Wednesday, May 20, 2009

PAS Dungun lancar Baitul Muslim




DUNGUN 20 Mei 2009 - PAS Kawasan Dungun melancarkan Unit Baitul Muslim bagi memberikan khidmat memudahkan urusan ahli-ahli dan penyokong PAS serta orang ramai yang sukar memilih jodoh untuk sebuah kehidupan rumah tangga Islam.

Pelancaran itu yang dilakukan oleh Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu bersempena mesyuarat agung tahunan PAS kawasan kali ke-50 yang diadakan di Madrasah Darul Bayan, Paka, 8 Mei lepas.|

Ketua Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan Muslimat PAS Dungun Kimrufirdaus Hassan berkata Unit itu dikendalikan oleh Lajnah dan Kepimpinan PAS kawasan dengan kerjasama Sekretariat Dewan Pemuda dan muslimat kawasan.

Beliau berharap unit itu mendapat sokongan anak-anak ahli dan penyokong PAS yang belum berkahwin supaya mendaftar.

Katanya, pendaftaran adalah secara terbuka dan pihaknya juga mengambil peranan secara umum untuk memastikan mereka bertemu jodoh di kalangan anggota jemaah.

“Pihak kami sedia mengadakan program untuk memberikan kefahaman Islam kepada mereka selain mengatur jodoh di antara mereka,” ujarnya_buletinonline.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy