Monday, October 11, 2010

YANG BERGOLAK - DUN SURA? (oh!!! katakan TIDAK....)

0 comments
petikan dari blog jarang anak melayu


Siapa bilang (?) UMNO DUN Sura bergolak? Itu hanya andaian dan telahan kosong orang-orang yang tidak berpuas hati dengan ‘kehebatan’ dan kemantapan DUN Sura. Seantero Malaysia sudah mengetahui bahawa DUN Sura dalam Bahagian Dungun merupakan antara DUN UMNO ‘terhebat’ dalam negeri Terengganu.

Apa tidaknya, Pegawai Pembangunan DUNnya (PPD) adalah Dr Jepun in bracket sendiri. Dr Jepun in bracket adalah Ketua UMNO Bahagian Dungun dan mantan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.

Seperti yang umum ketahui, jawatan PPD diwujudkan sekiranya DUN berkenaan dikuasai oleh wakil rakyatnya yang bukan daripada Barisan Nasional (BN). Dalam hal DUN Sura ini, kerusi berkenaan diwakili oleh ADUN daripada PAS selepas pilihanraya umum 2008 lalu.

Perlantikan PPD adalah di bawah kuasa Menteri Besar dengan cadangan UMNO Bahagian atau parti komponen yang menjadi pemerintah semasa. Kebiasaannya, Menteri Besar tidak pernah menafikan cadangan daripada Bahagian dalam hal perlantikan ke jawatan ini, justeru mengambil kira bahawa ‘orang kampung’ pasti amat mengetahui kedudukan dan masalah dalam kampung mereka sendiri.

Gaji @ elaun PPD lebih besar daripada elaun wakil rakyat biasa. Kepada PPD juga telah diberikan sejumlah peruntukan dan beberapa kemudahan lain sama seperti YB @ wakil rakyat yang mempunyai kawasannya sendiri. Andainya YB yang mempunyai kawasan memperolehi RM100,000.00 setahun (contohnya), maka PPD juga akan memperolehi sejumlah peruntukan yang sama.

Justeru UMNO/BN melalui PPD, sepatutnya sudah tidak menjadi masalah untuk menguruskan DUN yang ‘hilang’ itu dalam konteks memanjangkan servival dan ‘kekuasaan’ para penganut UMNO/BN dalam DUN yang berkenaan.

Sebab itu dikatakan, mengatakan UMNO DUN Sura bergolak adalah satu telahan yang maha salah dan silap.

Atau apakah kerana perletakan jawatan oleh YB Senator Hajah Zainon Abu Bakar selaku Pengerusi Penyelaras DUN Sura boleh ditamsilkan sebagai bergolaknya DUN Sura?

Untuk makluman, PPD dan Pengerusi Penyelaras DUN adalah dua entiti yang berbeza sama sekali. Pengerusi Penyelaras DUN adalah lantikan parti dan biasanya diserahkan kepada ADUN (kalau daripada UMNO) atau kepada pemimpin UMNO Bahagian yang seratus peratus ditunjukkan oleh Ketua Bahagian. Dan jawatan Pengerusi Penyelaras ini adalah jawatan parti yang tiada gaji atau elaun walau sekepeng pun.

Berbalik kepada perletakan jawatan YB Senator selaku Pengerusi Penyelaras DUN Sura, perletakan jawatan berkenaan bukan kerana benci atau kecewa dengan kepemimpinan Dr Jepun in bracket, tetapi adalah kerana YB Senator bukannya orang yang terlalu pelahapkan kuasa dan jawatan. Cukup dengan apa yang ada sahaja. Itulah kepimpinan melalui teladan yang baik yang telah ditunjukkan oleh YB Senator Zainun. Tahniah.

Jadi kenapa dikatakan bergolak sehingga ‘Geng 8’ bertindak mengadap MB Mat Said di kediaman rasmi MB pada 5 Julai 2010, pukul 9.00 malam yang lalu? G8 terdiri daripada lapan orang pemimpin UMNO dalam DUN Sura yang terdiri daripada Jawatankuasa Penyelaras DUN Sura. Sebahagian mereka juga adalah Ketua UMNO Cawangan dalam DUN Sura itu sendiri.

Paling haru, G8 melahirkan rasa yang amat tidak berpuas hati dengan Dr Jepun in bracket selaku PPD Sura. Paling mengharukan ‘geng 8’ memberi tempoh dua bulan daripada tarikh pertemuan pertama mereka dengan MB Mat Said terhadap beberapa perkara yang perlu diselesaikan segera, termasuk :

(1) Memecat Dr Jepun in bracket sebagai PPD Sura dan menggantikannya dengan orang lain yang dilihat mereka lebih berwibawa dan mampu membawa kemenangan kepada UMNO/BN dalam PRU ke-13 nanti. Pada mereka mengekalkan Dr Jepun in bracket hanya akan menambah teruknya kerosakan dalam UMNO Bahagian Dungun umumnya dan dalam DUN Sura khasnya.

(2) Menggantikan YDP Majlis Perbandaran Dungun yang telah ‘memerut menelan’ mata kail Dr Jepun in bracket and the geng @ proksi-proksinya. Terlalu amat sukar untuk YDP sekarang membuang mata kail Dr Jepun in bracket dari insangnya.

Tetapi percayalah, MB Mat Said tidak akan bertindak apa lagi 'memecat' Dr Jepun in bracket. MB Mat Said orang yang ‘taat dan akur’ kepada Dr Jepun in bracket. Bukan takut, tapi hormat… Itulah hebatnya Dr Jepun in bracket. Kalau dengan PM atau TPM atau Pengerusi BPUNT (DS Hishamuddin) pun Dr Jepun in bracket boleh ‘kecek’, bodek dan putar kepala, inikan pula MB Mat Said yang amat dikenali sebagai seorang pemimpin yang tidak pernah lupa jasa dan pengorbanan kawan, walaupun ‘lakonan’ MB Mat Said di hadapan G8 yang mengadap beliau cukup hidup dan berkesan.

(p/s : Mungkin G8 tidak tahu bahawa MB Mat Said adalah antara pelakon air mata setaraf Neng Yatimah dan hubungan MB Mat Said dengan Dr Jepun in bracket ibarat kentut dengan tahi).

Cuma sekadar untuk renungan dan untuk sedikit menyegarkan hati para G8, diperturunkan apa sebenarnya yang berlaku di Dungun (khasnya dalam DUN Sura) sehingga G8 mengadap MB Mat Said. Yang jelas, sudah terlalu banyak kebobrokan yang diangkarakan oleh Dr Jepun in bracket semenjak beliau menerajui UMNO Dungun sehinggalah sekarang. Di bawah ini hanyalah ‘tahi kuku’ (sedikit sahaja) kebobrokan yang dimaksudkan telah dilakukan oleh Dr Jepun in bracket di Dungun ,

(1) Projek-projek di bawah Majlis Perbandaran (dulu Majlis Daerah) Dungun (MPD) disusun oleh Dr Jepun in bracket (dengan kuasa diserahkan kepada RM – Apa RM tu? Ringgit Malaysia? Rozak Mail? Raja Muda? Rakan Muda? Rakyat Malaysia? Rakyat Marhain? Rojak Mamat?

(2) Yang Di-Pertua MPD hanyalah boneka dan kambing hitam yang boleh ‘disekeh’ dan digetel kepalanya. YDP diwajibkan agar mematuhi arahan dan susunan yang dibuat oleh Dr Jepun in bracket dalam apa keadaan sekalipun.

(3) Dalam erti kata yang lain, Dr Jepun in bracket ‘berkuasa penuh’ untuk menentukan projek MPD dan berkuasa penuh juga untuk menentukan siapa yang boleh menjadi YDP MPD atau tidak. Kerana itu YDP ‘kecut batu’ andai tidak mematuhi dan mencium lutut Dr Jepun in bracket and the geng @ proksi-proksinya.

(4) Dr Jepun in bracket masih bertindak sebagai Timbalan Menteri Besar Kanan negeri Terengganu yang masih mempunyai kuasa memutus dan juga berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang apa-apa jawatan asal sahaja agensi berkenaan ada kaitan dengan Kerajaan negeri. Contohnya melantik (atau mengarahkan supaya melantik) kroninya (anak sendiri) selaku Pegawai Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) Parlimen Dungun.

Yang musykilnya (bukan pelik), daerah/bahagian lain ada atau tidak Pegawai APMT Parlimen? Sebelum ini tidak ada. Yang ada hanya Ketua APMT setiap DUN. Pun kalau ada, kepada siapa Pegawai APMT Parlimen itu melaporkan tugasnya? Kalau namanya sudah APMT Parlimen, tentulah ‘bosnya’ Ahli Parlimen dalam kawasan Parlimen berkaitan. Lainlah kalau kawasan Parlimen berkenaan Ahli Parlimennya pembangkang. Dalam kes di Dungun ini, Pegawai APMT Parlimennya melaporkan kepada siapa kalau Ahli Parlimennya sendiripun tidak tahu adanya jawatan itu dan adanya Pegawai APMT Parlimen. Tak kan kerja makan gaji buta, beruk tanpa tuan ke? Tentu ini semua kerja Dr Jepun in bracket yang mereka-reka kondosinya.

(5) Peruntukan untuk PPD Sura yang sepatutnya dibelanjakan untuk pembangunan dan pengurusan serta penyelarasan rakyat / cawangan UMNO dalam DUN Sura tidak diketahui ke mana dibelanjakan oleh Dr Jepun in bracket.

(6) Berusaha atas kapasiti dan kuasanya sebagai Ketua Bahagian, mengarahkan majikan agar menukar pegawai / kakitangan pejabat/jabatan kerajaan dari daerah Dungun kiranya pegawai / kakitangan berkenaan tidak mengikut telunjuknya atau tidak memihak kepadanya @ kepada kroni dan proksinya dalam sebarang pertandingan UMNO Bahagian atau dilihat menggugat kedudukan dan keselesaan beliau, termasuklah juga berusaha agar pegawai/kakitangan yang menyanggah beliau agar dikenakan tindakan (disiplin atau apa-apa tindakan) yang menyusahkan dan menekan pegawai/kakitangan berkaitan.

(7) Menindas dan tidak memberikan kerjasama malahan mengutuk dan berusaha sedayanya ‘membunuh karier politik’ pemimpin lain yang pada beliau boleh menggugat keselesaan beliau atau mengingkari kehendak beliau, walaupun pemimpin itu adalah wakil rakyat DUN atau Parlimen daripada parti UMNO sendiri di Dungun. Itulah yang dihadapi oleh bekas ADUN Sura (Ustaz Kamal), ADUN Paka, ADUN Bukit Besi dan Ahli Parlimen Dungun sekarang.

(8) Menjadikan segala agensi/jabatan/pejabat khususnya agensi/jabatan/pejabat kerajaan dan segala agensi yang dikuasai oleh kerajaan negeri/kerajaan persekutuan/BN/UMNO seolah-olah milik dan kepunyaan beliau. Beliau berhak menentukan, mengarah dan mendapatkan apa yang beliau kehendaki.

(9) Menjadikan UMNO Bahagian Dungun seperti syarikat sendirian berhad milikan beliau and the geng @ proksi @ kroni-kroninya.

(10) Melampaui kuasa dan menyalahgunakan kedudukannya sebagai Pengerusi / Ahli Lembaga Syarikat Anak Kerajaan negeri dan persekutuan.

Dan ….. lagi dan lagi dan lagi dan lagi…. (ada lagi… bagi dulu 10 bro…)



(p/s : akan datang – Dr Jepun in bracket akan membawa ‘gurkha-gurkhanya’ ke Bandung, Indonesia tujuan ‘memperkukuhkan semula’ kedudukan politiknya di Dungun. Siapa biayai? Siapa terlibat? Sabarlah menunggu….)
Read full story

Sunday, October 10, 2010

Aksi scrambler terbang di pelancaran OMGK

0 comments
Antara acara menarik yang mengisi program Pelancaran Orang Mude Geng Kite peringkat Kawasan Dungun pada 9 Oktober 2010 di perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Dungun.

Pemuda PAS membuktikan bahawa Islam membenarkan apa-apa yang baik dan bermanfaat kepada manusia. Islam menggalakkan Muslim menjadi kuat dan mencari jalan untuk kuat. Dalam Hadith, Rasulullah (SAW), memerintahkan kita dengan bersabda: “Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.”

Ini ialah seruan jelas untuk bersukan yang menunjukkan Islam letakkan kepentingan bersukan dalam melatih umat Muslim dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Tidak hairanlah apabila pepatah menyebut: “Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat.”

“Betul PAS sebuah parti Islam, dasar PAS memperjuangkan Islam. Suka saya tegaskan di sini, Islam tidak pernah menghalang keinginan dan kemahuan naluri manusia dalam apa jua kecenderungan dan minat manusia itu untuk melakukan aktiviti di atas muka bumi ini,” antara petikan ucapan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi ketika merasmikan Jambori ARC baru-baru ini.































p/s : Akan menyusul selepas ini....gambar-gambar sekitar majlis Pelancaran Orang Mude Geng Kite peringkat kawasan Dungun.



Read full story

Saturday, October 9, 2010

Galas: Pemuda PAS lancar jentera hari ini

0 comments

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan melancarkan jentera pilihan raya pemuda peringkat negeri Kelantan bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas di Markaz PAS Kawasan Gua Musang jam 3 petang ini.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, seluruh pemuda negeri khususnya di Gua Musang dikerah untuk memulakan gerak kerja setelah jentera dilancarkan petang ini

"Untuk peringkat kebangsaan kita dah lancar di program ijtima' minggu lepas dan hari ini untuk peringkat negeri Kelantan sendiri," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut beliau, seramai 5000 pemuda di seluruh negara telah dikerahkan untuk turun membantu jentera Kelantan pada PRK kali ini.

"Kita telah sasarkan seramai 5000 pemuda akan turun bertugas mengikut syif yang ditetapkan," katanya.

Sementara itu, Ketua DPP Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman memberitahu, Kelantan telah menyediakan seramai 400 pemuda dari setiap kawasan untuk bertugas.

Jumlah petugas dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa.

"Kita telah gerakkan gelombang pertama bermula 7 Oktober lalu. Setiap gelombang akan bertugas mengikut syif iaitu satu syif selama lima hari dan akan berterusan sehingga ke hari membuang undi," katanya.

Majlis pelancaran petang ini akan dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa dan akan dihadiri oleh beberapa pimpinan DPPP.


Read full story

Pantai berahi : Teluk Bidara lokasi seks, hidu gam

0 comments

PASANGAN mengambil kesempatan keadaan kawasan tepi pantai yang berbukit dan belukar untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.

DUNGUN: Pantai Teluk Bidara di sini, sememangnya tersohor dengan kedamaian, dihias pasir putih dan rimbunan pokok berlatarbelakangkan perkampungan nelayan, tetapi reputasinya tercalar dengan tindakan pasangan melakukan perbuatan tidak bermoral tidak kira siang mahupun malam.

Sejak terbinanya jambatan Kuala Dungun-Seberang Pintasan tiga tahun lalu, kampung Seberang Pintasan yang dahulunya seakan terpisah dari dunia luar mengalami perubahan drastik, termasuk pesisir pantai Teluk Bidara, berubah menjadi pantai dikunjungi ramai terutama pada setiap petang.

Arus kemodenan yang melanda turut membawa unsur kurang sihat ke kampung ini yang sebelum ini bergantung kepada bot penambang sebagai pengangkutan utama untuk ke Kuala Dungun bagi mengelak menempuh perjalanan sejauh 20 kilometer.

Penduduk, Bakar Samad, 44, berkata sebelum ini sukar melihat anak gadis ke pantai bersama teman lelaki tetapi kini keadaan jauh berubah kerana kawasan pesisir pantai menjadi medan pasangan muda mudi bercumbu-cumbuan dan melakukan perbuatan maksiat terutama ketika waktu solat Jumaat.

“Gelagat pasangan muda-mudi yang berlagak seolah pasangan sudah berkahwin menggusarkan penduduk kampung sekali gus mencemarkan nama Pantai Teluk Lipat dan Kampung Seberang Pintasan," katanya.

Amir (tiga dari kiri) menyoal sepasang kekasih di kawasan bukit di tepi Pantai Teluk Bidara.

Anggota RELA, Amir Rosli, 39, berkata boleh dikatakan setiap kali pasukannya membuat rondaan, ada pasangan yang dicekup kerana berkelakuan tidak senonoh.
Amir berkata apa yang lebih menyedihkan kawasan pantai yang sepatutnya lengang pada waktu solat Jumaat menjadi peluang mereka melakukan perbuatan tidak bermoral.

“Sementara kawasan bukit berhampiran pantai pula menjadi markas kepada kegiatan menagih gam.

“Penagih gam yang berada di puncak bukit akan dapat melihat kedatangan pengunjung ke pantai sekali gus menjadikan lokasi puncak bukit itu sebagai tempat selamat untuk mereka melepaskan gian," katanya.

Tinjauan Edisi Timur di kawasan puncak bukit berhampiran pantai pantai itu mendapati tin dan plastik gam bersepah ditinggalkan penagih.

Amir berkata, pondok pengawal wajar dibina di puncak bukit berhampiran pantai bagi memudahkan penduduk khususnya anggota RELA membuat tinjauan bagi mengelak kawasan pantai dijadikan tempat melakukan aktiviti tidak bermoral.



Read full story

Friday, October 8, 2010

Ijtimak Tarbawi Melatih Kekuatan Dalaman Pemuda

0 comments


Peranan pemuda dalam perjuangan (Islam) merupakan satu sayap yang sangat penting. Ianya, bukan sahaja untuk perjuangan Islam tetapi termasuk perjuangan sekular yang ingin menegakkan ideologi masing-masing.

Pemuda diberi peranan untuk mempertahankan negara, peranan untuk memerdekakan negara dan peranan untuk mengisi kemerdekaan dalam negara masing-masing
Read full story

Thursday, October 7, 2010

TENTATIF PROGRAM ORANG MUDE GENG KITE DPPKD

0 comments


8.00 am
: Pendaftaran/ ketibaan dhif jemputan

8.15 am : Senaman taici

8.45 am : Ucapan pengerusi majlis

Bacaan doa

Perbarisan Unit Amal / lagu amal

Ucapan aluan oleh : Ust Jamaluddin Jusoh (Ketua DPPKD)

Pelancaran OMGK oleh : Ust Azman Shafawi (Timbalan Ketua DPP Pusat)

Pelancaran ARC oleh : DACS

Lawatan ke gerai Daftar pemilh / ARC/ UKJ / kios

9.30 am : Pertandingan bolasepak streer soccer

10.00am : Pertunjukkan motor lasak / scrambler

Pertandingan tarik tali

Acara memanah - kiv

11.00am : Pertandingan sepakan penalti

12.30pm : Penyampaian hadiah

Penutup oleh :

YB Ust Wan Hassan Mohd Ramli
@ Ust Saiful Bahri Mamat

Jamuan OMGK


SEMUA PEMUDA DIJEMPUT HADIR




Read full story

Wednesday, October 6, 2010

JOM MEMERIAHKAN PELANCARAN "ORANG MUDA GENG KITE" (OMGK)

0 comments

Anjuran : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun.
Tempat : Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate.
Tarikh : 09 Oktober 2010


PAKAT-PAKAT MARI RAMAI DEH........

Klik Disini ----->

Sejarah terciptanya 'Orang Mude Geng Kite'




Read full story

Tuesday, October 5, 2010

71.6 % Penunggang Dan Pembonceng Motosikal Berumur 15 Hingga 25 Tahun Terkorban

0 comments

KUALA LUMPUR, 5 Okt - Sebanyak 71.6 peratus kes kematian yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal adalah golongan muda dalam lingkungan 15 hingga 25 tahun, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.



Beliau berkata mangsa kemalangan tersebut tidak mempunyai kemahiran yang cukup dalam mengendalikan motosikal dan tidak memiliki lesen memandu yang sah.

"Ini adalah antara hasil kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Keselamatan Menunggang Petronas di sini pada Selasa.

Menurutnya fokus tentang kepentingan mengendalikan motosikal dengan selamat akan diutamakan kepada golongan muda dalam lingkungan umur tersebut selama dua tahun di seluruh Malaysia.

"Kita nak wujudkan sikap utamakan keselamatan dan berharap ia dapat dipraktikkan secara berterusan dalam jangka masa beberapa tahun akan datang," katanya.

Suret berkata kerjasama yang lebih erat akan dijalankan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan juga badan bukan kerajaan (NGO) lain dalam memastikan keselamatan golongan tersebut lebih terjamin apabila menunggang atau membonceng motosikal.

"Isu tentang kepentingan keselamatan anak-anak yang bermotosikal akan dibincangkan dengan ibu bapa. Usaha ini kita nak mula dari bawah iaitu daripada golongan komuniti terlebih dahulu dengan kaedah penyertaan masyarakat', kata beliau.

Klinik itu yang dianjurkan bersama JKJR dan Kementerian Pengangkutan disertai 100 orang pelajar dari empat buah sekolah di sekitar Lembah Klang iaitu SMK Datok Lokman, SMK St. Gabriel, SMK Taman Maluri dan SMK Aminuddin Baki selama dua hari mulai Selasa.

sumber : bernama.com
Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy