Tuesday, March 8, 2011
Monday, March 7, 2011
Sunday, March 6, 2011
Terkini Kerdau: Provok, kemudian siar media pembangkang ganas
Setiap kali pilihan raya, pelbagai taktik dan teknik dilakukan Umno/BN dalam usaha cuba mengabui mata orang ramai di seluruh negara.
Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kerdau tidak terkecuali, Umno yang diketuai pemimpin kerajaan telah membuat provokasi dengan pelbagai bentuk sorakan, kata nesta dan cabar mencabar sehingga menimbulkan reaksi.
Apabila berlaku sedikit tindak balas kerana provokasi tadi, media (terutama elektronik) terus menghalakan corong kameranya dan ‘scenes’ lakonan itu disiarkan dengan gambaran ‘pembangkang ganas’.
Manifestasi yang mahu disogokkan ini bukannya secara kebetulan, tetapi dipercayai dirancang bagi memberi gambaran dan tanggapan negatif kepada penonton bahawa pembangkang memang ganas.
Keadaan sebegini berlaku di setiap unit pusat mengundi (UPU) dan paling menonjol ialah di sekolah Menengah Kerdau pagi tadi.
Yang mengecewakan ramai, provokasi tersebut dilakukan oleh pemimpin Umno yang berjawatan tinggi dalam kerajaan negeri. Sementara media seolah-olah dirancang untuk menurutnya.
Kekecohan juga dilaporkan di Sekolah Kebangsaan Paya Taram apabila timbul salah faham antara kedua pihak.
Alhasilnya, semua ini tidak memberi gambaran yang baik kepada demokrasi, sebaliknya penerima maklumat hanya menadah pembohongan dan cerita rekaan sepanjang masa.
Bilalah agaknya orang Melayu akan cerdik dan pembesar mereka berhenti menipu?
sumber : Pahang Selamat, Rakyat Nikmat
Saturday, March 5, 2011
Logo 1Malaysia yang ni boleh guna dok??
'Logo 1Malaysia hok ni boleh guna x??'.....Pertanyaan istimewa untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan keizinan menggunakan logo 1Malaysia untuk dipamerkan di kenderaan mengangkut pemilih di pembuangan undi esok.SPR: Logo parti jangan, 1Malaysia OK
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mengeluarkan arahan supaya tiada logo parti dipamerkan pada kenderaan yang mengangkut pemilih ke pusat pembuangan undi esok.Bagaimanapun, BN dan PAS masih boleh menggunakan pengenalan warna dengan menampal kertas bersaiz A4 padanya.
"BN warna biru dan PAS warna hijau. Pada lepas-lepas mereka menggunakan bendera dan logo. Kita dah bincang dengan polis.
"Itu dianggap berkempen," kata timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Ditanya tentang logo 1Malaysia, beliau berkata, ia tiada masalah kerana bukan logo parti.
Baca lagi DI SINI
Thursday, March 3, 2011
Isu Kritikan Perdana Menteri Terhadap Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi

Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak terhadap gerakan Islam antarabangsa Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi semasa menghadiri satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu.
Tuduhan yang dibuat terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin (Ikhwan) dan tokoh-tokohnya seperti Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu adalah merupakan satu fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan Barat yang memekakkan telinga kepada kebenaran. Ikhwan ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan
perjuangannya secara jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga ke hari ini. Ikhwan menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan pemimpinnya dizalimi. Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah. Dalam masa yang sama, tindakan mengambil sikap dan pandangan Setiausaha Negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu sendiri.
Al Qardhawi juga adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan. Dia berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang mengikut ajaran Islam yang sebenar. Malah Malaysia sendiri pernah memberikan Anugerah Maal Hijrah kepada beliau.
Dengan ini saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu.
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS Sabtu, 3 Rabiul Awal 1432 H / 26 Februari 2011
SEMARAKKAN PROTES SAMAN EKOR
Semua jentera penerangan perlu semarakkan protes saman ekor yang tidak adil dan membebankan rakyat. Masih kedapatan 17.1 juta saman ekor yang disenarai hitam. Pihak polis terpaksa melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun sehingga 10 Mac 2011. Ini bermakna rakyat sudah protes secara senyap terhadap saman ekor. Sila naikkan kain rentang di seluruh negara. Sila letak di tepi jalan raya “Tolak Saman Ekor ,Tolak BN Di PRU 13″ “PR Menang Saman Ekor Dihapuskan” “Undi BN , Bererti Anda Setuju Saman Ekor” “Jangan Undi BN, Jika Anda Mahu Hapuskan Saman Ekor”
Pas berpandangan hukuman yang dikenakan kepada pemandu yang tidak membayar saman ekor, sehingga tidak boleh berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalanraya adalah tindakan yang zalim. Ini menggalak mereka yang tidak berlesen dan mempunyai cukai jalan. Apabila ini berlaku, maka yang rugi ialah kerajaan kerana kehilangan hasil negara.
Tahniah juga kepada rakyat yang kreatif, telah melaungkan slogan kepada mereka yang sedang beratur ketika hendak membayar saman. Antara slogannya “Kalau tidak mahu saman ekor, kita tolak BN” , walaupun slogan ini hanya spontan tetapi telah disambut oleh orang ramai.
Daripada awal lagi, Pas menggesa pihak kerajaan membawa mereka ke mahkamah untuk dibicarakan. Barulah mangsa akan puas hati kerana kesalahan mereka diketahui. Anda mampu mengubahnya. Ubah sekarang sebelum rakyat muflis angkara saman ekor.




