Semangat juang dan jihad hendaklah dititipkan kiranya ia kurang, hendaklah digarapkan kiranya ia tertinggal, hendaklah disematkan dalam sanubari hamba kiranya ia tercicir, hendaklah dicari kiranya ia hilang, hendaklah disiram kiranya ia layu, hendaklah diterjemah kiranya ia tidak dimengerti, hendaklah dijulang kiranya ia di bawah, hendaklah disubur kiranya ia layu dan mengecil, hendaklah digerak dan dibangunkan kiranya ia tidur dan hendaklah disuntik semangat iman yang kental kiranya ia longlai tidak bermaya.
Mujahid hendaklah berangkat ke
medan jihad dengan penuh sabar, tawakkal dan cita-cita syahid sentiasa bersemi di dada. Mujahid tidak boleh mundur ke belakang, bahkan teruskan kemaraan untuk mempertahankan ‘dinillah’ atau agama Allah, janganlah gentar, padahal Allah adalah Penolong yang Maha Perkasa, di sana tempat para mujahid bertawakkal.
Adakah anda merasa selamat dan bahagia hidup di dunia ini sebagai kunci untuk menempah dan membuka pintu syurga dan memasukinya atau anda mampu menguaknya dan lulu melangkah tanpa
susah payah, tanpa sabar dan lelah jihad mencairi hidup anda? Jangan bermimpi untuk kebahagiaan di sana kiranya anda mempunyai kerehatan yang panjang di bumi ini, anda harus melibatkan diri di medan jihad, turun merasai nikmat berjihad di jalan Allah, merasai kemanisannya, merasai perit jerih di medan, mereka hidup memburu dan diburu , menyerang dan diserang, membunuh dan dibunuh demi agama tercinta, demi perang jihad suci pada jalan Allah.
Allah pernah menolong dan membantu para mujahid di medan Badar dengan bantuan tentera Malaikat seramai tiga ribu dan di tambah menjadi lima ribu Malaikat sebagai ganjaran kepada mujahid yang banyak bersabar dan bertakwa kepada Allah, Tuhan manusia. (lihat surah Ali Imran ayat 124 dan 125).
Alangkah hebatnya bantuan dan pertolongan Allah kepada para mujahid, alangkah terhidang luas keredhaan Allah, alangkah mulianya para mujahid yang berada di medan jihad, mereka dimuliakan oleh Allah, Pencipta langit dan bumi, Penganugerah bidadari syurga kepada para syuhada yang terkorban kerana mempertahankan agama Allah dengan lenangan air mata dan titisan darah. Allah akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka yang gugur di jalan-Nya dan para syuhada ini dimasukkan ke dalam syurga yang dipenuhi dengan segala nikmat dan kesenangan, lalu berbahagialah mereka di sana menikmati janji Allah yang Maha Agung.
Adakah anda mengharapkan untuk mati syahid, sedangkan anda belum menghadapinya, bahkan anda takut menceburi medan jihad, medan yang dicintai oleh mujahid-mujahid silam, medan yang dicemburui oleh pencinta-cinta syahid tetapi mereka tidak menemuinya, medan yang dibenci oleh para penguasa ‘kuffar, zaalimiin, faasiqiin dan jahiliin’.
Sesungguhnya jihad ini bukan satu medan dan cerita dongengan yang dicipta secara penglipulara oleh orang yang tidak bertanggungjawab, tetapi api semangat jihad, ruh dan gerakannya adalah dicetus dan diwajibkan sendiri oleh Allah Taala, Tuhan segala manusia, Tuhan yang tidak menzalimi hambanya. Lalu jihad ini diwajibkan ke atas nabi-nabi dan rasul-rasul, seperti Zalqarnain, Nabi Daud dan Tholut yang sezaman dengannya, Nabi Musa dan akhir sekali Nabi Muhammad s.a.w.
Para Nabi begitu banyak kali menerjuni medan perang dan jihad ini bersama pengikutnya yang sentiasa setia dan bertaqwa kepada Allah. Mereka tidak lemah, mereka tidak lesu, mereka tidak menyerah kalah, mereka mara dan mereka banyak bersabar di ketika di medan jihad. Allah amat menyintai golongan dan barisan mujahid seperti ini. Jihad ini difardhukan bukan untuk menganiaya dan menzalimi sesiapa, tetapi untuk menjaga ke’izzahan ummah ini, supaya tidak boleh dinyah, dizalimi, diperkotak-katik dan dibolakan serta disepak terajang ke hulu dan ke hilir.
Janganlah anda lari dari jihad ini, lari dari perjanjian ini, lari dari arahan dan perintah ini, lari dari ketetapan ini baik sebelum, semasa dan selepas medan perang jihad ini, janganlah berbantah dan tidak mentaati perintah dan menderhakai panglima perang, janganlah menyintai dunia lebih daripada Allah dan Rasul serta berjihad pada jalan-Nya, janganlah tidak menghiraukan seruan jihad dan mempertahankan agama ini, berhati-hatilah dengan golongan munafik ini dalam jemaah jihad anda, gerombolan gunting dalam lipatan dan talam dua muka ini, kerana kalau tidak kelak anda akan lemah, digelinciri oleh syaitan dari jalan kebenaran dan akhirnya anda akan kalah.
Sesungguhnya kekalahan di medan Uhud menjadi pengiktibaran yang paling ampuh dan berguna kepada ummah sepanjang zaman, dan faktor inilah yang menjadi penyebab dan pencetus kepada segala kekalahan masa lampau, sekarang dan akan datang ummah. Hindarilah tabiat buruk yang dimurkai Allah ini sebaik sahaja ada berada di medan perang jihad. Tetapi sekiranya anda tidak lari dari perintah dan janji setia untuk menolong Agama Allah ini, nescaya Dia akan menganugerahkan kemenangan, ketenangan dan keamanan untuk anda.
Buktikanlah perjanjian setia anda dengan Allah, anda ingin menyembah Allah, anda ingin mempertahankan Agama Allah yang suci itu, anda ingin mempertuhankan Allah, anda ingin menjunjung segala perintah yang datang dari-Nya. Janganlah jadi manusia dan hamba yang lupa kepada janji setia ini, jangan jadi diri anda manusia munafik, memungkiri janji dengan Pencipta anda!
Sumber : Kapt (R) Mohd. Rapi Haji Mohd. Nor
0 comments:
Post a Comment