah bersama. Dia tunjukkan jalan untuk mengelak daripada ditipu atau, jika Dia benarkan tipu daya berlaku, Dia sendiri ambil risiko tipu daripada kita. Bila dia ambil, sekali lipat Allah pukul balik musuh yang menipu.
Allah tidak membebankan kita dengan risiko rugi ditipu. Allah bebankan kita dengan keberanian untuk berdamai.
Ingat, berani untuk berdamai!
Sesetengah anda takut untuk berdamai. Allah telah menjawabnya. Anda mesti berani untuk berdamai. Allah mahu dan sukakan perdamaian.
Muzakarah itu damai. Muqabalah itu damai. Ia berbeza pada bezanya dan ia sama pada samanya.
Anda melihat balah dua ulama pada sisi pandang balah PAS-UMNO. Ah, langit dan bumi antara keduanya. Mereka menjunjung al Quran sedang yang satu lagi, satunya menjunjung, satu lagi memijak! Samakah?
Sekarang, ayahanda telah kata, tiada beza antara kami. Pertemuan dibenarkan.. Ya, mereka orang politik. Takkan nak bincang matematik. Mereka bincang politik. Politik itu kehidupan. Politik itu dunia dan akhirat.
Sesetengah anda merancang untuk berhimpun di pejabat agung menyatakan sokongan pada tok guru. Apa, kamu ingat menyayangi tok guru adalah dengan membenci tok guru yang lain. Kamu ingat menyayangi Ali adalah dengan membenci Umar. Bodoh..
Perang berjalan, manakala damai, berikan jalan untuknya.
Isteriku, hidangkanku secangkir kopi panas. Aku mahu terus berperang. Damai itu hanya rehat mengesat hanyir darah yang mengalir.. KUALA LUMMPUR, 19 Jul - Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu bermuzakarah dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan untuk bermuzakarah dengan PAS, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Haji Mahfuz Omar.
"Banyak perkara yang belum selesai antara Perdana Menteri dengan Dr Mahathir. Banyak persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir tidak dijawab oleh Perdana Menteri.
"Selagi perkara itu tidak diselesaikan, Perdana Menteri tidak ada kredibiliti untuk bercakap mengenai perbincangan dengan mana-mana pihak," katanya.
Menurut Mahfuz, walaupun Dr Mahathir berusaha bertemu Perdana Menteri untuk menjernihkan keadaan, apa yang berlaku selepas itu ternyata semakin buruk akibat sikap Perdana Menteri yang enggan menangani pelbagai persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir.
"Perdana Menteri bukan sahaja tidak mengatasinya (persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir), jawab pun tidak," kata beliau.
Keengganan Perdana Menteri untuk menjawab pelbagai persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir itu menyebabkan beliau disyaki tidak berterima kasih dan tidak menghormati orang yang mengangkatnya ke jawatannya kini sebagai Perdana Menteri, kata Mahfuz.
"Jika orang yang melantiknya ke jawatannya sekarang pun tidak dihormatinya, apa jaminan Perdana Menteri boleh menghormati pihak lain?
"Perbincangan atau muzakarah memerlukan rasa hormat antara satu sama lain," kata Mahfuz.
Menurut beliau, bukan sahaja masalah hubungan dengan Dr Mahathir perlu diselesaikan oleh Perdana Menteri, malah beliau perlu menyelesaikan hubungannya dengan mereka yang dipimpinnya.
"Walaupun Perdana Menteri berikrar mahu berundur dan mengharap diberi peluang dua tahun lagi, namun mereka yang dipimpinnya tetap tidak berpuas hati.
"Baru-baru ini, (Naib Presiden Umno, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) berkata, dua tahun terlalu lama. Ketua Pemuda Umno, (Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) dan (Datuk) Shahrir (Abdul Samad) pula menolak saranan supaya tidak diadakan pertandingan memandangkan Abdullah sudah hendak berundur sebagai Presiden Umno.
"Kenyataan-kenyataan itu hakikatnya adalah undi tidak percaya kepada Abdullah. Bagaimana hendak berunding dengan orang menghadapi undi tidak percaya?" kata Mahfuz lagi.
Beliau bagaimanapun mengucapkan terima kasih di atas kesediaan untuk bermuzakarah itu.Anis Nazri Mon Jul 14, 08 11:44:47 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengambil keputusan tidak akan menghadirkan diri ke IPK Kuala Lumpur, hari ini, seperti yang dilaporkan semalam. Menurut peguam Anwar, Sankara Nair, keputusan itu diambil memandangkan tindakan pihak polis mendatangi rumah Anwar bagi menyerahkan suatu perintah di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah pada Sabtu, 12 Julai lalu. Malah, katanya pada Ahad, 13 Julai, pihak polis sekali lagi datang ke rumah Anwar dan mengganggu serta menuntut keluarganya menerima penyerahan perintah tersebut. Pihak polis,mendakwa beliau enggan meninggalkan rumah Anwar dan menyebabkan keluarga Anwar berada di dalam ketakutan. "Pihak polis dan anakguam saya (Anwar) telah mengambil kata sepakat untuk hadir di IPK hari ini, bagaimanapun dengan tindakan intimidasi ini, anakguam saya tidak akan hadir kerana terlalu kecewa dengan sikap tidak profesional polis," tegas beliau dalm kenyataannya, kepada Harakahdaily, hari ini. Anwar juga, menurut Sankara bersedia bekerjasama dengan pihak polis sekiranya polis bertindak secara profesional dan mematuhi persefahaman baik tersebut dan undang-undang. "Walau apa pun, anakguam kami mengulangi kedudukan beliau bahawa anakguam kami bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis sekiranya pihak polis tidak mengganggu beliau atau mengintimidasi keluarganya dan tidak memungkiri persefahaman baik tersebut, " tegas beliau lagi. Sankara juga berkata jika syarat agar tidak mengganggu keluarga Anwar dipatuhi polis, maka pihaknya memohon agar suatu tarikh baru ditetapkan supaya Anwar boleh hadir ke IPK KL untuk meberi keterangan. "Di dalam keadaan intimidasi yang dilakukan oleh pihak polis seperti ini, anakguam kami tidak dapat menghadirkan ke IPK Kuala Lumpur pada 14 Julai ini sehingga keadaan intimidasi ini lenyap sama sekali. Anakguam kami juga ingin memaklumkan bahawa beliau pada hari Rabu 16-7-2008 akan hadir ke pejabat Agensi Anti-Rasuah untuk memberi keterangan," kata Sankara lagi. - mr_ |
Dewan Ulama PAS Pusat amat prihatin dengan isu negara yang berlaku dan sentiasa memastikan agar ianya memberi kesan yang baik untuk Islam dan ummahnya.
Dewan Ulama juga berkeyakinan bahawa masyarakat Malaysia pada hari ini menaruh harapan yang tinggi kepada PAS untuk menerajui negara, bahkan telah ramai yang ingin melihat wujudnya Negara Islam atau negara berkebajikan yang sebenar yang memberi jaminan keamanan dan kesejahteraan kepada semua kaum dalam negara.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS sememangnya mengambarkan bahawa perjuangan PAS adalah jelas iaitu menyeru manusia ke arah yang maaruf dan berusaha menjauhkan manusia dari kemungkaran dan kezaliman.
Apa saja cara yang diajar oleh Islam itulah teori dan landasan yang dibawa oleh PAS. Pendekatan yang diambil oleh PAS dalam arena politik tanah air sememangnya berbagai-bagai dan PAS ternyata telah matang.
Dewan Ulama percaya bahawa semua ahli PAS seharusnya menyedari bahawa bertemu dan berbincang dengan mad�u yang mempunyai pelbagai latarbelakang adalah penting untuk memastikan sasaran dakwah dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Semua ahli diajar bahawa Tahaluf Siyaasi adalah satu juzuk yang penting dalam politik Islam. Ia mesti diguna pakai oleh Jamaah Islam seperti PAS agar dasar yang diperjuangkan oleh PAS dapat dihayati dengan lebih dekat oleh rakan-rakan di dalam gagasan tahaluf siyaasi ini.
Selain dari itu juga, kehadiran PAS dalam Pakatan Rakyat adalah perlu difahami dalam konteksnya yang luas.
Kerjasama yang dibuat oleh PAS amat jelas iaitu untuk menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran (Islam). Kerjasama dan pakatan yang boleh merealisasikan hasrat murni ini sudah pastinya akan terus dijulang oleh PAS.
Begitu juga sebaliknya kalau pakatan yang merugikan Islam dan perjuangannya pasti akan ditolak oleh PAS.
PAS bukannya parti yang melukut di tepian yang boleh diletakkan di mana-mana. Parti-parti lain yang turut mendukung cita-cita membentuk kerajaan baru di Malaysia pula perlu terlebih dahulu menjaga sensitiviti masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia.
Isu-isu syiar agama yang menjadi tuntutan dan prinsip kepada orang yang beragama Islam perlu juga difahami tahap sensitivitinya.
Wujudnya tuntutan untuk memperlahankan suara azan sebagai contohnya menunjukkan segelintir masyarakat masih tidak memahami urusan penting bagi umat Islam. Perkara ini sepatutnya difahami oleh semua kaum di Malaysia.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat
Moderator bagi rancangan ini ialah Dr Razali Agus dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dr. Syed Azman memenangi Pilihanraya Umum Ke 12 bagi DUN Batu Burok mengalahkan Ketua Puteri UMNO Terengganu, Nordiana Shafie dengan majoriti undi 1161.
Belia juga pernah mewakili Parlimen Kuala Terengganu sebagai ahlj parlimen dari tahun 1999 - 2004 Razali Ibrahim merupakan Ahli Parlimen Muar, Johor dari Barisan Nasional - UMNO. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Parti Keadilan Nasional, Nah Budin dengan majoriti sebanyak 4,661 undi.Isi kekosongan
"Saya sangat baik dengan Zuber sejak dahulu lagi. Tidak mungkin beliau akan menentang saya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Kelmarin, badan perhubungan Umno Terengganu membuat rombakan dengan melantik beberapa tokoh lama mengisi kekosongan jawatan setiausaha, bendahari dan ketua penerangan Umno negeri.
Ketua bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan dilantik sebagai setiausaha badan perhubungan, Senator Datuk RUslan Awang Chik (bendahari) dan Zuber (ketua penerangan).
Rosli mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Rosol Wahid, manakala Ruslan menggantikan bekas exco kerajaan negeri, Datuk Wan Hisham Salleh.
Zuber pula menggantikan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang dilantik sebagai menteri penerangan.
Dijangka ketua-ketua bahagian yang menyokong Idris akan menghadapi tentangan sengit dari kumpulan penyokong Ahmad.
Shahrial yang tiba kira-kira jam 9.40 malam dibawa dengan sebuah van dengan nombor pendaftaran WQV 4491 diiringi lebih kurang sepuluh anggota polis. Setibanya di pekarangan rumah tersebut beliau terus didakap anak keduanya, Ehsan Shahrial, 16 dan beberapa sahabat handai.
Dengan genangan air mata beliau terus mendukung anak bongsunya, Arfah Sharial, 9 yang kebetulan turut menyambutnya di situ untuk memasuki dalam rumah menatap janazah anaknya.
Beliau duduk di sisi isterinya, Siti Fatma Masirun, 38, dan terus menatap wajah anaknya yang terbaring kaku di situ.
Beliau mengucup dahi anaknya itu sepuas-puasnya seolah-olah enggan menerima perpisahan akibat 7 tahun keluarga ini dipisahkan oleh tempoh kem tahanan secara zalim.
Kemudian beliau memanggil keempat-empat anaknya, Ehsan, 16, Abdullah Masul, 14, Izzatul Zahrah, 12 dan Arfah, 9 duduk bersamanya untuk menyedekah doa buat arwah anaknya.
Hening malam ketika itu yang dipenunh dengan bacaan surah yassin terhenti seketika.
Air mata pilu hadirin termasuk sanak saudara tidak dapat ditahan lagi. Malah rakan-rakan sekolah arwah yang menunggu sebelum Maghrib lagi turut tidak dapat menahan kesedihan.
Sementara itu, pihak polis yang mengawalnya hanya membenarkan Shahrial berada di sisi anaknya hanya satu jam.
Shahrial yang dibawa dari Kem Tahanan Kamunting, Taiping pada jam lima petang semalam tidak dapat menatap melihat anaknya sewaktu beliau sedang kritikal di Hospital Kajang semalam.
Ini kerana, anaknya menghembus nafas terakhir pada jam kira-kira 6.10 petang semalam. Anaknya dihantar ke hospital pada petang Rabu, 2 Jun apabila pengsan akibat terjatuh di rumahnya.
Selepas jatuh beliau terus koma dan di beri bantuan dengan mesin jangka hayat kerana mengalami darah beku dalam kepala.
Pada malam tersebut juga, keluarganya meminta kebenaran pihak berkuasa untuk membenarkan Shahrial menziarahnya.
Dengan itu sejak pukul lima petang kaum keluarga menunggu kedatangan Shahrial kerana mereka difahamkan Shahrial akan sampai di hospital antara pukul lima hingga enam petang.
Bagaimanapun penantian mereka ternyata hampa kerana anaknya meninggal sebelum Shahrial tiba.
Dalam pada itu, jenazah arwah di bawa ke rumah jirannya selepas Magrib.
Jenazah arwah diletakkan di rumah jirannya kerana rumahnya yang terletak bersebelahan terlalu uzur.
Pada hari ini pula, beliau dibenarkan melawat anaknya semasa di majlis pengkembumiannya di tanah perkuburan Islam kampung tersebut.
Di majlis tersebut juga beliau difahamkan hanya satu jam juga.
Dalam pada itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh dan beberapa aktivis GMI turut berada di situ.
Turut sama berada di situ ialah Yang Dipertua PAS Cheras, Zulkifli Ahmad dan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman serta isteri beliau.
Orang ramai pada malam tadi tidak putus-putus melawat arwah bahkan beberapa guru orang sekolahnya turut menziarahnya.
Kepada pembaca yang sedia membantu keluarga Almarhumah Aina Mardiah dan keluarga mangsa ISA yang lain, silakan hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336.
Pesuruhjayanya Datuk Siva Subramaniam berkata perhimpunan di padang tidak jauh kompleks membeli-belah Amcorp Mall, Petaling Jaya adalah "satu aktiviti yang sihat" dan tidak menjejaskan sesiapa, termasuklah pelancong.
Protes akan mengadakan perhimpunan tersebut di Jalan Timur, Petaling Jaya.Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy