TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 17 FEB 2010
klik untuk besarkan
klik untuk besarkan
Kehangatan Panduria Pemuda Dun Sura kembali lagi....
Pemuda Dun Sura sekali lagi akan menganjurkan program rekreasi bermotor 'PANDURIA PEMUDA DUN SURA 2010' pada Sabtu 27 Februari 2010 ini.Program siri kedua ini dianjurkan setelah mendapat sambutan yang amat menggalakkan pada siri pertama 2007 dahulu dengan penyertaan hampir 70 buah motosikal.
"Acara dalam siri rangka 'Orang Mude Geng Kite' ini akan dibuka terhad kepada Pemuda Dun Sura sahaja yang memiliki lesen B2 yang sah dan diwajibkan berpasangan.Setiap peserta akan dibekalkan soalan yang berpandukan kata kunci di setiap laluan Panduria ini " demikian menurut Pengarah Panduria Pemuda Dun Sura 2010, saudara Mohd Yusoff Yaakob.
Menurut beliau lagi, borang penyertaan boleh didapati dari ketua pemuda di cawangan masing-masing dan juga di Pustaka Bentalib dan Kedai Gunting Nasir, Padang Jambu.Setiap penyertaan akan diberi percuma T-Shirt Panduria 2010 dan baucer petrol.
Berita berkaitan dan gambar sekitar Panduria 2007:
0 comments:
Post a Comment