DUN SURA 26 Nov 2011 - Penyalahgunaan premis awam dan kerajaan sebagai tempat kegiatan parti sudah menjadi kemestian buat Umno/BN dalam meraih undi rakyat.Simulasi pilihanraya Umno/BN seluruh negeri Terengganu pada hari ini terang-terangan menggunakan premis kerajaan iaitu sekolah sebagai tempat pembuangan undi.
Hasil tinjauan Team IT Pemuda Dun Sura di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura pagi ini mendapati Umno/BN Dun Sura turut menggunakan sekolah sebagai tempat pembuangan undi pilihanraya olok-olok mereka.
Antara sekolah-sekolah yang menjadi mangsa adalah Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun,Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun,Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun,Sekolah Rendah Sultan Omar dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Kwang Hwa.
Kerja-kerja membuka markaz giat dijalankan dua hari sebelum itu dengan menaikkan bendera dan poster BN.Tinjauan yang dibuat juga mendapati persiapan markaz sedikit terkejar-kejar di saat akhir yang berkemungkinan besar menunggu peruntukan terlebih dahulu terutama upah petugas markaz.
Simulasi pilihanraya Umno/BN Dun Sura dimulakan dengan majlis ceramah isu-isu semasa pada malam semalam di Arena Square,Padang Merdeka oleh penceramah jemputan dari Kelantan.
Dalam ucapan aluan oleh Penyelaras Umno Dun Sura, Datuk Wira Rosli Mat Hassan meluahkan sedikit terkilan dengan kehadiran yang kurang mendapat sambutan walaupun cuaca pada malam tersebut baik tanpa hujan seperti hari-hari sebelumnya.
Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Dungun turut memberi penekanan kepada kepentingan perpaduan dalam Umno itu sendiri dalam suasana masing-masing ingin menonjolkan diri sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang ini.
Selain itu masalah calon 'bidan terjun' Umno/BN Dun Sura juga dipersoalkan oleh beliau walaupun calon itu dilahirkan di Dun Sura tapi kurang dikenali penduduk tempatan yang disebabkan banyak masa dihabiskan diluar dari Dungun terutama di Kuala Lumpur.
0 comments:
Post a Comment