Tuesday, September 6, 2011

Pejuang Kemerdekaan dan Isu Mat Indera - Pandangan Riduan Mohamad Nor

0 comments
Pandangan oleh Ustaz Riduan Mohd Nor
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat




















Read full story

Monday, September 5, 2011

Perhatian buat wanita : Leggings bukan sejenis seluar

0 comments
Sebuah dokumentari yang perlu ditonton oleh wanita yang kurang mengambil berat tentang pemakaian yang lebih sopan atau memandang ringan kewajipan menutup aurat.





Ada dua benda yang kelihatan banyak berlaku silap faham dalam memahami masalah aurat:

1- aurat itu hanya rambut. menutup kepala dikira menutup aurat. sedangkan yang lain pun perlu diambil kira,suara itu pun boleh dikira aurat sekiranya digunakan untuk menggoda dan menarik perhatian.

2- menutup aurat dengan hanya memakai menutup semua tanpa memperlihatkan ciri pakaian yang sepatutnya. tutup, tidak longgar dan tidak nipis. bukan sekadar tutup.

Apapun, kita berdakwah setakat kemampuan kita sahajalah, serukan kepada jalan yang benar dengan ilmu dan bijaksana. semoga Allah memberikan hidayah.

wallahua'lam.
Read full story

Sunday, September 4, 2011

Pemuda Umno minat cerca PAS dari bantu perajurit

0 comments
KUALA LUMPUR, 4 Sept: Rancangan Pemuda Umno untuk mengadakan program jelajah yang akan ‘menyerang’ Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu amatlah mendukacitakan dan tidak perlu.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (gambar) berkata, tindakan itu diputuskan walaupun pelbagai pihak menunjukkan Mohamad Sabu tidak pernah mengagungkan golongan komunis ataupun mempromosi keganasan dalam ucapan beliau 21 Ogos yang lalu.

Katanya, apa yang terang lagi bersuluh dalam kontroversi terkini adalah: perbalahan pendapat yang masih belum terhenti mengenai zaman darurat dan juga zaman-zaman lain dalam sejarah negara membuktikan versi ‘rasmi’ sejarah Malaysia yang diangkat pentadbiran BN belum diterima sepenuhnya semua pihak.

Malah, ujarnya ia kelihatan menimbulkan rasa tidak puas hati dan kegusaran dalam masyarakat, dan menyulitkan segala usaha untuk menyatupadukan rakyat.

“Kita tidak boleh nafikan kewujudan pendapat berlainan mengenai sejarah Malaysia dan kita juga tidak boleh nafikan pelbagai pihak yang masih belum sembuh luka silamnya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sebagai parti pemerintah, katanya Umno seharusnya memudahkan perbincangan isu-isu sebegini demi usaha perdamaian nasional, agar sejarah menjadi batu asas dan bukannya batu api kepada masa depan kita bersama.

“Inilah yang sepatutnya menjadi matlamat parti-parti politik, terutama sayap-sayap pemuda,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai.

Beliau menambah, yang sedihnya, Umno sekali lagi mengguna peluang yang ada untuk menimbulkan syak wasangka dan rasa benci di kalangan rakyat Malaysia demi masa depan politiknya sendiri.

Walaupun begitu, tambahnya pasti timbul keraguan di hati pembaca bila melihat pihak ini tiba-tiba begitu beria-ia mahu perjuangkan nasib bekas perajurit.

Nampaknya, ujar beliau Pemuda Umno tidak mahu menumpukan usaha mereka untuk betul-betul membantu bekas perajurit dan mereka yang masih berkhidmat, tapi sebenarnya hanya berminat untuk mencerca PAS dan Mohamad Sabu.

Sememangnya, kata beliau lagi jika Umno benar-benar mahu perjuangkan nasib para perajurit negara, mereka akan perjuangkan hak para perajurit untuk mengundi dengan bebas dan adil dan bukannya mempertahan sistem undian pos yang sedia ada yang menganiaya hak mengundi para tentera dan polis.

“Lebih dari itu, bukanlah lebih baik jika Umno menyalurkan masa, wang ringgit dan tenaga mereka untuk membantu bekas perajurit Malaysia yang memerlukan bantuan, dan bukannya untuk menjalankan program-program jelajah sebegini,” katanya.

Beliau mempersoalkan, bukankah Utusan Malaysia, akhbar alat sebaran mereka, sudah cukup untuk mencerca PAS, Mohamad Sabu dan Pakatan Rakyat amnya.

“Kita juga terfikir mengapa para "patriot" ini menganggap siri jelajah sebegini lebih membawa manfaat dan kebaikan dari menyokong, mengawas, dan memberi maklum balas kepada badan kebajikan para perajurit seperti Lembaga Tabung Amanah Tentera (LTAT) dan badan-badan seperti itu,” katanya.

Beliau menambah, jika mereka bekerjasama dengan badan-badan ini - untuk perjuangkan pembelian aset-aset Exxonmobil, sebagai contoh - pasti pejuang dan perajurit negara akan menikmati kebaikan dan keuntungan, dan kepentingan negara akan terjaga lagi terselamat.

Kata beliau, jika Umno begitu serius untuk perjuangkan nasib bekas perajurit yang telah berjuang demi tanah air tercinta, bukankah mereka sepatutnya membantu bekas perajurit yang telah berjuang sewaktu Perang Dunia Kedua, yang mana ada di antara mereka yang masih belum menerima pampasan atau bantuan di atas perjuangan mereka.

Oleh kerana Umno berkata dialah satu-satunya pengasas gerakan kemerdekaan negara kita, ujarnya Umno wajib sedar bahawa ia telah mempersendakan prinsip-prinsip asas negara kerana kerajaan pimpinannya masih memperguna empat perisytiharan darurat yang masih wujud, walaupun sudah 54 tahun kita merdeka.

“Apakah negara kita masih belum aman damai hingga empat perisytiharan darurat ini masih diperlukan?” soalnya.

Malah, soalnya lagi bukankah ini menunjukkan Umno secara tidak langsung merendahkan martabat para perajurit yang kita kasihi dan memperlekehkan perjuangan mereka selama ini, kerana kononnya negara masih belum selamat dan masih memerlukan empat perisytiharan darurat ini.

“Atau adakah Umno yang sebenarnya memerlukan empat perisytiharan darurat ini demi masa depan politik sempit mereka?

“Sedarlah wahai Umno, buanglah kepura-puraan kamu, dan marilah berganding bahu bersama Pakatan Rakyat untuk menyembuhkan segala duka lara dan luka negara,” katanya.

Justeru, katanya Umno dan lebih-lebih lagi Pemuda Umno harus sedar bahawa, meminjam kata-kata Edward Murrow, membangkang tidak bererti mengkhianat, dan tiada sesiapa yang boleh memonopoli kebenaran ataupun rasa cinta kepada negara.

“Inilah patriotisme sejati,” tegasnya.(Harakahdaily)


Read full story

Allahyarham jalankan tugas terpuji- Presiden PAS

0 comments

PAS mengucapkan takziah terhadap keluarga jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang meninggal dunia ditembak di Somalia semalam.

Seluruh kepimpinan PAS dan ahli-ahlinya berdoa semoga Allahyarham diberi keampunan dan mendapat rahmat Allah SWT dan dihimpunkan bersama hamba-hamba-Nya yang soleh.

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, usaha Allahyarham terlibat dengan misi kemanusiaan menyelamatkan orang yang kebuluran merupakan satu sifat terpuji yang dituntut Islam.

"Semoga ahli keluarga dan sahabat handainya diberi kesabaran oleh Allah SWT," katanya menerusi Setiausaha Akhbarnya, Mohd Nasaie Ismail ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.


Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), menerusi Mohd Nasaie, juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Keberanian beliau menjalankan tugas yang berisiko itu menggambarkan semangat kewartawanan yang tinggi yang ada pada Allahyarham yang sangat dihargai.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, namun pihak penganjur, Kelab Putera 1 Malaysia mesti bertanggungjawab terhadap kejadian yang berlaku.

"Ini menggambarkan tiada ciri-ciri keselamatan yang rapi diusahakan penganjur untuk peserta misi dan wartawan," katanya

Sepatutnya, menurut beliau, kesemua mereka dibekalkan dengan jaket keselamatan dan insuran untuk menjamin keselamatan mereka.

"Begitu juga dengan kawalan tentera dan polis negara tempat mereka bertugas yang mesti dipastikan penganjur sebelum mereka melaksanakan tugas," tegas beliau.

Read full story

Tuesday, August 30, 2011

Video Raya : Tahniah PAS Gombak

0 comments
Tahniah PAS Kawasan Gombak kerana berjaya menghasilkan video kreatif ini

Read full story

Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri & Selamat Pulang Perantau dari AJK Pemuda Dun Sura

0 comments

oleh : KETUA PEMUDA PAS DUN SURA

Assalamualaikum wbrkth,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar ,Allahu Akbar.Walillahil Hamd.

Segala puji dan syukur kepada Allah, yang masih mengurniakan kita kesempatan untuk terus bernafas pada hari ini, memberikan kita peluang untuk meraikan Aidulfitri buat kesekian kalinya, sekaligus mengharungi madrasah Ramadan yang akan meninggalkan kita.

Tasbih, tahmid dan istighfar kita ucapkan bagi menyucikan segala dosa, noda dan kekurangan diri kita yang tidak pernah lekang dari kecuaian serta kelalaian.

Selawat dan salam kita lafazkan khusus untuk junjungan besar Rasulullah S.A.W pembawa rahmat serta petunjuk kepada mereka yang rindukan hidayah, inginkan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Begitu juga kita ucapkan kepada keluarga baginda dan kepada para sahabat baginda keseluruhannya serta mereka yang mengikuti susur jalur perjuangan baginda yang penuh bersejarah tanpa penat dan lelah sehingga tibanya Hari Kebangkitan.

Sahabat-sahabat rakan seperjuangan sekalian,
Selamat menyambut Aidulfitri. Insya Allah, Aidulfitri ini kita raikan dengan seribu rasa syukur, diiringi dengan takbir kemenangan setelah kita berjaya menamatkan siri madrasah Ramadan yang mendidik dan melentur jiwa kita ke arah menjadi insan bertakwa kepada Allah.

Selamat pulang perantau.Kepulangan kalian kami alu-alukan dengan rasa berbesar hati, semoga kepulangan ini membawa seribu erti dan makna yang mendalam buat kita semua.Mudah-mudahan ikatan persaudaraan di kalangan kita bertambah erat kukuh dengan tautan ukhuwwah islamiyyah.

Rakan- rakan seagama yang dikasihi kerana Allah.
Dalam detik masa yang penuh berharga dan barakah ini marilah kita sama-sama merenung sejenak hari-hari yang telah berlalu dalam bulan mulia yang telah kita lalui bersama-sama dengan satu billion umat Islam yang lain.

Maka bersyukurlah ! Sekiranya kita berjaya mendidik jiwa kita ke arah yang lebih baik dari sebelumnya. Sudah pastinya, latihan tadarrus al-Quran, tarawih berjamaah, majlis ilmu dan qiam di tengah malam menjadi kenangan manis bulan ramadhan yang tidak akan dapat dilupakan oleh kita semua.

Berishtighfarlah! Jikalau ruang masa di bulan Ramadhan ini hanya diulit tidur panjang yang lena, bicara yang tidak bermakna atau sekadar mengisi perut yang lapar di waktu berbuka. Apatah lagi membuat dosa. Kami memohon ampun dariMu ya Allah.

Jadikanlah tarbiyah Ramadhan sebagai pemangkin untuk kita mendapat kekuatan dan semangat seperti salafussoleh dalam kehidupan. Raikanlah hari raya ini seperti mana meraikan kemenangan dalam peperangan menetang kekufuran yang baharu saja selesai.

Rakan-rakan seakidah sekalian,
Cukuplah sekadar ini sebagai renungan kepada kita yang bukannya untuk dimenungkan tapi untuk diamalkan.Sama-sama kita doakan semoga Ramadan yang telah kita lalui benar-benar diterima oleh Allah S.W.T sebagai bekalan kita di Hari Perhitungan kelak.

Sambutlah Hari Raya pada kali ini dengan penuh rasa keinsafan dan syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan. Sesungguhnya nikmat Allah yang dianugerahkan tidak bertepian. Gunakanlah hari raya ini untuk kita mengukuhkan lagi ukhuwwah dan persaudaraan antara kita semua dan berusahalah untuk kita menjadi Ummatan Wahidah Fil Fikr Wal Amal.

Salam Aidulfitri,
Salam Perjuangan,

Wallahu A'lam,

Assalamualaikum w.b.r.k.t.h.



USTAZ HAJI MOHAMAD HANAFIAH HITAM
KETUA PEMUDA DUN SURA

27 Ogos 2011

Read full story

Tuesday, August 23, 2011

FOTO | Pemuda Bersamamu 7.0

0 comments
oleh : Team IT & Penerangan Pemuda Dun Sura

'PRIHATIN KAMI TAK BERTEPI,MEMBANTU SEKADAR TERMAMPU'

Penghargaan tak terhingga buat dermawan dan para petugas yang komited di sepanjang program.

Juga jutaan terimakasih buat ADUN Sura,Ustaz Wan Hassan Md Ramli dan juga Ustaz Azman Syapawi yang sempat meluangkan masa walaupun padat dengan program kebajikan di sepanjang hari tersebut.

Jazakallahu Khairan Khathira..ALLAHUAKHBAR !!

Nabi s.a.w bersabda: “Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu: dua Malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: “Wahai sekalian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat; dan tidak masuk matahari melainkan ada di kiri kanannya dua Malaikat yang menyerukannya seruan yang didengarinya oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: “Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah.”

Abu ad-Dardaa’ r.a












































Read full story

Sunday, August 21, 2011

Pemuda Bersamamu 7.0 : Kami hanyalah pemudahcara

0 comments

oleh : Ketua Lajnah Kebajikan Pemuda Dun Sura

Alhamdulillah,cuaca yang mendung diselangi dengan hujan gerimis bermula daripada awal pagi sehinggalah ke petang semalam seolah-olah rahmat yang mengiringi usaha dan kerja amal kebajikan daripada warga Pemuda Pas Dun Sura,'Pemuda Bersamamu Musim ke 7'.

Usaha yang digembelingkan sebelum ini bermula daripada mencari dan mengumpul dana tabung 'Pemuda Bersamamu 7.0' sehinggalah kepada mengenalpasti penerima atau peserta yang layak untuk disalurkan bantuan sumbangan ini seterusnya membawa kepada hari 'operasi sehari' pengagihan sumbangan tersebut.

Walaupun masih terdapat kekurangan atau kelemahan bagi menyempurnakan program tahunan Pemuda Dun Sura ini,namun kami cukup yakin musim ini adalah merupakan pencapaian terbaik 'Pemuda Bersamamu' berdasarkan target,lebih berfokus serta sasaran yang mana semuanya ini adalah pertolongan daripada Allah s.w.t jua.

Syabas diucapkan kepada pengarah program yang berjaya menjadi 'kapten' yang mantap telah berjaya menggerakkan 'anak kapal'nya dengan cukup berkesan hingga mampu meredah ombak dan badai dalam pelayaran sehinggalah sampai ke destinasi dengan jayanya.

Jazakallah kepada semua penyumbang yang budiman samada yang menyumbang dalam bentuk wang tunai ataupun beras yang menjadi sumber kepada hidupnya program kebajikan ini di mana kami hanyalah menjadi ‘orang tengah’ atau ‘pemudahcara’ bagi mencapai ganjaran yang telah dijanjikan-Nya.

Kepada semua warga Pemuda Pas Dun Sura terutamanya yang terlibat secara langsung dengan program 'Pemuda Bersamamu 7.0' ini,ketahuilah anda semua adalah 'insan hebat dan cemerlang',tanpa anda semua tiadalah 'pemuda bersamamu 7.0'.Semoga usaha kecil ini akan menjadi ganjaran besar buat kalian semua yang terlibat.


GAMBAR-GAMBAR sekitar program Pemuda Bersamamu 7.0 akan menyusul
Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy