26 Mei 2009
YB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Pejabat Menteri Pertahanan
Kementerian Pertahanan Malaysia
Tingkat 5, Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur Fax: 03: 26985372
YB Dato’ Seri,
PENYERTAAN DALAM RANCANGAN ‘HUJJAH’ DI TV9 PADA 26HB MEI 2009 JAM 9.30 MALAM
Sukacita saya menarik perhatian YB Dato’ Seri kepada perkara di atas.
Saya telah dimaklumkan oleh pihak TV9 bahawa YB Dato’ Seri telah membuat keputusan untuk membatalkan penyertaan YB Dato Seri di dalam rancangan tersebut pada saat-saat akhir oleh kerana sebab-sebab yang tertentu. Pada asalnya, saya dijadualkan akan menjadi ahli panel di dalam rancangan tersebut bersama-sama dengan YB Dato’ Seri, dengan Prof Madya Dr Agus sebagai moderator dalam rancangan tersebut pada malam ini 26hb Mei 2009 jam 9.30 malam.
aya merasakan bahawa tajuk yang akan dibincangkan mengenai ‘Politik Wang’ adalah merupakan suatu tajuk yang amat mustahak dan relevan dengan situasi sekarang, dan rakyat secara keseluruhannya amat ternanti-nanti untuk mendengar buah fikiran YB Dato’ Seri dan juga saya sebagai wakil dari PAS, untuk menangani permasalahan politik wang ini.
Oleh yang demikian, saya memandang berat keputusan YB Dato’ Seri untuk membatalkan kehadiran di dalam rancangan ‘Hujjah’ pada malam ini. Saya memohon agar YB Dato’ Seri dapat mempertimbangkan semula keputusan tersebut supaya saya dan YB Dato’ Seri dapat sama-sama mengupas dan berbincang mengenai politik wang di dalam rancangan ‘Hujjah’ pada malam ini.
Sukacita saya memberikan tempoh sehingga jam 7.30 malam ini untuk pihak YB Dato’ Seri memberikan pengesahan untuk hadir dan ikut serta di dalam rancangan tersebut pada malam ini.
Di atas kesudian dan kerjasama YB Dato’ Seri itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
YANG BENAR,
Husam Haji Musa
sumber : Kopitiam Bang Nan
Berita berkaitan :
Debat politik wang di TV9, Zahid Hamidi tarik diri
Debat Husam-Zahid malam ini tak jadi

0 comments:
Post a Comment