Thursday, March 3, 2011

Isu Kritikan Perdana Menteri Terhadap Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi

0 comments
Oleh : TUAN GURU HAJI ABDUL HADI BIN HAJI AWANG


Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak terhadap gerakan Islam antarabangsa Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi semasa menghadiri satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu.

Tuduhan yang dibuat terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin (Ikhwan) dan tokoh-tokohnya seperti Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu adalah merupakan satu fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan Barat yang memekakkan telinga kepada kebenaran. Ikhwan ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan
perjuangannya secara jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga ke hari ini. Ikhwan menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan pemimpinnya dizalimi. Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah. Dalam masa yang sama, tindakan mengambil sikap dan pandangan Setiausaha Negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu sendiri.

Al Qardhawi juga adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan. Dia berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang mengikut ajaran Islam yang sebenar. Malah Malaysia sendiri pernah memberikan Anugerah Maal Hijrah kepada beliau.

Dengan ini saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu.


Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS Sabtu, 3 Rabiul Awal 1432 H / 26 Februari 2011
Read full story

SEMARAKKAN PROTES SAMAN EKOR

0 comments
Oleh : Ketua Penerangan Pas Pusat

Semua jentera penerangan perlu semarakkan protes saman ekor yang tidak adil dan membebankan rakyat. Masih kedapatan 17.1 juta saman ekor yang disenarai hitam. Pihak polis terpaksa melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun sehingga 10 Mac 2011. Ini bermakna rakyat sudah protes secara senyap terhadap saman ekor.

Sila naikkan kain rentang di seluruh negara. Sila letak di tepi jalan raya “Tolak Saman Ekor ,Tolak BN Di PRU 13″ “PR Menang Saman Ekor Dihapuskan” “Undi BN , Bererti Anda Setuju Saman Ekor” “Jangan Undi BN, Jika Anda Mahu Hapuskan Saman Ekor”

Pas berpandangan hukuman yang dikenakan kepada pemandu yang tidak membayar saman ekor, sehingga tidak boleh berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalanraya adalah tindakan yang zalim. Ini menggalak mereka yang tidak berlesen dan mempunyai cukai jalan. Apabila ini berlaku, maka yang rugi ialah kerajaan kerana kehilangan hasil negara.

Tahniah juga kepada rakyat yang kreatif, telah melaungkan slogan kepada mereka yang sedang beratur ketika hendak membayar saman. Antara slogannya “Kalau tidak mahu saman ekor, kita tolak BN” , walaupun slogan ini hanya spontan tetapi telah disambut oleh orang ramai.

Daripada awal lagi, Pas menggesa pihak kerajaan membawa mereka ke mahkamah untuk dibicarakan. Barulah mangsa akan puas hati kerana kesalahan mereka diketahui. Anda mampu mengubahnya. Ubah sekarang sebelum rakyat muflis angkara saman ekor.

Read full story

Friday, February 25, 2011

Gamis seru peminjam PTPTN sertai pertemuan

0 comments


KUALA LUMPUR, 24 Feb: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyambut baik usaha yang dilakukan Dewan Pemuda PAS Pusat yang akan menganjurkan satu majlis pertemuan dengan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Himpunan yang dijadualkan bermula jam 2 petang pada 26hb Februari 2011 iaitu hari Sabtu ini, di Dewan Semantan Perdana, Hotel Sri Malaysia, Temerloh, Pahang.

Menurut Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari, “ ini merupakan pertemuan yang ditunggu-tunggu bagi mahasiswa khususnya yang mendapat pinjaman PTPTN dan juga MARA. Pelbagai masalah yang dilontarkan pihak mahasiswa yang mengalami masalah dengan proses pembayaran semula pinjaman, tetapi lontaran suara itu tidak sampai sepenuhnya kepada pihak berwajib”

“Apa yang kita harapkan, ini bukan sahaja pertemuan untuk merungkai dan mendengar masalah peminjam, tetapi juga pertemuan yang sedikit sebanyak menjawab persoalan serta masalah yang dihadapi oleh para peminjam PTPTN dan MARA,” ujarnya lagi.

Gamis menyeru mahasiswa khususnya yang meminjam PTPTN dan MARA supaya luangkan sedikit masa untuk turun bersama mendengar dan bersama lontarkan pandangan serta pendapat untuk dirumuskan berkaitan masalah-masalah yang dihadapi dan akan diserahkan kepada pihak kerajaan dalam sidang parlimen akan datang.

Sejak kebelangan ini, para graduan universiti di negara ini yang baru mula memasuki alam pekerjaan menghadapi satu dilema baru apabila PTPTN dan MARA mengejar mereka untuk mendapatkan balik bayaran pinjaman pelajaran mereka.

Ana antara mereka yang disekat dari membuat perjalanan keluar negara akibat dari kegagalan membayar balik pinjaman ini.

"Kami bukan tidak mahu bayar. Bayangkan, gaji kami RM1,600 sebulan. Duduk di KL. Duit sewa rumah, makan, minyak motor ...semua tak lepas. PTPTN mintak bayar sekurang-kurangnya RM300 sebulan melalui potongan gaji, mana kami mampu bang," rungut seorang kakitangan kerajaan yang baru memasuki alam pekerjaan.(hrkhdaily)
Read full story

Wednesday, February 23, 2011

Himpunan 30K Pemuda Pas | FOTO

0 comments










oleh : Unit IT dan Penerangan Pemuda Dun Sura
Read full story

Monday, February 21, 2011

Kenapa Bob Lokman sertai PAS

0 comments
Read full story

Saturday, February 19, 2011

Bob Lokman Sertai PAS

0 comments

30,000 pemuda hadiri himpunan di Kedah

ALOR SETAR, 19 Feb: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abd Razak berkata, PAS tidak akan memberi laluan mudah kepada Umno BN untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai Pakatan pada waktu ini.

Bercakap sewaktu merasmikan Himpunan 30K Pemuda PAS di sini beliau berkata, kekuatan pemuda PAS yang hadir hari ini adalah senjata ampuh untuk menghalang Umno merampas negeri dengan pelbagai taktik kotor mereka.

Katanya, kehadiran 30 ribu pemuda PAS membanjiri dataran kompleks PAS Kedah hari ini membuktikan kesungguhan pemuda mempertahan kerajaan Kedah dan menyekat taktik kotor Umno yang mahu menjatuhkan kerajaan PAS Kedah.

“Ini sudah cukup menggerunkan Umno, kita kena pertahankan.

“Umno jangan fikir dia sahaja nak menang, kita pun fikir nak menang.

“Saya dan rakan-rakan yang memikul amanah kepimpinan kerajaan negeri, tidak akan bagi laluan mudah kepada umno BN,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Hadir sama pada majlis perasmian pagi tadi adalah dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Ustaz Ahmad Abdullah, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan seluruh kepimpinan pemuda seluruh negara.

"Apakah kita nak biarkan keadilan yang kita buat ini dihancurkan Umno?” soal Azizan disambut laungan ‘tidak’ oleh kira-kira 30 ribu pemuda PAS yang hadir termasuk dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Sehubungan itu beliau turut mengarahkan pemuda PAS menggiatkan usaha mendaftar pemilih khususnya kepada anak muda.

Katanya, hanya dengan usaha itu PAS boleh kekal menegakkan keadilan bukan sahaja di negeri-negeri yang dikuasai malah seluruh negeri di Malaysia pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

“Saya meletakkan harapan tinggi kepada pemuda, bangun menjalankan daftar pemilih.

“Hanya dengan mereka mendaftar, mereka boleh mengundi kita, baru kita boleh menang,”katanya lagi.

Hasrat menguasai Putrajaya juga katanya tidak mustahil berlaku, dengan semangat perubahan anak muda di seluruh dunia khususnya di Tunisia dan Mesir yang juga diharap sampai ke negara ini.

“Pemuda perlu mencetus perubahan, idea baru, menjadi tokoh negarawan, bukan sahaja banyak komen, tapi memberi cadangan penambahbaikkan,” tegasnya.

Sementara itu, Nasruddin ketika ucapan aluannya pagi tadi meletakkan dua syarat utama jika mahu PAS menang dalam PRU akan datang.

“Setiap individu pemuda PAS mestilah mendekatkan diri kepada Allah SWT, menjadi tentera Allah.

“Inilah kekuatan yang ada pada kita dan beberbeza dengan musuh,” ujarnya.

Kedua katanya, ahli PAS perlu mengelak perselisiahan dalamam sehingga membolehkan parti itu diserang musuh sehingga menjadi lemah.

“Rapatkan saf atas dasar ukhwah, jangan bagi ruang walaupun satu lubang untuk musuh masuk pecahbelahkan kita,” katanya.

Majlis perasmian hari ini turut menyaksikan selebriti terkenal, Bob Lokman, menyerahkan borang ahli PAS.

Borang tersebut diserahkan kepada Ustaz Azizan sebelum dipakaikan baju tema himpunan.

Himpunan 30K pemuda hari ini antara lain akan membincangkan tugasan dan gerak kerja berdepan PRU 13.

Program sehari hari ini akan berakhir malam nanti dengan program ceramah oleh dua pemimpin utama PAS, iaitu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

SUMBER

Read full story

Blogger Pakatan wajib kenali srikandi cun ini.

0 comments

Aku salute Asmaa Mahfouz. Asmaa Mahfouz bersungguh-sungguh mencabar kelakian pemuda Mesir. Asmaa Mahfouz gadis berusia 26 tahun, gadis muda yang aktif dalam gerakan pembaharuan di Mesir. Serikandi ini terkenal dalam gerakan pro demokrasi pembebasan Mesir di dalam jaringan sosial. Asmaa adalah salah seorang pengemudi group “Gerakan Pemuda 6 April” di dalam facebook. Group ini di bentuk untuk menyokong pekerja buruh di El-Mahalla El-Kubra–pusat industri di utara kota Cairo semasa pekerja buruh mogok pada 6 April 2008.

Akibat terlalu aktif menentang kerajaan rejim Mubarak, seperti di Malaysia juga beliau tidak terlepas dari ugutan pemerintah rejim pro APCO Israel itu. Beliau dan keluarga menerima tekanan dari pemerintah rejim itu. Kerjaya Asmaa sebagai akauntan juga diragut oleh pemerintah. Akibat aktiviti politiknya itu, Majikannya Al-Shaimaa memecat Asmaa.

Dalam tempoh waktu 19 hari revolusi Mesir, Asmaa bertindak aktif menyuarakan gerakan pro demokrasi dalam laman sosial seperti Youtube, twitter dan facebook dalam usaha menjatuhkan diktator Mubarak. Usahanya menyuarakan suara demokrasi cukup berkesan sehingga pemerintah baru Mesir ingin berjumpa dengannya tetapi pelawaan itu ditolak Asmaa. Diharap rakan-rakan blogger pro Pakatan Rakyat dapat menjadikannya sumber inspirasi untuk berblogging lebih mantap dalam usaha menumbangkan kerajaan rejim UMNO BN.Video Asmaa dimuat turun ke laman youtube pada 16 Januari mampu menggerakkan rakyat keluar rumah turun ke jalan raya. Dalam rakaman video itu Asmaa menceritakan tentang empat warga Mesir yang membakar dirinya sendiri sebagai bentuk protes terhadap kemiskinan, kelaparan, dan kezaliman yang dilakukan pemerintah. Ini satu idea yang baik untuk diaplikasikan di Malaysia. Awek-awek cun sekalian ayuh luahkan ketidakpuashatian anda terhadap kekejaman, kezaliman yang telah diperlakukan terhadap rakyat oleh UMNO BN di dalam laman sosial youtube. Pasti para pemuda bangun melawan. Bunyi macam lawak bodoh. Bodoh-bodoh pun ia adalah perkara yang serius bagi UMNO BN sehingga kerajaan rejim mahu memperluaskan akta mesin cetak meliputi facebook, twitter dan youtube. Semestinya individu seperti Asmaa adalah berbahaya kepada kerajaan bersifat diktator.

Sambung cerita awek cun si Asmaa tadi. Setelah video tersebut dimuat turun ke dalam youtube, Asmaa datang ke Dataran Tahrir secara bersendirian sambil memegang poster yang tertera nombor telefonnya dan mengajak mereka yang lalu lalang di Dataran Tahrir bergabung dengannya untuk protes tetapi hanya tiga pemuda sahaja bersamanya ketika itu. tetapi malangnya, seperti amalan negara-negara diperintah oleh rejim macam Malaysia juga, mereka berempat ditangkap oleh polis Mesir.

Setelah dilepaskan, Asmaa bertambah semangat dan menyeru rakyat turun protes. “Orang-orang yang mengorbankan dirinya sendiri ini (empat orang Mesir yang membakar diri) tidak takut mati. Tapi kita takut kepada pihak berkuasa. Bayangkan! Apakah Anda juga seperti itu?”

“Saya tidak akan membakar diri. Jika pihak berkuasa yang akan membakar saya, biarkan mereka datang dan melakukannya. Kalau Anda lelaki sejati, datang dan bergabunglah dengan saya pada tanggal 25 Januari.” Asmaa betul-betul mencabar kelakian pemuda Mesir. Di Malaysia belum ada lagi awek mencabar kelakian pemuda Malaysia.

“Kalau ada kaum perempuan tidak ikut protes kerana mereka akan kena pukul, biarkan lelaki yang menunjukkan kehormatan dan martabatnya dengan bergabung dengan saya pada tanggal 25 Januari,” demikian ajakan Asmaa dalam rekaman videonya. Betul-betul mencabar kelakian pemuda Mesir! ayuh awek Malaysia!

“Kehadiran Anda bersama kami akan membuat satu perubahan. Ajaklah jiran, teman dan keluarga untuk datang. Jangan hanya duduk di rumah dan menonton berita atau berfacebook yang hanya akan merendahkan kita.”

“Jika anda lelaki terhormat, anda perlu datang, melindungi kami dan kaum perempuan semasa protes. Kalau anda hanya diam di rumah, anda akan merasa menyesal pada negara dan rakyat. Anda bertanggung jawab atas apa yang akan terjadi pada kami di jalan ketika anda cuma duduk saja di rumah,” ujar Asmaa. Salute Asmaa!
Read full story

Sunday, February 13, 2011

Ayuh Pemudaku...Kalian Adalah Rijaaluttaghyir !!!

0 comments

1. Hanya tinggal seminggu sahaja lagi masa untuk Pemuda PAS dari seluruh negara berkumpul di Negeri Kedah Darul Aman dalam kekuatan 30 ribu tenaga sebagai persiapan dan pecutan akhir menggalas agenda Kebangkitan Anak Muda Negara menuju perubahan. Tema himpunan 30K Pemuda PAS ini ialah " Masa Untuk Berubah : PAS Sedia Ganti UMNO ".

2. Ironisnya, himpunan ini akan berlangsung seminggu selepas dunia menyaksikan kejayaan kebangkitan generasi muda di bumi Mesir yang membawa kejatuhan Regim Hosni Mubarak yang telah memerintah sejak 30 tahun yang lalu. Pastinya semangat anak - anak muda di negara utara Afrika itu telah menular ke seluruh dunia untuk membangkitkan kesedaran serta keinsafan rakyat menolak regim yang zalim . Saya percaya, semangat dan kesedaran yang sama juga telah sampai ke negara kita dan kini anak - anak muda pula bersedia untuk bangkit menggantikan pemerintahan UMNO dan BN yang telah memerintah negara sejak 50 tahun yang lalu dengan memberi mandat kepada PAS dan PR sebagai pemerintah, pentadbir dan pengurus negara yang baru menjelang PRU yang akan datang.

3. Pemuda PAS akan diberi suntikan semangat pada himpunan tersebut oleh tokoh - tokoh pimpinan PAS dan sebahagiannya adalah mantan ketua - ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Insyaallah, himpunan 30K Pemuda PAS ini akan mendengar ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia [ sessi 2009-2011 ] sebagai "amanah perjuangan" serta "peraturan dan arahan" khas menghadapi gelombang kebangkitan anak muda ke arah memenangi Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

4. Tokoh - tokoh pimpinan yang akan turun memberi suntikan semangat perjuangan fi sabilillah kepada pemuda - pemuda PAS kelak ialah :

Al Fadhil Ustaz Yb Nasharudin bin Mat Isa [ Timbalan Presiden PAS ]

Al Faadhil Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man [ Naib Presiden PAS ]

Al Faadhil al Akh Yb Tuan Hj Salahudin Ayub [ Naib Presiden PAS merangkap mantan Ketua DPP Malaysia ]

Al Faadhil Ustaz Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak [ AJK PAS Pusat merangkap MB Kedah ]

Al Faadhil Ust Dato' Abu Bakar Chik [AJK PAS Pusat merangkap mantan Ketua DPP Malaysia ]

Al Fadhil al Akh Tuan Hj Mohamad bin Sabu [AJK PAS Pusat merangkap mantan Pemangku Ketua DPPM]

Al Faadhil Ustaz Hj Hasrudin bin Hassan [ Ketua DPP Malaysia - Ucaptama ]

5. Sebelah petangnya pula Peserta himpunan akan direhatkan seketika dengan selingan persembahan artis - artis terkenal seperti Radhi dari Malissa dan Pak Long yang akan mengiringi seorang tokoh seleberiti terkenal tanahair yang akan menyerahkan borang untuk menyertai PAS pada hari itu. Himpunan ini akan ditutup dengan taklimat khas dan arahan gerakkerja pilihanraya oleh Pengarah Jabatan Piliharaya dan Strategi DPP Malaysia Yb Firdaus Jaafar.

6. Himpunan 30K ini akan disempurnakan dengan penuh gemilang pada jam 8.30 malam dengan Majlis Solat Hajat Perdana di tapak himpunan memohon petunjuk dan pertolongan Allah swt bagi mempertahankan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan pidato Perdana sempena semarak Kebangkitan Anak Muda menuntut perubahan memburu keadilan dengan tema Masa Untuk Berubah : PAS Sedia ganti UMNO oleh :

Sohibus Samahah Fadhilatus Syeikh al Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sohibus Samahah Fadhilatus Syeikh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

Al Fadhil Ustaz Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak

Al Fadhil Ustaz Hj Nasrudin bin Hassan

Al Akh [ Seleberiti Terkenal Tanahair yang akan menyerahkan borang menyertai PAS ] - nantikan kemunculannya.

7. Pastikan anda sebagai Pemuda PAS hadhir ke himpunan ini bagi menyemarakkan gelombang kebangkitan Anak Muda dari seluruh dunia. Dari Tunisia, Yemen, Mesir, Jordan, Bangladesh dan kini Malaysia . Jumpa anda semua pada 19 February 2011 [ sabtu ] bersamaan 16 Rabiul Awal 1432H.

8. Ayuh Pemudaku ... tunaikan amanah perjuanganmu dan capai inspirasimu menuntut sebuah perubahan. kalian adalah Rijaaluttaghyir [ Agen Perubah ]

by Nasrudin Hassan

Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy