Friday, February 25, 2011

Gamis seru peminjam PTPTN sertai pertemuan




KUALA LUMPUR, 24 Feb: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyambut baik usaha yang dilakukan Dewan Pemuda PAS Pusat yang akan menganjurkan satu majlis pertemuan dengan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Himpunan yang dijadualkan bermula jam 2 petang pada 26hb Februari 2011 iaitu hari Sabtu ini, di Dewan Semantan Perdana, Hotel Sri Malaysia, Temerloh, Pahang.

Menurut Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari, “ ini merupakan pertemuan yang ditunggu-tunggu bagi mahasiswa khususnya yang mendapat pinjaman PTPTN dan juga MARA. Pelbagai masalah yang dilontarkan pihak mahasiswa yang mengalami masalah dengan proses pembayaran semula pinjaman, tetapi lontaran suara itu tidak sampai sepenuhnya kepada pihak berwajib”

“Apa yang kita harapkan, ini bukan sahaja pertemuan untuk merungkai dan mendengar masalah peminjam, tetapi juga pertemuan yang sedikit sebanyak menjawab persoalan serta masalah yang dihadapi oleh para peminjam PTPTN dan MARA,” ujarnya lagi.

Gamis menyeru mahasiswa khususnya yang meminjam PTPTN dan MARA supaya luangkan sedikit masa untuk turun bersama mendengar dan bersama lontarkan pandangan serta pendapat untuk dirumuskan berkaitan masalah-masalah yang dihadapi dan akan diserahkan kepada pihak kerajaan dalam sidang parlimen akan datang.

Sejak kebelangan ini, para graduan universiti di negara ini yang baru mula memasuki alam pekerjaan menghadapi satu dilema baru apabila PTPTN dan MARA mengejar mereka untuk mendapatkan balik bayaran pinjaman pelajaran mereka.

Ana antara mereka yang disekat dari membuat perjalanan keluar negara akibat dari kegagalan membayar balik pinjaman ini.

"Kami bukan tidak mahu bayar. Bayangkan, gaji kami RM1,600 sebulan. Duduk di KL. Duit sewa rumah, makan, minyak motor ...semua tak lepas. PTPTN mintak bayar sekurang-kurangnya RM300 sebulan melalui potongan gaji, mana kami mampu bang," rungut seorang kakitangan kerajaan yang baru memasuki alam pekerjaan.(hrkhdaily)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy