"Saya bukan orang bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh atau menteri besar sekarang, Datuk Ahmad Said kerana saya tidak berada dalam mana-mana pihak," katanya.
Timbalan menteri dalam negeri itu berkata, semasa krisis pelantikan menteri besar Terengganu Mac dan April lalu, tidak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
Katanya, beliau tidak manyatakan pendirian kerana bimbang suaranya menjadi suara perdana menteri kerana ketika itu, beliau merupakan setiausaha politik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau menjelaskan demikian sebagai mengulas laporan Malaysiakini semalam yang menyebut beliau dan ketua bahagian Setiu, Mohd Jidin Shafie sebagai penyokong Idris yang dijangka menghadapi tentangan dari penyokong Ahmad.
Dalam pada itu, Wan Ahmad Farid berkata, tidak mungkin ketua penerangan Umno negeri yang baru, Datuk Zuber Embong akan mencabarnya dalam pemilihan bahagian September ini.
Isi kekosongan
"Saya sangat baik dengan Zuber sejak dahulu lagi. Tidak mungkin beliau akan menentang saya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Kelmarin, badan perhubungan Umno Terengganu membuat rombakan dengan melantik beberapa tokoh lama mengisi kekosongan jawatan setiausaha, bendahari dan ketua penerangan Umno negeri.
Ketua bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan dilantik sebagai setiausaha badan perhubungan, Senator Datuk RUslan Awang Chik (bendahari) dan Zuber (ketua penerangan).
Rosli mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Rosol Wahid, manakala Ruslan menggantikan bekas exco kerajaan negeri, Datuk Wan Hisham Salleh.
Zuber pula menggantikan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang dilantik sebagai menteri penerangan.
Dijangka ketua-ketua bahagian yang menyokong Idris akan menghadapi tentangan sengit dari kumpulan penyokong Ahmad.
0 comments:
Post a Comment