Monday, February 22, 2010

Daud Che Ngah VS Shahrizat


Saksikan rakaman siaran langsung dari NTV7, Menteri pembangunan wanita dan Keluarga dihentam oleh penceramah bebas, Datuk Ustaz Daud Che Ngah berkenaaan penubuhan Rumah khas untuk wanita hamil luar nikah.

Selain itu bantahan penonton mengenai idea penubuhan rumah itu juga dapat disaksikan melalui majoriti undian SMS yang tidak bersetuju.




KUALA LUMPUR 20 Feb. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong cadangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPKKN) membina sebuah pusat penempatan bayi luar nikah dan meminta supaya langkah itu disegerakan.

Pengurus Besar Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia (YBKMM), Datuk Sheeda Romliberkata, kerjasama daripada pelbagai pihak diperlukan bagi memastikan pusat itu mampu memainkan peranannya sebagai tempat perlindungan bayi luar nikah.

"Jika dilihat daripada sudut positif, cadangan ini sesuatu yang bagus kerana mampu menyelamatkan bayi tidak berdosa daripada dibuang di tempat yang tidak sepatutnya.

"Namun, daripada sudut negatifnya, ia seakan-akan menggalakkan gejala sosial ini lebih berleluasa dalam kalangan masyarakat kita," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, pihaknya merancang membina pusat itu untuk mengelak kemungkinan bayi mati akibat dibuang selain menangani gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi.

Sementara itu Pengerusi Yayasan Suara Wanita, Tan Sri Zaleha Ismail berkata, usaha membina penempatan itu perlu disegerakan bagi mengurangkan kes buang bayi.

"Penempatan ini dapat memberi perlindungan kerana dalam keadaan sebegitu, remaja hamil luar nikah tiada tempat untuk dituju akibat perselisihan dengan keluarga," katanya.

Beliau menambah, penempatan tersebut juga boleh memberi khidmat kaunseling dan pendidikan agama kepada mereka supaya kembali ke pangkal jalan.

Ditanya mengenai kebimbangan langkah membina penempatan itu akan menggalakkan lebih ramai wanita melahirkan anak luar nikah, Zaleha berkata, usaha menyelamatkan nyawa tidak berdosa lebih penting daripada melihat mereka dibuang atau dibunuh.

Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah turut bersetuju dengan penyediaan perkhidmatan kaunseling di pusat itu, namun identiti pengadu perlu dirahsiakan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy