Tuesday, November 1, 2011

Pencerahan : Tanpa 4 Saksi Penzina Terlepas ? - DUPP


Kuala Lumpur, 31hb Okt 2011. Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali pada hari menjelaskan bahawa pandangan yang menyatakan bahawa penzina yang tidak dapat dibuktikan kesalahannya dengan empat saksi akan terlepas daripada hukuman adalah satu salah faham tentang hukumam jenayah dalam Islam.

Demikian tegas beliau ketika mengulas tentang Kenyataan Karpal Singh sebagaimana difahami daripada siaran berita Malaysiakini bertarikh 31hb Oktober 2011.

Beikut adalah kenyataan penuh beliau :

Kenyataan Karpal Singh sebagaimana difahami daripada siaran berita Malaysiakini bertarikh 31hb Oktober 2011 bahawa penzina yang tidak dapat dibuktikan kesalahannya dengan empat saksi akan terlepas daripada hukuman adalah satu salah faham tentang hukumam jenayah dalam Islam. Sebenarnya, Apabila tuduhan zina gagal dibuktikan menurut undang-undang keterangan Hudud samada menerusi kenyataan 4 saksi atau pengakuan penzina maka penzina itu boleh dihukum berdasarkan hukuman Takzir. Hal ini dijelaskan oleh Seksyen 50, ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M BAHAGIAN IX.

Teksnya adalah seperti berikut:


Seksyen 50. Takzir Sebagai Ganti Hukuman Hudud Apabila Keterangan Tidak Memenuhi Syarat-Syarat untuk Membuktikan Kesalahan Hudud.

Apabila seseorang tertuduh itu tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud kerana saksi-saksi telah menarik balik keterangan mereka sebagaimana yang diperuntukan di bawah seksyen 46 atau kerana tertuduh itu telah menarik balik iqrarnya sebagaimana yang diperuntukan di bawah seksyen 48 atau kerana keterangan yang ada tidak memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan hudud, maka tertuduh bolehlah dihukum dengan hukuman takzir; dan Mahkamah hendaklah mengambil tindakan untuk menjatuhkan hukuman itu sekiranya ada keterangan yang cukup bagi maksud itu.

Dr. Khairuddin Razali
Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy