Tuesday, October 19, 2010

HarakahMuda - Media Baru Pemuda PAS



(Ketua Pemuda PAS Pusat)


1. Memanafaatkan keperluan IT dan mendepani cabaran era globalisasi , Dewan Pemuda PAS Malaysia kini memiliki " Media Baru "nya yang tersendiri apabila mengambil satu ruang di tengah - tengah persaingan laman sosial facebook yang semakin popular mutaakhir ini .

2. [ Harakah Muda ] yang menjadi salah satu media rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia insyaallah akan dilancarkan secara rasmi sedikit masa kelak .

3. Media ini akan dimanafaatkan sepenuhnya untuk menyampaikan maklumat , berita mengenai gerakkerja DPP di semua peringkat , artikel politik , bicara agama , nota tarbiyyah serta peraturan dan arahan tindakan semasa .

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia mensasarkan 100 ribu pengunjung tetap menjelang 30 December ini. Insyaallah , tidak mustahil Harakah Muda akan menerima kunjungan dan pembaca tetap lebih dari sejuta dalam tempoh setahun ini . Ia bergantung kepada keupayaan admin dan krew Harakah Muda untuk memastikan Harakah Muda menjadi satu lagi Media Alternatif untuk menyebarkan maklumat dan fikrah Islami yang tulen ke tengah - tengah masyarakat .

5. Harakah Muda boleh dikunjungi dan disertai di jalur [ http://www.facebook.com/HarakahMuda ] dan sebarang maklumat dan perkongsian berita , artikel dan lainnya boleh terus ke e mailnya [ harakahmuda@yahoo.com ] .

6. Sokongan dari semua anggota dan penyokong Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat di alu - alukan agar Harakah Muda dengan slogannya [ Harakah Muda : Informasi untuk Semua ] akan terus aktif sebagai media alternatif khususnya dalam usaha membina minda mendekati generasi muda negara .

7. Dengan lafaz Bismillahirrahmaanirrahim , saya lepaskan bahtera Media Baru Dewan Pemuda PAS yang bernama " Harakah Muda " ke tengah - tengah persaingan dunia maklumat agar mampu membawa agenda perubahan " menjernihkan fikrah dan mensucikan minda ummah " sehingga tegaklah kebenaran dan tumbanglah kebathilan .

8. Tentunya orientasi Harakah Muda mengutamakan "ketepatan maklumat dan menjauhi fitnah" . Ianya turut akan menyiarkan gerakkerja Dewan Pemuda PAS negeri , kawasan dan cawangan . Sementara itu , Harakah Muda dengan ini turut diisytihar sebagai menjadi lidah rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia .

9. Nota Tambahan : Buat masa ini Harakah Muda memerlukan 2 orang wartawan sukarelawan dan 2 orang juru gambar sukarelawan yang sedia berkhidmat untuk memantapkan media rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia . Kepada siapa yang berminat dan ingin mengorbankan sedikit masa , tenaga dan mungkin kewangannya bagi menjayakan hasrat ini boleh hubungi saya atau setiausaha Dewan pemuda Malaysia sdr Khairil Faizi Ahmad Kamil .


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy