Rasulullah S.A.W bersabda :
"Bertaqwalah kepada Allah dimana saja kamu berada, ikutilah satu kejahatan dengan kebajikan yang akan memadamkannya dan gaulilah orang ramai dengan akhlak mulia."
Dirawayatkan oleh Termizi
Hadis ini mengutarakan tiga perkara pokok yang mesti diberi perhatian penuh iaitu Taqwa, taubat dan berakhlak mulia.
Taqwa
Pengertian : Melaksanakan semua suruhan Allah yang wajib dan meninggalkan semua larangan Allah.
Kesempurnaan taqwa adalah menjauhi juga perkara yang syubhah serta perkara yang bercampur dengan yang haram
Taubat
Sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari dari kesilapan dan kelupaan. Ubat mujarab untuk memperbetulkan kesilapan adalah taubat.
Taubat ada tiga rukun iaitu menyesal, berhenti maksiat dan berazam tidak akan mengulangi maksiat tersebut pada masa akan datang.
Tanda orang yang peka kepada taubat adalah bersegera melakukan kebajikan apabila tergelincir melakukan dosa.
Akhlak mulia
Akhlak mulia merupakan asas kekuatan sesuatu tamadun manusia. sebagai Jemaah Islam, prinsip ini mestilah ditanam pada setiap ahli.
Untuk menerapkan akhlak mulia sentiasalah bergaul dengan ulama', orang-orang bertaqwa dan orang baik-baik disamping menjauhi orang yang tidak baik.
Antara ciri akhlak baik adalah berbaik dengan keluarga (silaturahim), pemaaf, lapang dada, pemurah, wajah ceria, rendah diri, tidak sangka buruk, tidak menyakiti dan lain-lain lagi.
.:Berikut adalah sedikit coretan untuk kita guna atau praktikalkan untuk kebaikan bersama:.
Sumber : Lajnah Tarbiyah dan Dakwah Dun Sura
0 comments:
Post a Comment