Friday, October 22, 2010

Busana Muslim : Kenyataan penuh dari Dewan Pemuda PAS Terengganu


Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu menyatakan bantahan serta mengutuk tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dianggap menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu.

Tindakan Rosmah selaku penganjur majlis itu sesuatu yang keterlaluan dan Pemuda PAS mengambil sikap menentang dengan sekeras-kerasnya kerana ianya didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka menulis nama Nabi Muhammad dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

Pada festival itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik didakwa diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.Pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi "pakaian wanita jalang dan jahiliah".Sungguh memalukan dan jelas menunjukkkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam.

Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS mendesak Rosmah selaku Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival agar bertaubat dan minta maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam diatas tindakan yang melampau itu.

Pemuda PAS dengan ini menyeru seluruh pencinta Islam agar mengutuk perbuatan biadap ini dan bersama-sama bangkit mempertahankan kesucian Islam dari terus dinodai.


DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU
14 Zulkaedah 1431 / 22 Oktober 2010

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy