Wednesday, May 4, 2011

Isu Sumpah: Bila Hilang Rasa Takut Kepada Allah


Oleh : Lajnah Tarbiyah Pemuda Dun Sura

Hakikatnya, tidak perlu dijelaskan lagi hukum yang sedia jelas berkaitan sumpah ini. Sudah ramai ahli ilmu mengulas mengenainya. Terang dan jelas kecuali kepada sesiapa yang buta hatinya walaupun celik matanya, jelas pendengarannya.

Pelik sungguh manusia ini; yakinkan kita bahawa mereka ini benar-benar takut kepada Allah Taala dengan sumpah laknatnya sambil memegang Al-Quran di dalam rumah Allah pada hari Jumaat yang mulia dalam masa yang sama mereka sendiri mengabaikan hukum Al-Quran seperti Qazaf? Adakah mereka memang jahil atau buat-buat jahil?

Sumpah laknat ini hanya berlaku dalam hal yang melibatkan suami isteri. Adapun tuduhan kepada seseorang dengan kes zina perlu mendatangkan empat saksi. Sekiranya gagal, orang yang menuduh perlu dihukum qazaf dengan sebat sebanyak 80 kali sebatan. Sumpah yang berlaku hari ini tidak akan menthabitkan orang yang didakwa itu bersalah, bahkan yang menuduh perlu dihukum kerana gagal mendatangkan bukti.

Perlu difahami sebaiknya, kalau seseorang ingin bersumpah sekalipun adalah untuk menafikan dirinya bukannya menuduh orang lain. Kaedah sumpah yang diajar oleh Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam disebut: “ bukti bagi yang mendakwa, sumpah bagi yang didakwa”. Sumpah dalam Islam adalah dengan nama Allah tanpa perlu kepada menjunjung Al-Quran. Sy Atiyyah Saqar Rahimahullah, seorang ulama’ Al-Azhar As-syarif menyebut bahawa perbuatan menjunjung Al-Quran ini bukanlah amalan dalam Islam.

Perlukah sumpah balas?

Walaupun di sana terdapat cadangan-cadangan supaya diadakan sumpah balas diadakan bagi mempertahankan maruah dan mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat, persoalannya adakah sumpah itu menjamin suasana akan datang akan menjadi lebih baik?

Hari ini, mungkin pihak yang salah bersumpah untuk mendapatkan keyakinan bahawa pihak yang benar itu benar-benar bersalah. Esok mungkin pihak yang benar pula memulakan sumpah, kemudian di pihak yang salah menjawab sumpah untuk meyakinkan orang bahawa dia sebenarnya tidak bersalah. Kerja yang pasti tidak akan selesai apabila keluar dari manhaj Nabi Sollallahu’alaihiwasallam.

Jangan menambahkan kekeliruan masyarakat. Jangan sampai perkara ini menjadi amalan masyarakat akan datang. Adapun sesiapa yang mempunyai kefahaman, cubalah memahamkan masyarakat yang terkeliru. Mereka yang berkeahlian, didiklah masyarakat supaya benar-benar takut dan tunduk dengan hukum Allah Taala.

Wallahua’alam….

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy