Rujukan kami : Mampat/MohonTangguhPm/09-01
Rujukan tuan :
Tarikh : 2 April 2000
Bismillah Al-Rahman Al-Rahim
MENYEMBAH MENGADAP,
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah., yang bersemayam di atas Takhta Kerajaan Malaysia dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ampun Tuanku,
MEMOHON PERTIMBANGAN TUANKU UNTUK MENANGGUHKAN PERLANTIKAN DATUK SERI NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK DARIPADA MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-6
AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN
Dengan hormat dan takzimnya patik merafakkan sembah dan doa ke hadrat ALLAH Subhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Tuanku dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung sentiasa berada dalam selamat dan kesejahteraan-NYA.
AMPUN TUANKU
2. Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) merafak sembah ke Bawah Duli Tuanku bagi mewakili Rakyat Negeri Terengganu Amnya dan Rakyat Malaysia Umumnya, memohon Ke Bawah Duli Tuanku untuk menangguhkan perlantikan Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.
AMPUN TUANKU,
3. Patik-patik Rakyat Malaysia merasakan perlantikan tersebut wajar di tangguhkan, bukan kerana sentimen politik tetapi sebaliknya demi Maruah Negara kita Malaysia. Sepertimana yang diketahui ramai, Datuk Seri Najib telah dikaitkan dengan kes pembunuhan Al-Tantuya. Seperti dimaklumi, sehingga kini terdapat kira-kira 8 buah Negara telah mengeluarkan artikel pembunuhan tersebut di dalam Media Cetak Negara masing-masing yang mengaitkan Datuk Seri Najib dengan pembunuhan Al-Tantuya. Ini adalah suatu perkara yang sangat-sangat memalukan bagi Negara di Bawah Naungan Ke Bawah Duli
Tuanku.Bersama ini patik lampirkan senarai Negara-negara yang telah berbuat demikian bersama dengan artikel-artikelnya sekali.
AMPUN TUANKU,
4. Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) merasakan adalah WAJAR sekiranya perlantikan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri ditangguhkan dahulu sehingga kaitan beliau dengan pembunuhan AL-Tantuya di bersihkan. Sehingga itu, patik-patik dari MAMPAT mencadangkan agar Jawatan Perdana Menteri di PANGKU sehinggalah kes ini selesai.
5. Dengan ini sukalah MAMPAT mencadangkan nama-nama yang dirasakan layak untuk memangku jawatan Perdana Menteri iaitu;
i. Tan Seri Muhyiddin Yassin ( Timbalan Presiden UMNO)
ii. Y.B.M. Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah ( Menawarkan Diri Untuk Presiden UMNO )
iii. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ( Perdana Menteri sekarang )
AMPUN TUANKU
6 Limpah perkenan Tuanku untuk sudi mempertimbangkan persembah rintihan dan harapan rakyat Malaysia adalah sangat-sangat disanjungi, menjunjung kasih Tuanku. Patik-patik memohon ribuan kemaafan ke Bawah Duli Tuanku sekiranya cadangan yang diberikan tidak memberikan keselesaan dan ketenteraman ke Bawah Duli Tuanku. Semoga ALLAH memberkati Tuanku disepanjang pemerintahan Tuanku, Amin.
AMPUN TUANKU
“ KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH RAKYAT MALAYSIA “
“BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA”
AMPUN TUANKU
Yang menjalankan amanah,
(MOHAMAD FAUZI BIN ABU SAMAH)
Pengerusi
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
s.k - Fail
0 comments:
Post a Comment