Monday, May 10, 2010

DPP Pusat Ucap Selamat Berjaya Kepada Squad Piala Thomas Negara


KUALA LUMPUR, 10 Mei - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengucapkan selamat berjaya kepada skuad Piala Thomas negara dan berharap selaku tuan rumah, pasukan negara berjaya memenangi semula piala yang pernah dimenangi pada tahun 1992.


Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Al-Tantawi berkata seluruh rakyat Malaysia perlu memberi sokongan padu bagi membangkitkan semangat pemain negara merampas semula piala yang telah lama terlepas dari tangan pasukan negara itu.

"Dengan persediaan yang rapi serta kelengkapan latihan bertaraf dunia malah tenaga jurulatih juga di kalangan mereka yang cukup berpengalaman, DPPP melihat hampir tiada alasan untuk tidak membawa pulang piala itu ke Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Nasrudin berkata DPPP juga ingin mengucapkan selamat berjaya kepada skuad negara yang akan berhadapan dengan tentangan yang sengit terutama dari pasukan China, Indonesia, Korea Selatan dan Denmark.

"Berusaha bersungguh-sungguh demi memastikan piala yang diidamkan kembali ke dalam genggaman dan seterusnya menjadi bukti kepada dunia yang kita juga berada di kelas yang sukar digugat pada peringkat antarabangsa," katanya.

sumber : bernama.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy