0
comments
Posted by
Abu Ayyub Al Anshori at Friday, May 28, 2010
email dari : penerangan.paspusat@yahoo.com
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghalang usaha rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat dakwaan Barry Wain.
Semalam Barry Wain mempertahan fakta bukunya 'Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times' dan turut menyatakan beliau mempunyai bukti yang kuat bahawa Mahathir telah menyelewengkan wang negara lebih dari RM 100 Bilion.
Disember tahun lepas Najib menyebut;
"tak wajar dicadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku. Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar. Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh,”
Ini adalah satu alasan yang cuba melindungi Mahathir dan kepentingan Umno. Najib bersubahat dalam hal ini begitu juga mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana mereka turut menyambung legasi penyelewengan Mahathir.
Sehingga kini Umno gagal menyangkal dakwaan Wain bahawa bangunan PWTC yang mereka duduki sekarang adalah hasil dari wang rakyat yang diselewengkan. Malah dakwaan Wain bahawa ketika Daim menjadi Menteri Kewangan terdapat satu akaun dana politik khas diperuntukan untuk Umno bernilai puluhan juta juga tidak dinafikan oleh mana-mana pemimpin Umno.
PAS persoalkan kenapa Najib begitu takut untuk membenarkan hal ini disiasat oleh Suruhanjaya Diraja?
Rakyat menghargai sumbangan Mahathir, tetapi itu bukan alasan untuk menyembunyikan fakta penyelewengan yang telah dilakukan dan disambung oleh pemimpin selepasnya.
Rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyelamatkan wang negara dari terus diselewengkan oleh Umno-BN. Dakwaan Wain harus disiasat dan segala dokumen yang beliau miliki harus didedahkan.
0
comments
Posted by
sirbiz_faqli at Wednesday, May 19, 2010
Masyarakat sebuah kampung dalam daerah ini, merasa tidak puas hati kerana Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kampung (JKKK) tersebut yang ditangkap berkhalwat, telah dilepaskan tanpa bicara.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Cawangan kampung berkenaan telah ditangkap ketika berdua-duan bersama Ketua Puteri Umno Cawangan berhampiran di sebuah Resort tempatan pada jam 3 petang, Sabtu, 24 April lalu. Yang lebih dikesalkan adalah, lelaki yang bertugas di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam itu, juga adalah seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Mukim terbabit.
Manakala, pasangannya, bertugas sebagai Pegawai Kemajuan Masyarakat (Kemas) turut menjawat jawatan Ketua Puteri Umno bagi DUN berkenaan.
Tangkapan dilakukan oleh Pegawai Pencegah Maksiat daerah telah menetapkan perbicaraan keatas kedua-dua mereka pada bulan julai depan.
Malangnya, dengan campur tangan politik, kes mereka telah diselesaikan ‘dalam kamar’ tanpa di bicarakan di Mahkamah Syariah pada Isnin lepas 10 Mei, 2010.
Mereka hanya dikenakan denda sebanyak RM2200 setiap seorang dengan semua jawatan dikekalkan.
”Orang Umno tak malu, dan mengaggap maksiat hanya perkara biasa sahaja,”komen seorang penduduk yang tidak mahu dikenali.
0
comments
Posted by
aBaBiL at Tuesday, May 18, 2010
KUALA LUMPUR, 18 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan besar-besaran 3 Julai depan bagi membantan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia bermula Jun ini.
Satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong juga akan diserahkan pada himpunan tersebut.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, himpunan tersebut akan bermula di masjid negara sebelum bergerak ke Istana negara.
"Pada himpunan tersebut, kita akan menyerahkan memorandum kepada Tuanku, agar mendesak kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi yang telah diberikan," katanya kepada Harakahdaily selepas mesyuarat dewan harian Pemuda PAS Pusat petang ini.
Biarpun menerima kritikan hebat dari pelbagai pihak, kerajaan awal bulan ini tetap meneruskan hasrat meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.
Menurut Nasruddin lagi, sebelum himpunan besar itu, satu himpunan serentak di seluruh negara akan di adakan pada Jumaat, 21 Mei ini di masjid negeri masing-masing.
Ianya akan disusuli dengan penyerahan memorandum kepada mufti negeri masing-masing bagi tujuan sama.
"Bemula hujung Mei hingga ke penghujung bulan Jun, kita juga akan menggerakkan usaha untuk menyerahkan memorandum kepada mufti di setiap negeri dan menggesa mereka membawa kepada Majlis Mufti agar mendesak kerajaan membatalkan kelulusan lesen judi itu," tambahnya lagi.
Sepanjang tempoh menjelang himpunan 3 Julai itu juga, dewan pemuda PAS katanya akan mengadakan roadshow ke seluruh negara bagi memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan itu.
"Sepanjang Jun ini, kita akan turun ke setiap negeri bagi memperjelaskan implikasi judi kepada rakyat negara ini dan menyeru mereka agar tidak terlibat dalam kancah perjudian tersebut," jelasnya.
0
comments
Posted by
Abu Ayyub Al Anshori at Saturday, May 15, 2010
Karnival Sukan PASTI Negeri Terengganu 2010 telah berlangsung pada 15 Mei 2010. Karnival Sukan PASTI Negeri Terengganu yang berlangsung di Padang Pak Pa, Bandar Jertih, Terengganu telah menarik perhatian Team IT Pemuda Dun Sura. Justeru itu, kami menghantar JuruGambar ke lokasi tersebut.
sumber asal dari : http://pasti-terengganu.blogspot.com/ Keputusan Karnival Sukan PASTI Negeri Terengganu : (A) Bola Sepak Johan - PASTI Dungun Naib Johan - PASTI Marang
Pertandingan yang sengit antara pasukan bola sepak Dungun & Marang yang akhirnya keputusan ditentukan dengan sepakan penalty. Kemenangan akhir berpihak kepada Dungun (3-2).
TAHNIAH kontijen bola sepak PASTI Dungun !!
(B) Bola Jaring Johan - PASTI K. Terengganu Naib Johan - PASTI Marang
Pasukan K.Terengganu memang tiada tolok bandingnya dengan mudah mengalahkan pasukan Marang di peringkat akhir dengan 15-0.
SYABAS kontinjen bola jaring PASTI K. Terenggganu !!
(C) Juara Keseluruhan Diumumkan ... PASTI Kawasan Marang.
TAHNIAH TAHNIAH !!!!
Gambar oleh Unit IT Pemuda Dun Sura p/s : Lagi gambar slide akan menyusul selepas ini...dari lensa Team IT Pemuda Dun Sura.
0
comments
Posted by
SamarQondy at Wednesday, May 12, 2010
KUALA TERENGGANU - Pemuda PAS akan adakan ceramah besar-besaran sekiranya program Rasis lagi menghasut 'Melayu Bangkit' diteruskan bagi mendedahkan sikap 'Talam Dua Muka' Umno terhadap orang Melayu.
Ia adalah kerana Umno menjadi ‘dalang’ yang menganjurkan program rasis lagi menghasut “Melayu Bangkit” yang dijadualkan pada 13 Mei 2010 ini. (gambar - Ketua penerangan DPPNT mengedarkan kenyataan media selepas membuat laporan polis)
Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak), Razali Idris yang menganjurkan program tersebut bersama Institut Integriti negeri Terengganu adalah Timbalan Ketua Umno Bahagian Marang.Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) telah membuat satu laporan polis berkaitan program tersebut di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Terengganu, dekat sini.Ketuanya, YB Ustaz Mohd Noor Hamzah berkata Pemuda PAS menganggap program “Melayu Bangkit” melanggar Akta Hasutan dan menimbulkan sentimen perkauman (Rasis).
“Hari ini, kita (Pemuda PAS) buat satu laporan polis tentang program yang dianjurkan pihak kerajaan negeri dibawah Institut Integriti bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Program ‘Melayu Bangkit’. Kami (PAS) anggap program ini dalam tiga keadaan iaitu Pertama, program ini bercanggah dengan Akta Hasutan kerana ia membentuk sentimen perkauman.
“Seolah-olah melahirkan kebencian perkauman dan menyemarakkan semula perasaan rasa marah dan permusuhan antara kaum dan mengancam keselamatan dalam negara kita.
“Kedua, program ini memberikan satu respon yang buruk terhadap bangsa Melayu. Seolah-olah, bangsa Melayu lemah, bangsa Melayu hina dan bangsa Melayu tidak memiliki maruah. Inilah penilaian yang dibuat oleh Umno terhadap bangsa Melayu.
“Ketiga, program yang dianjurkan oleh Umno ini adalah untuk menarik dan menipu rakyat kerana Umno sebenarnya pengkhianat dan bersifat hipokrit terhadap bangsa Melayu sendiri,” ujarnya di perkarangan Balai Polis IPD Kuala Terengganu sejurus selepas membuat laporan polis pada jam 9.40 pagi, hari ini, 12 Mei.
Sebenarnya, kata beliau, Umno bersikap ‘hipokrit’ (bermuka-muka) terhadap orang Melayu.
Kononya Umno memperjuangkan Melayu, namun sikap ‘talam dua muka’ Umno mengkhianati orang melayu dengan merampas royalti minyak dari kerajaan Terengganu dan Kelantan yang dipilih oleh rakyat.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong menegaskan sikap hipokrit Umno jelas apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir telah menghentikan bantuan perkapita kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR).
“Ketika dibawah pemerintahan Tun Dr Mahathir lagi bantuan perkapita Sekolah Agama Rakyat (SAR) diberhentikan serta memberi suatu ancaman besar dan tekanan hebat penindasan terhadap sekolah agama rakyat,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Wan Mohd Faizul Wan Abas menggesa pihak polis segera melakukan siasatan terhadap program “Melayu Bangkit”.
Katanya, pihak polis tidak perlu takut dan bersifat memihak, hendaklah menyiasat program tersebut kerana dikhuatiri wujud unsur-unsur jenayah dan provokasi.
“Ini jelas, apabila tajuk “Melayu Bangkit” itu dipadukan dengan tarikh 13 Mei sudah dimaklumi bahawa ianya sejarah hitam peristiwa berdarah antara kaum di Malaysia yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969,” tegasnya.
Malah, katanya badan NGO Gertak juga perlu disiasat di bawah Akta Pertubuhan bagi memastikan pengesahan pendaftaran pertubuhan berkenaan.
Beliau turut menyifatkan program seumpama itu bersifat menipu rakyat dan bangsa Melayu agar bersama-sama dengan Umno.
Menurutnya, sifat hipokrit Umno itu sehingga sanggup melanggar Akta Hasutan serta undang-undang di negara ini.
“Hakikatnya, Melayu sebenarnya perlu bangkit untuk menyedarkan Umno dan menjatuhkan Umno dalam pilihan raya yang akan datang kerana sifat hipokrit mereka (pemimpin) sehingga mereka (Umno) sanggup melanggari Akta Hasutan yang ada dalam negara kita.
“Kita (PAS) minta pihak keselamatan (polis) membatalkan segera program seumpama ini yang sebenarnya mengganggu dan mengancam keselamatan negara.
“Ini juga bercanggah dengan konsep 1Malaysia dan jika mereka (Umno) benar-benar mempunyai niat yang baik untuk menyatukan rakyat. Mereka (Umno) tidak buat berbentuk sentimen perkauman tetapi berbentuk sentimen rakyat Malaysia,” ujarnya.
Hadir sama mengiringi DPPNT membuat laporan polis Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu, Syeikh Mohd Hanafi Syeikh Abdul Aziz, Pengarah Jabatan Amal Terengganu, Ustaz Mohd Saiful Ambia Darusa serta beberapa orang Ahli Jawatankuasa Pemuda Negeri.
0
comments
Posted by
aBaBiL at Monday, May 10, 2010
KUALA LUMPUR, 10 Mei - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengucapkan selamat berjaya kepada skuad Piala Thomas negara dan berharap selaku tuan rumah, pasukan negara berjaya memenangi semula piala yang pernah dimenangi pada tahun 1992.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Al-Tantawi berkata seluruh rakyat Malaysia perlu memberi sokongan padu bagi membangkitkan semangat pemain negara merampas semula piala yang telah lama terlepas dari tangan pasukan negara itu.
"Dengan persediaan yang rapi serta kelengkapan latihan bertaraf dunia malah tenaga jurulatih juga di kalangan mereka yang cukup berpengalaman, DPPP melihat hampir tiada alasan untuk tidak membawa pulang piala itu ke Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.
Nasrudin berkata DPPP juga ingin mengucapkan selamat berjaya kepada skuad negara yang akan berhadapan dengan tentangan yang sengit terutama dari pasukan China, Indonesia, Korea Selatan dan Denmark.
"Berusaha bersungguh-sungguh demi memastikan piala yang diidamkan kembali ke dalam genggaman dan seterusnya menjadi bukti kepada dunia yang kita juga berada di kelas yang sukar digugat pada peringkat antarabangsa," katanya.
KERJASAMA YANG DINANTIKAN UMAT MELAYU
-
Mengulas kerjasama politik UMNO-PAS, Prof Datuk Dr Sivamurugan Padnian dari
USM dipetik oleh akhbar The Star hari ini (8/9/26) sebagai berkata:
"The poss...
Aduka Taruna dah ada akal rupanya
-
Aduka Taruna atau Khairulizam Abdul Ghani, masuk 45 tahun dah nampak ada
akal sekarang. Maklumlah umur dah 45 tahun kan.Saya dengar dia ada buat
video...
Catatan Dhuha april 2019
-
CATATAN DHUHA APRIL 2019 Catatan Dhuha. Hebatnya iman Saidina Abu Bakar
terbukti, apabila kafir musyrikin cuba meragukan keimanan beliau dengan
pemberitaan...
2018, ISLAM MEMANDU WAWASAN NEGARA MAJU
-
AlhamduliLlah, kita akan selamanya beruntung kerana masih diberikan nyawa
dan Islam sebagai nikmat yang paling bernilai. Menjelang detik tahun baru
2018,...
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?
-
Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada
pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian
s...
Ceramah PGU - Cikgu Normala Sudirman
-
Ceramah PAS ganti UMNO (PGU)
Pada : 01/05/2011
Hari : Ahad, 9.30 malam
Tempat : Kampung Sura Hujung (Jalan Uitm Dungun/Jalan Lapangan Terbang)
Penceramah...
Bagaimana mengenalkan Ramadhan kepada anak-anak?
-
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Selamat Datang Ramadhan...
10 hari menjelang Ramadhan, suasana sekeliling masih seperti biasa. Semua
o...
menawan puncak kinabalu 1 (politik)
-
(Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima
kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan
yang beg...
Usah terperangkap polemik Umno-BN
-
Salam Peringatan!;
KUALA TERENGGANU: Timbalan Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR), Azmin Ali
mengingatkan rakyat terutama kepada ahli-ahli Pakatan Rakyat...
Kerajaan UMNO Terengganu mengamalkan Khurafat
-
Kerajaan Negeri Terengganu menerusi Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah
membelanjakan RM390,000 wang rakyat untuk membaik-pulih bongkah Batu Penyu
di Buk...