Saturday, November 14, 2009

JIHAD FI SABILILLAH (JIHAD PADA JALAN ALLAH)


JUNDULLAH

JIHAD FI SABILILLAH (JIHAD PADA JALAN ALLAH)

TANPA TAKUT PADA CERCAAN SESIAPA

SA’ID HAWWA

VOLT 1

Dalam fasal ini kita akan membicarakan tentang Jihad dan bahagian-bahagiannya. Jihad ini tidak dapat dilakukan kecuali oleh orang yang tidak menghiraukan apa-apa cercaan dalam perjuangannya di jalan Allah, kerana penglibatannya dalam gerakan jihad akan menyebabkan sebahagian besar manusia membuat penentangan ke atasnya. Semua jenis kekuasaan akan bergerak menentang mujahid tersebut. Dengan demikian bermulalah tuduhan-tuduhan, tersebarlah fitnah, bermulalah pertikaian lidah, perbalahan pemikiran dan kritikan dari semua sudut. Anda akan dapati juga golongan-golongan kafir akan membuat berbagai penentangan dengan berbagai cara. Orang ramai akan memperkatakan tentang diri al-mujahid (pejuang). Mereka akan mengata apa yang orang lain kata.

Gerakan menakut-nakutkan dan menyekatnya akan berlaku sama ada oleh orang-orang yang hampir atau orang-orang yang jauh dari anda. Sekatan seumpama itu dilakukan oleh bapa, isteri, saudara-mara, kaum kerabat yang dekat dan jauh serta oleh jiran-jiran. Tambahan lagi jihad itu mempunyai tugas-tugas berbentuk tenaga dan kebendaan. Orang-orang yang menilaikan sesuatu dengan hanya semata-mata berpegang kepada neraca dunia akan turut menentang mujahidin (pejuang-pejuang) dengan apa jua cara.

Berhadapan dengan ini semua, maka seseorang itu tidak mungkin dapat meneruskan jihad kecuali orang-orang yang tidak mengambil hirau celaan-celaan, berjuang kerana Allah dan berjuang pada jalan Allah.

Ia berjuang dengan tangan, lidah dan hartanya. Dia berjuang dengan berbagai cara yang dibenarkan. Biarpun manusia tidak suka perjuangannya, dia tidak akan mengambil pusing. Dia bersedia menanggung segala tekanan. Iaitu tentangan dari masyarakat yang enggan menerima jihad fi sabilillah, tentangan dari pemikiran dunia yang menganggapkan bahawa gerakan jihad fi sabilillah sudah tamat peranannya dan tekanan perasaan hati dari masyarakat dunia yang dusta yang telah lari dari Allah itu. Tetapi seorang mujahid tidak mempedulikan semua ini dalam perjuangan pada jalan Allah.

Komunis, Kapitalis, Zionis, Freemanson, Mesionari, gerakan Salibiyyah, kuasa-kuasa besar atau kecil semuanya akan membuat penentangan. Namun demikian mujahid akan terus berjihad tanpa takut kepada cercaan sesiapa. Pakatan-pakatan jahat untuk menentangnya akan dilakukan oleh pihak-pihak berkenaan dalam segenap segi; dilakukan oleh ke atas kerjanya; perniagaannya, keluarganya dan ke atas orang-orang yang ada kaitan rapat dengannya. Tetapi ia tetap berjuang sehingga syahid fisabilillah seperti yang difirmankan oleh Allah:

Yang bermaksud:

Di antara orang-orang mu’min itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan diantara mereka pula ada (pula) yang menunggu-nunggu, dan mereka sedikitpun tidak merubah janjinya” (Surah Al-Ahzab: Ayat 23)

Sesiapa yang memiliki sifat ini maka dia akan dapat menjalan kan jihad dan dialah pejuang yang dimaksudkan oleh ayat:

Yang bermaksud:

Mereka berjihad di jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela”. (Surah Al-Ma’idah: Ayat 54)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy