Sunday, May 22, 2011

Konvoi Kembara Tarbawi 2 ke Chengal Besar

0 comments





Read full story

Gambar & Catatan Perjalanan Kembara 4WD bersama Presiden Kali-2

0 comments




Hulu Dungun: 13 Mei 2011 : Dengan izin Allah konvoi pacuan 4 roda kembali mengegar. Kelab 4X4 Pas Terengganu dibawah kelolaan Lujnah Tarbiyyah Badan Perhubungan Pas Terengganu sekali lagi berjaya menganjurkan kembara dari Rusila, Marang ke lokasi Cengal Besar, Sg Loh di Hulu Dungun.

Program yang padat diisi dengan kembara lasak dan pengisian rohani dan tarbiyyah kali ini berjaya menarik penyertaan sekali ganda berbanding tahun lepas, iaitu kembara tarbawi ke blok 6 diKemaman.

Seramai 120 kenderaan 4X4 pelbagai jenis telah turut serta bersama 500 peserta bersama di Base camp di Sg. Loh. Program bermula dengan kuliah pagi jumaat yang disampaikan oleh Tuan Guru Presiden di Masjid Rusila dari pukul 9.00 pagi. Semua peserta dari 8 Kawasan Parlimen di Terengganu berkumpul di perkarangan Masjid Rusila, Marang. Selesai kuliah, Tuan Guru Presiden telah menyampaikan taujihat sempena majlis pelancaran.



Baca seterusnya & gambar-gambar DI SUMBER1 dan DI SUMBER2

Read full story

Saturday, May 21, 2011

Himpunan BERSIH kedua, 9 Julai 2011

0 comments


KUALA LUMPUR, 21 Mei: Himpunan 'Bersih 2.0' seperti yang dirancang sebelum ini telah diputuskan untuk diadakan pada 9 Julai akan datang di Kuala Lumpur.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Badan Pengerak Mobilisasi Demokrasi PAS, Mohammad Sabu dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS petang ini.

"Tujuannya sama dengan tujuan himpunan Bersih 1 yang lalu iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Kami dari PAS bersetuju dan akan menghantar 100 ribu ahli untuk himpunan itu," katanya.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat bersama Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) baru-baru ini.

Himpunan dengan nama 'Walk for Democracy' itu katanya akan bermula jam 2 petang.

Bagaimanapun ujarnya, tempat, warna tema dan mekanisme himpunan itu akan diperincikan pihak Bersih sendiri yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreneevasan dalam masa terdekat.

"Kita dari PAS memberi jaminan bahawa himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman seperti himpunan Bersih lalu jika tanpa provokasi pihak polis,"katanya.

Turut serta pada sidang media itu, AJK Bersih 2.0 Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad.

Himpunan Bersih pertama telah diadakan pada 10 November 2007 lalu dengan kehadiran lebih 100 ribu rakyat berarak menuju ke Istana Negara bagi mengiringi penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.

Mereka mendesak empat perkara termasuk penggunaan dakwat kekal, media yang bebas, pemansuhan undi pos dan pembersihan daftar pemilih.

Ianya diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung Mac tahun berikutnya.

Bagaimanapun kali ini kata Mohamad, dua lagi tuntutan ditambah iaitu penyalahgunaan institusi kerajaan secara berleluasa, dan menuntut tempoh kempen pilihan raya dipanjangkan.

PAS katanya lagi memandang serius ketempangan demokrasi pilihan raya dan tidak mahu kejadian di Timur Tengah berulang iaitu menggunakan jalan raya untuk menukar kerajaan.

"Kita yakin dengan pilihan raya, tetapi bairlah adil dan saksama.

"Kita lihat penyalahgunaan jentera kerajaan berleluasa sehingga rakyat tidak tahu mana satu parti politik, mana satu kerajaan," katanya lagi.

Sementara itu, Dr Hatta pula berkata, himpunan kali ini dibuat memandangkan empat tuntutan Bersih sebelum ini langsung tidak dilayan oleh kerajaan.

Ianya termasuk isu undi pos yang dakwanya bukan diselesaikan, tetapi lebih dikusutkan.

Sekurang-kurangnya 62 Badan Bukan Kerajaan NGO akan turut serta dalam himpunan itu nanti.

"Kita bagi pihak PAS akan memanfaatkan himpunan di Muktamar nanti untuk menggerakkan mobilisasi rakyat," katanya.(hrkhdaily)


lagi berita :
PAS kumpul 100,000 ahli sertai BERSIH 9 Julai ini
Read full story

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

0 comments

Guruku
Kau penyuluh hidupku
Menerangi alam ini
Kau ku anggapkan
Sebagai ibubapaku

Wahai guruku
Kau ibarat sebatang lilin
Menerangi alam kegelapan
Kau sanggup membakar dirimu

Wahai guruku
Kau insan yang mulia
Mendidik dan membimbing daku
Kaulah insan yang kusanjungi

Guruku
Segala baktimu
Akan ku balas dengan kejayaanku
Akan ku buktikan kepadamu
Wahai guruku

Tajuk Nasyid : Guruku
Album : Amal Kerana Allah
Artis : Shoutul Amal

Read full story

Sunday, May 15, 2011

Naib Presiden PAS Ke DUN Sura 19 Mei Ini

0 comments
DUNGUN 15 Mei, Ahad - Di tengah-tengah lambakan isu yang sedang berlaku di negara ini, Lajnah Penerangan DUN Sura mengambil kesempatan dengan mengundang Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menyampaikan maklumat terkini melalui kupasan isu dari kacamata kepimpinan.

Menurut Setiausaha Lajnah Penerangan DUN Sura, Encik Ahmad Roslin Abdul Wahab, Dato' Tuan Ibrahim akan diiringi sama oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Haji Azman Syapawi Abdul Rani dan ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

baca seterusnya...di sini.
Read full story

Monday, May 9, 2011

Mari Mengenal Rasulullah S.A.W.

0 comments

Semoga sedikit perkongsian ini akan memberi manfaat buat kita semua.


Cara Rasulullah S.A.W Berjalan

1. Ali bin Abi Thalib meriwayatkan, maksudnya: “Ali bin Abi Thalib menggambarkan sifat fizikal Rasulullah S.A.W., “ Rasulullah S.A.W berjalan dengan mengangkat kaki, seakan-akan beliau sedang menuruni tanak yang landai”. (Riwayat Tirmidzi, Ibnu Sa`d dan Baihaqi)


Cara Bersandar Rasulullah S.A.W

1. Abu Juhaifah r.a meriwayatkan maksudnya: “ Rasulullah S.A.W bersabda,” Aku tidak akan makan sambil bersandar.” (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah ,Ahmad dan Baihaqi)


Cara Rasulullah S.A.W makan

1. Ka`b bin Malik meriwayatkan maksudnya, Selepas makan, Nabi S.A.W menjilat jari-jari beliau sebanyak tiga kali”. (Riwayat Tirmidzi)


Akhlak Rasulullah S.A.W

1. Aisyah r.a meriwayatkan maksudnya:” Rasulullah S.A.W bukanlah seorang yang keji dan beliau tidak pernah berbuat keji. Beliau tidak pernah berteriak-teriak di pasar.Beliau tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan; beliau selalu memaafkan dan berlapang dada. ( Riwayat Tirmidzi, Abu dawud dan Ahmad)


Cincin Rasulullah S.A.W

1. Anas bin Malik meriwayatkan maksdunya: “ Cincin Rasulullah S.A.W dibuat dari perak sedangkan mata cincin beliau adalah batu hitam Habsyi” (Riwayat Tirmidzi, Muslim ,Nasa`I ,Ahmad dan Ibnu Majah)
2. Ali bin Abi Thalib meriwayatkan maksudnya: “ Rasulullah S.A.W mengenakan cincin di jari tangan kanan beliau.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud , Nasa`I dan ibnu Majah)


Read full story

Wednesday, May 4, 2011

Isu Sumpah: Bila Hilang Rasa Takut Kepada Allah

0 comments

Oleh : Lajnah Tarbiyah Pemuda Dun Sura

Hakikatnya, tidak perlu dijelaskan lagi hukum yang sedia jelas berkaitan sumpah ini. Sudah ramai ahli ilmu mengulas mengenainya. Terang dan jelas kecuali kepada sesiapa yang buta hatinya walaupun celik matanya, jelas pendengarannya.

Pelik sungguh manusia ini; yakinkan kita bahawa mereka ini benar-benar takut kepada Allah Taala dengan sumpah laknatnya sambil memegang Al-Quran di dalam rumah Allah pada hari Jumaat yang mulia dalam masa yang sama mereka sendiri mengabaikan hukum Al-Quran seperti Qazaf? Adakah mereka memang jahil atau buat-buat jahil?

Sumpah laknat ini hanya berlaku dalam hal yang melibatkan suami isteri. Adapun tuduhan kepada seseorang dengan kes zina perlu mendatangkan empat saksi. Sekiranya gagal, orang yang menuduh perlu dihukum qazaf dengan sebat sebanyak 80 kali sebatan. Sumpah yang berlaku hari ini tidak akan menthabitkan orang yang didakwa itu bersalah, bahkan yang menuduh perlu dihukum kerana gagal mendatangkan bukti.

Perlu difahami sebaiknya, kalau seseorang ingin bersumpah sekalipun adalah untuk menafikan dirinya bukannya menuduh orang lain. Kaedah sumpah yang diajar oleh Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam disebut: “ bukti bagi yang mendakwa, sumpah bagi yang didakwa”. Sumpah dalam Islam adalah dengan nama Allah tanpa perlu kepada menjunjung Al-Quran. Sy Atiyyah Saqar Rahimahullah, seorang ulama’ Al-Azhar As-syarif menyebut bahawa perbuatan menjunjung Al-Quran ini bukanlah amalan dalam Islam.

Perlukah sumpah balas?

Walaupun di sana terdapat cadangan-cadangan supaya diadakan sumpah balas diadakan bagi mempertahankan maruah dan mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat, persoalannya adakah sumpah itu menjamin suasana akan datang akan menjadi lebih baik?

Hari ini, mungkin pihak yang salah bersumpah untuk mendapatkan keyakinan bahawa pihak yang benar itu benar-benar bersalah. Esok mungkin pihak yang benar pula memulakan sumpah, kemudian di pihak yang salah menjawab sumpah untuk meyakinkan orang bahawa dia sebenarnya tidak bersalah. Kerja yang pasti tidak akan selesai apabila keluar dari manhaj Nabi Sollallahu’alaihiwasallam.

Jangan menambahkan kekeliruan masyarakat. Jangan sampai perkara ini menjadi amalan masyarakat akan datang. Adapun sesiapa yang mempunyai kefahaman, cubalah memahamkan masyarakat yang terkeliru. Mereka yang berkeahlian, didiklah masyarakat supaya benar-benar takut dan tunduk dengan hukum Allah Taala.

Wallahua’alam….

Read full story

Monday, May 2, 2011

MUKTAMAR Pemuda Pas Negeri Terengganu kali ke-42 | FOTO

0 comments










Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy