Wednesday, February 3, 2010

Terengganu Darul Runtuh??





Bumbung Stadium Gong Badak runtuh

Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini.

Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancul dan empat buah motosikal tertimbus.

Sementara itu, seorang wartawan sambilan - Sazali Mohd Nor - yang dihubungi Malaysia di tempat kejadian berkata, stadium yang berusia kira-kira setahun ini berkapasiti menampung kira-kira 50,000 penonton.

Baca lagi....




Siasat Masjid RM2.1 Juta Runtuh

KEMAMAN - Satu demi satu bangunan baru yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu selepas mengambil-alih pemerintahan negeri pada tahun 2004 bermasalah.

Pihak yang sepatutnya bertanggungjawab mengawal-selia sebarang pembinaan bangunan adalah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Terengganu.

Terkejut dengan kejadian bumbung Masjid Batu Putih di Kertih runtuh, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said segera mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) siasat insiden tersebut.

Beliau yang enggan mengulas lanjut turut mengarahkan agar pihak JKR negeri membuat laporan terperinci berhubung kejadian tersebut.

Baca lagi....



Perhentian bas Kuala Berang pula runtuh - Terengganu Darul Runtuh....????

Keadaan penghadang cahaya (awning) sebuah stesen bas yang dalam pembinaan yang runtuh di Hulu Terengganu, hari ini. Dalam kejadian pada kira-kira 3 petang itu panel penyambung penghadang cahaya tersebut dipercayai tercabut menyebabkan empat pekerja termasuk tiga warga Bangladesh cedera.

Bangunan Perhentian Bas Kuala Berang dekat sini runtuh kira-kira jam 4 petang tadi menjadikannya ianya yang ke empat seumpamanya di Terengganu selepas sekolah, stadium dan juga masjid runtuh sebelum ini. Menurut saksi kejadian, bahagian depan bangunan belum siap sepenuhnya itu runtuh dipercayai selepas pekerjaan pembinaannya memijak bahagian depan bangunan ketika mahu memasang cermin di atas bangunan itu.

Menurut beliau, bahagian yang terputus adalah bahagian penghubung yang dipeteri antara bangunan dengan atap depan bangunan itu.

Menurut papan tanda di depan projek tersebut, bangunan ini adalah milik Majlis Daerah Hulu Terengganu. Ia berupa projek membina dan menyiapkan terminal pengangkutan awam.

Baca lagi...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy