Friday, December 10, 2010

Kenalilah Ketuanan Melayu Umno

0 comments

oleh : Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Apabila pemimpin Umno bercakap soal ketuanan Melayu, sama seperti kalau isteri pemimpin Umno menyeru wanita semua kena menutup aurat, kerana ini adalah arahan Allah. Inilah analogi yang layak dipakai, dalam erti kata yang lain cakap tidak serupa bikin. Selepas PRU 2008 pemimpin Umno macam orang kena sawan. Berbagai formula yang dicari untuk menyembuhkan penyakit. Sudah banyak doktor pakar datang merawat, sudah banyak tok bomoh membaca jampi, namun penyakit ini tidak juga sembuh malahan makin parah.

Cuma ada satu lagi ubat untuk dicuba iaitu Ketuanan Melayu. Dengan muka tidak malu pemimpin Umno mula menunjukkan Umno juara Melayu dan Pakatan Rakyat tidak bela Melayu. Dakwaan mereka, yang boleh tegak ketuanan Melayu ialah melalui Umno. Sebenarnya Umno cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji, kerana cuba untuk menutup kegagalan mereka selama ini.

Orang Melayu jangan tertipu lagi dengan slogan ketuanan Melayu ala Umno. Pemimpin Umno cuba meniupkan sentimen ini melalui media televisyen terutamanya. Media ini akan pusing isu ini seolah-olah Umno sahaja yang mempertahankan ketuanan Melayu sehingga setengah rakyat yang menganggap Umno begitu suci dan tidak boleh diganggu.

Sebenarnya ketuanan Melayu Umno hanya untuk menjadi tiket pemimpin mereka menggadai hak Melayu dan memberi kesenangan kepada keluarga dan suku sakatnya sahaja. Dalilnya sudah lebih separuh abad Umno diberi peluang untuk menjaga hak Melayu akhirnya satu persatu tergadai. Bukankah ini semua angkara Umno?


Faktanya ketuanan Melayu Umno telah merugikan orang Melayu, bukan mengangkat martabat Melayu di negara ini.

~ Ketuanan Melayu Umno menjadikan taraf hidup orang Melayu semakin menurun, malahan lebih teruk daripada kaum India. Dalam parlimen pada tahun 2007 , disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800.

Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Memanglah kemiskinan adalah satu senjata untuk Umno guna bagi mengekalkan kuasa, dalilnya Sabah dan Terengganu yang berada di bawah ketuanan Melayu Umno merupakan negeri termiskin di Malaysia walaupun keduanya kaya dengan minyak

~ Ketuanan Melayu Umno yang menindas negeri Kelantan, walaupun majoriti rakyatnya Melayu. Sebanyak 118 projek pusat disekat sejak RMK 6 tahun 1991. Apakah Tuan Guru Nik Aziz yang memimpin Kelantan seorang Bangladesh?

Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan peneroka bandar telah dihalau macam anjing. Yang menjadi broker ialah pemimpin Umno dengan pemaju. Contoh yang terdekat seperti yang berlaku kepada penduduk setinggan di Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang. Mereka sudah tinggal 30 tahun dan menjadi penyokong tegar Umno. Sewaktu mereka dihalau, batang hidung pemimpin Umno langsung tidak nampak.

Begitu juga apa yang terjadi di Kampung Berembang Ampang di zaman Umno berkuasa. Ini semua kawasan tegar menyokong Umno. Sewaktu berhadap dengan pemaju ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO sehingga ada yang merengkok dalam lokap. Mana pergi pemimpin Umno yang hendak menegakkan ketuanan Melayu ketika penyokong mereka dihalau.

~ Ketuanan Melayu Umno menyebabkan orang Melayu ketinggalan kebelakang. Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi.

Tetapi ini berlaku kepada pemimpin Umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang pernah dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Dato’ Zainal Osman Cina 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%.

~ Ketuanan Melayu Umno mengorbankan kepentingan agama dan bangsa sendiri. Persempadanan semula 2003, menunjukkan Umno telah mengkhianat orang Melayu-Islam semata-mata untuk melawan PAS. Akibat persempadanan ini selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004 lalu, kerusi Melayu tinggal hanya 54.33 peratus sahaja.

SPR dengan arahan BN enggan menambah kerusi majoriti Melayu, khuatir kedudukan politik mereka terancam. Walaupun pertambahan pengundi di Kelantan 24 %, Terengganu 21.76% dan Kedah 17.4%. Malangnya kerusi Parlimen di negeri tersebut tidak bertambah.

~ Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan lesap RM52 bilion saham yang diperuntukkan kepada para pelabur bumiputera dari 1984 hingga 2005. Hanya nilai RM2 bilion sahaja yang masih ada di tangan bumiputera.

~ Ketuanan Melayu Umno punya angkara, sehingga pernah menjual saham BERNAS (Syarikat Beras Negara) kepada syarikat Wan Tak Co. Ltd yang berpengkalan di Hong Kong sebanyak 31.36%. Umno tidak sedarkah majoriti yang mengusahakan sawah ialah orang Melayu. Apakah jaminan petani-petani ini tidak dizalimi.

Amat merbahaya apabila syarikat asing menguasai lesen beras negara di negara yang tercinta. Cuba bayangkan kalau yang menjual itu ialah kerajaan Pakatan Rakyat, nescaya akan dituduh agen asing di negara ini.

~ Ketuanan Melayu Umno sanggup mengkhianati hak orang miskin contohnya lesap wang PPRT sebanyak 32 juta ditipu oleh lelaki Cina Ooi Kee Siang. Yang menjadi menterinya pada waktu itu ialah Datuk Anuar Musa daripada Umno.

~ Ketuanan Melayu Umno yang sanggup membunuh bahasa sendiri dengan menyokong mata pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, walaupun berpuluh orang profesor dan pakar pendidikan tidak bersetuju. Demi untuk memberi projek kepada kroni, biarlah bahasa hancur dan RM6 bilion wang negara hangus. Sedangkan berapa lama usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu telah hancur berkecai.

Malahan pemimpin Umno melemparkan tuduhan kepada pejuang bahasa sebagai pelampau. Jika bahasa sendiri pun Umno tidak boleh pertahankan, apa yang hendak diharapkan untuk menegakkan satu bangsa yang lebih gagah.
Read full story

Putrajaya Jatuh, Umno Akan Kelaparan

0 comments


oleh : Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahu mempertahankan Putrajaya demi kepentingan rakyat dan negara di dalam taklimat strategi BN Selangor di Shah Alam hari ini.

Parti Islam Se-Malaysia berpandangan gesaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno sebagai bayangan kerisauan yang wujud di wajah pemimpin Umno di semua peringkat. Mimpi ngeri 8 Mac 2008 masih menghantui pemimpin Umno. Mereka hendak mempertahankan Putrajaya bukan untuk rakyat, tetapi untuk suku sakat mereka yang sedang kehausan dan kelaparan.

Pemimpin Umno bimbang dengan peningkatan celik maklumat di kalangan rakyat, melalui kuasa media baru, terutama di kalangan genarasi muda. Mungkin pemimpin Umno boleh menipu emak bapa mereka, tetapi kerja pencerahan maklumat akan dibuat oleh anak-anak mereka yang terpelajar .

Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya rasa malu, kalau alasan untuk mempertahankan Putrajaya kerana kepentingan rakyat. Seantario dunia sudah tahu BN yang memerintah negara ini gagal menjalankan amanah dan mengkhianat kepada rakyat selama 53 tahun. Sekarang kualiti hidup rakyat semakin menurun, kuasa membeli rakyat semakin rendah, semuanya gara-gara kegalan umno mentadbir negara.

Sepatutnya Timbalan Presiden Umno kena beri motivasi kepada pemimpin Umno, kita kena pertahankan Putrajaya kerana perut kita semakin kempes, kerana lubuk emas dijaga oleh manusia bukan oleh puaka.

Tuduhan Muhyidin Yasin mengatakan “kalau Pakatan Rakyat memerintah, negara tidak aman, maju dan kukuh. Jangan percaya kepada janji-janji pembangkang, mereka cakap tidak serupa bikin”. PAS hendak sedarkan Tan Sri Muhyiddin beliau sedar atau tidak ucapan itu terkena kepada batang hidung Umno yang dipimpin oleh beliau bersama dengan Datuk Seri Najib.

Bukankah pemimpin Umno yang berkata pada 1 Nov 2010, minyak RON 95 tidak akan naik sehingga hujung tahun ini, tiba-tiba 5 hb Disember 2010 RON 95 telah dinaikkan. Siapa yang lidah bercabang?

PAS mengingatkan kepada rakyat Selangor terutamanya jangan berikan mandat kepada BN dalam pilihanraya akan datang. Jika BN menang segala bentuk kebajikan akan bertukar kepada penindasan. Air percuma 20 meter padu setiap bulan, skim warga emas yang meninggal dunia, warisnya akan mendapat RM2500 akan hilang.

Buktinya rakyat Terengganu sudah mengalami hari ini apabila BN memerintah Terengganu, cukai pintu di zaman PAS memerintah dikecualikan telah dikenakan kembali pada tahun 2004 apabila mereka kembali berkuasa.
Read full story

Taqwa, Taubat dan Akhlak mulia

0 comments

Rasulullah S.A.W bersabda :
"Bertaqwalah kepada Allah dimana saja kamu berada, ikutilah satu kejahatan dengan kebajikan yang akan memadamkannya dan gaulilah orang ramai dengan akhlak mulia."
Dirawayatkan oleh Termizi

Hadis ini mengutarakan tiga perkara pokok yang mesti diberi perhatian penuh iaitu Taqwa, taubat dan berakhlak mulia.

Taqwa

Pengertian : Melaksanakan semua suruhan Allah yang wajib dan meninggalkan semua larangan Allah.

Kesempurnaan taqwa adalah menjauhi juga perkara yang syubhah serta perkara yang bercampur dengan yang haram

Taubat

Sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari dari kesilapan dan kelupaan. Ubat mujarab untuk memperbetulkan kesilapan adalah taubat.

Taubat ada tiga rukun iaitu menyesal, berhenti maksiat dan berazam tidak akan mengulangi maksiat tersebut pada masa akan datang.

Tanda orang yang peka kepada taubat adalah bersegera melakukan kebajikan apabila tergelincir melakukan dosa.

Akhlak mulia

Akhlak mulia merupakan asas kekuatan sesuatu tamadun manusia. sebagai Jemaah Islam, prinsip ini mestilah ditanam pada setiap ahli.

Untuk menerapkan akhlak mulia sentiasalah bergaul dengan ulama', orang-orang bertaqwa dan orang baik-baik disamping menjauhi orang yang tidak baik.

Antara ciri akhlak baik adalah berbaik dengan keluarga (silaturahim), pemaaf, lapang dada, pemurah, wajah ceria, rendah diri, tidak sangka buruk, tidak menyakiti dan lain-lain lagi.

.:Berikut adalah sedikit coretan untuk kita guna atau praktikalkan untuk kebaikan bersama:.

Sumber : Lajnah Tarbiyah dan Dakwah Dun Sura
Read full story

Tuesday, December 7, 2010

Semarakkan Kemarahan Rakyat Di Atas Kain Rentang

0 comments
oleh :
ustaz idris ahmad


Parti Islam Semalaysia Pas mengharapkan rakyat dapat “sekolahkan” pemimpin BN melalui kuasa politik. Pemimpin yang tidak memperdulikan rakyat ini hanya takut dengan azab dunia iaitu apabila kuasa mereka ditumbangkan oleh rakyat. Setelah mereka merasakan rakyat bertambah yakin melalui peti undi pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi maka mereka sudah lupa kepada rakyat dan tidak mahu mengambil tahu tentang derita rakyat.

Kenaikan barang 4 dalam 1 pada 4 Disember 2010, memang tidak boleh diterima oleh akal. RON 95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, Gas naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula naik 20 sen menjadi RM2.10 sen.

Biasalah hujah yang membodohkan rakyat dengan ungkapan penyelarasan dan subsidi dikurangkan. Negara Singapura masih mahal berbanding dengan Malaysia. Kenapa tidak ambil contoh Brunai dan negeri yang ada minyak. Singapura walaupun mahal tetapi kuasa membeli rakyatnya tetap tinggi dan Singapura bukan negeri pengeluar minyak.

Pas mengharapkan seluruh jentera penerangan Pas dan Pakatan Rakyat mesti bangkit untuk menimbulkan kesedaran politik di kalangan rakyat terutama mereka yang tidak banyak menggunakan media baru. Justeru itu semua cawangan Pas mesti menaikkan kain rentang di setiap kampung terutamanya, untuk membangkitkan kesedaran bahawa negara di dalam bahaya apabila diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Tanamkan kesedaran kerajaan mesti ditukar kepada Pakatan Rakyat.

Di antara perkataan yang boleh ditulis di kain rentang dan diletakkan di tempat yang strategi dengan huruf yang besar dan ditukar dua minggu sekali untuk memaklumkan kepada rakyat supaya wajib tolak Bn dalam pilihanraya akan datang. ” Terima Kasih BN Kerana Naik Harga Petrol, Diesel, Gas dan Gula” “Barang Naik,Rakyat Kena Dulu””Beri Kuasa Pada PR Kalau Tidak Boleh Jaga Rakyat” “Kerajaan PR Teruji Dan Terbukti Membela Rakyat””Pemimpin Kaya Rakyat Terseksa””Pemimpin Joli Rakyat Tidak Dipeduli””Jangan Biarkan Anak Cucu Kita Melarat””Tolak BN Anda Mampu Mengubahnya””Kami Rakyat Bermaruah Akan Tolak BN” “Barang Naik, BN Tidak Pandai Memerintah” “Tugas Kerajaan Jaga kebajikan, Bukan Tekan Rakyat” “Selamatkan Negara Daripada Muflis””Mana Wang Petronas Dihabiskan””Negara Malaysia Bukan Padang Pasir Yang Tidak Ada Hasil””Kemana hasil Balak,Kelapa Sawit,Getah, Mutiara, Pasir Dihabiskan?””Pemimpin BN Bela Kroni Dan Anak Bini””Anda Sayang Keluarga,Bangkit Tolak BN”
Read full story

Perutusan Maal Hijrah Ketua DPPP : Hendak Menang Wajib Berjuang !

0 comments
1. Menjelang 1 Muharram 1432 , bukan sahaja ia membuka lembaran baru bagi tahun hijriyah tetapi juga menjadi garis pemula untuk ummat Islam membuat perubahan yang lebih baik dari catatan diari kehidupan di hari - hari semalam. Sifat orang beriman yang berjuang untuk agamanya senantiasa peka dengan perubahan dalam rutin aktiviti hariannya supaya dari satu detik ke satu detik yang lain menjadi lebih baik dan bermanafaat .


2. Tidak ketinggalan pemuda - pemuda PAS dan seluruh aanggota PAS pastinya bercita - cita untuk mencapai tahap terbaik dalam penglibatan dan gerakkerja amal Islami yang digerakkan sepanjang penglibatan bersama dengan jamaah ini. Kita tidak akan berpuas hati dengan apa yang telah dicapai meskipun sedikit sebanyak kejayaan diraih dan prestasi meningkat.

3. Bersama jamaah ini kita mendokong perjuangan Islam. Rebah bangun lintang tiarap kita pertahan dan perjuangkan Islam agar ia tegak sebagai sebuah syariat yang berdaulat di atas bumi bertuah ini. Siap merentasi segala halangan dan rintangan serta sedia mendepani cabaran dan ujian walau getir dan perit . Prinsip yang dipegang ialah " samaada menang atau syahid, menyerah kalah tidak sekali - kali " .

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menggerakkan tahun ini sebagai Masa Untuk Berubah dengan membawa PAS sedia Ganti UMNO dan bertekad meletakkan 63 Parlimen PAS ke Putrajaya . Namun suka saya tegaskan di sini ,[ sebelum ianya dilancarkan secara rasmi pada 20 Muharram 1432 bersamaan 26 December 2010 di Dewan MBSA Shah Alam dalam Ijtimak Jentera Pemuda mendepani PRU 13 ] bahawa kemenangan yang dicita sekali - kali tidak akan datang bergolek . Kita juga tidak ada tongkat sakti dan lampu ajaib aladin untuk menentukan kemenangan tersebut melainkan ia dianugerahkan oleh Allah swt.

5. Justeru , kita wajib berjuang bersungguh - sungguh dengan semangat jihad yang tinggi serta semangat pengorbanan yang tiada taranya demi melihat Islam ini tegak di atas tanahair kita .Ini sahajalah ramuan untuk mencipta kemenangan. Benar bahawa " Berjuang tidak syarat Menang " namun " Menang syaratnya mestilah Berjuang " . Semoga tahun baru ini membekalkan energy yang tinggi kepada setiap pejuang - pejuang Islam khasnya pemuda - pemuda PAS untuk menjulang panji perjuangan Islam ini Insyaallah.

Salam Maal Hijrah 1432

dari saya Nasrudin Hassan dan

seluruh EXCO DPP Malaysia

sumber : Nasrudin Hassan

Read full story

Saturday, December 4, 2010

Pemuda PAS sertai demo bantah kenaikan tarif air

0 comments


KUALA LUMPUR, 3 Dis: Dewan Pemuda PAS akan mengerah ahlinya menyertai perarakan bersama-sama Menteri Besar Selangor bagi menyerahkan memorandum bantahan kenaikan tarif air kepada Yang Di-pertuan Agong, di Istana Negara, Ahad ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, biarpun himpunan itu bertembung dengan program Jambori Amal peringkat Kebangsaan Pemuda PAS di Melaka, komitmen dan sokongan pemuda PAS tetap diberikan dengan menghantar pemuda PAS Wilayah dan Selangor.

"Himpunan itu sebenarnya bertembung dengan Jambori Amal Kebangsaan pemuda PAS, tapi pada mesyuarat lajnah politik Selasa lalu, kita telah mengecualikan pemuda PAS Selangor dan Wilayah menyertai jambori dan minta mereka memberi tumpuan kepada himpunan itu nanti," katanya kepada Harakahdaily.

Kerajaan negeri Selangor mensasarkan 100 ribu tandatangan rakyat bagi membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor.

Memerandum bantahan yang ditandatangan itu dijangka akan diserahkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Sultan Mizan Zainal Abidin selepas perarakan yang bermula dari Masjid Negara, jam 12 tengah hari.

Kumpulan bantahan itu juga akan berbaju merah sebagai lambang bantahan mereka.

Mereka juga dijangka bertembung dengan dengan kumpulan NGO Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) yang akan berbaju hitam yang turut mengadakan demonstrasi di tempat berdekatan.(Harakahdaily)
Read full story

Thursday, December 2, 2010

Kejayaan Hakiki Milik Perjuangan Islam

0 comments
Teks Usrah Pemuda Dun Sura
Oleh : Muhammad Syukri Bin Muhamad Nazar


Surah Taubah memberi beberapa gambaran mengenai sikap manusia terhadap perjuangan menegakkan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam. Secara umumnya, mereka terdiri daripada tiga golongan;

1) Golongan mukmin sejati yang sanggup mengorbankan apa sahaja demi Allah Taala dan Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam.

2) Golongan munafiq yang menzahirkan keimanan dalam masa yang sama merancang untuk memadamkan cahaya Islam.

3) Golongan yang menzahirkan kekufuran kepada Baginda Sollallahu’alaihiwasallam serta bertungkus-lumus memerangi Islam.

Dalam surah yang mulia ini, terdapat beberapa ayat yang berturutan yang memberi satu gambaran mengenai prinsip yang perlu dipegang dalam menghadapi keadaan semasa kini. Dalam masa yang sama, kandungannya berkisar tentang keperitan serta derita yang mesti dihadapi untuk mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini. Hakikatnya, keadaan ini bermula sejak bendera Islam mula dikibarkan oleh Rasulullah Sollahu’alaihiwasallam lagi.

Allah Taala menyeru hambaNya supaya menjadi pendokong kepada Islam. Namun, seruan ini bukan berpunca dari kehinaan dan kelemahan agama yang agung ini. Allah Taala Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu mampu untuk memastikan kemenangan agamaNya dan memuliakan Nabi Sollallahu’alaihiwasallam tanpa perantaraan makhluk. Akan tetapi, Allah Taala ingin menjadikan kemenangan Islam melalui usaha hambaNya sebagai satu kemuliaan kepada mereka dan bukan kemuliaan untuk diriNya.

Apabila kita memerhatikan ayat-ayat dalam surah at-Taubah, terdapat satu intipati yang mengandungi satu sifat yang sangat mendalam mengenai masalah yang menimpa umat Islam hari ini. Cuba kita perhatikan bersama cara Allah Taala menyifatkan masalah tersebut dan mendatangkan kaedah mengubatinya.

Keterangan pertama dari permulaan surah at-Taubah, Allah Taala berfirman;

“ Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang….”]

( at-Taubah: 25)

Pemahaman dari ayat; kemenangan yang telah diperoleh itu adalah satu kurniaan dari Allah Taala kepada hambaNya sebagai sumber kekuatan yang datang dari Allah Taala kepada mereka. Di samping peringatan kepada makhluk bahawa Allah Taala akan menolong sesiapa yang dikehendakiNya. Namun begitu, ingatlah kepada beberapa medan peperangan ketika kamu berada dalam jumlah yang ramai tetapi jumlah yang ramai hanyalah umpama buih di lautan itu tidak mampu membantu kamu.

“ Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, Iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.”

( at-Taubah: 25)

Tidakkah ini merupakan keadaan orang Islam hari ini? Lihatlah satu sifat yang jelas telah disifatkan oleh Allah dalam ayat ini; terpedaya dengan bilangan penyokong yang ramai bersama Islam. Sehinggakan seolah-olah bumi menjadi sempit ke arah kita. Tidak mampu untuk merancang dan menyusun strategi menyebabkan sebahagian mereka mengambil keputusan untuk tidak mahu bersama dalam satu saf perjuangan, tidak mempunyai prinsip yang jelas serta tidak mampu bersatu untuk mendepani sesuatu isu.

Apakah jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi?

Apabila urusan menjadi semakin sempit, kezaliman semakin menekan kebenaran, akan turunlah pertolongan Allah Taala. Maka, datanglah jalan keluar dari Allah Taala kepada hambaNya yang ikhlas berjuang dan sentiasa bergantung harap kepadaNya. Allah Taala menggambarkan kelembutan dan kasih sayang kepada hambaNya melalui firmanNya;

“ Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.”

(At-Taubah: 26)

Allah Taala tidak menghendaki untuk menutup pintu dalam berurusan dengan golongan yang menentang Islam. Bahkan, Allah Taala menginginkan supaya ditolong agamaNya, dan kitabNya dalam keadaan tersebut. Janji Allah bahawa DIA sentiasa membuka pintu untuk sesiapa sahaja yang ingin kembali kepada Islam dan bersedia menerima taubat dari mereka.

Maka Allah Taala berfirman:

“ Kemudian Allah menerima taubat orang-orang yang dikehendaki (dengan memberi taufiq untuk memeluk Islam), sesudah (orang-orang kafir itu ditimpakan Dengan azab); dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

( at-Taubah: 27)

Apakah faedah dan pengajaran yang mampu diperolehi oleh kita selaku Muslim daripada ayat yang Allah Taala datangkan ini selepas Allah Taala mendatangkan ayat-ayat yang sebelumnya?

Ianya memberi satu faedah kepada kita semua bahawa di sana ada satu tanggungjawab untuk meluaskan hidayah Allah Taala dan menyampaikan cahaya inayahNya ke seluruh alam sehinggakan kepada orang yang tersangat kuat kekufurannya kepada Allah Taala. Sedangkan kamu dalam keadaan marah, susah dan ditekan. Namun, jangan sesekali lupa kemungkinan Allah Taala mengurniakan kepada musuh kamu dengan hidayah. Jangan terlalu berkeras menyebabkan kamu mula leka dengan kemungkinan hati mereka akan terbuka untuk menerima Islam.

Sifat dari Allah Taala yang sangat menarik dalam berhadapan masalah umat Islam hari ini. Berilah ketenangan dan khabar gembira kepada mereka meyakini janji Allah Taala bahawa Allah Taala sentiasa bersama mereka. Pertolongan itu semakin hampir. Kejayaan pasti diperolehi.

Akan tetapi, Allah Taala tetap mengingatkan kita bahawa kita mempunyai tanggungjawab besar untuk menyampaikan hidayah Allah kepada barisan musuh walaupun mereka memusuhi kita, melakuan maksiat dan menentang perjuangan Islam. Kerana Allah Taala telah mengamanahkan kepada seluruh umat Islam dengan satu risalah untuk disampaikan ke seluruh alam.

Read full story

Radix Fried Chicken (RFC) kini di Kuala Terengganu!

0 comments
Alhamdulillah.

Penantian kita untuk menyaksikan rangkaian restoran makanan segera yang dimiliki oleh orang Islam tertunai akhirnya. Radix Fried Chicken (RFC) yang dikendalikan oleh salah satu anak syarikat HPA Sdn. Bhd. akan beroperasi sepenuhnya mulai 2 Disember 2010.

RFC yang kedua di Pantai Timur (selepas Kubang Kerian) bertempat di Wisma CH Kee bersebelahan dengan cawangan HPA Kuala Terengganu. Menu-menu RFC amat menarik dengan penggunaan ayam organik yang diternak sendiri oleh HPA Farm. Minuman juga menggunakan produk HPA seperti Cola Radix, Jus Roselle, Jus Guava, Kopi dan Koko Radix serta banyak lagi menu yang memberi kita banyak pilihan.

Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy