Saturday, October 10, 2009

Don't Worry, I Always Attend Your Ceramah, I Will Vote For You !


KEMPEN PEMUDA PAS BERSAMA PENGUNDI MUDA

oleh PEMUDA BERSAMA PAKATAN RAKYAT

BAGAN PINANG, 10 Okt - Calon PAS Bagan Pinang, Zulkefly Mohamad Omar yang melawat UPU Bagan Pinang, tadi meluangkan masa untuk beramah mesra dengan penduduk Bagan Pinang, sambil menyerahkan Warta untuk memberi maklumat yang tepat kepada pengundi. Dari maklum balas yang telah diterima amat menggalakkan. Rata-ratanya pengundi penyokong calon PAS itu.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Pusat dalam siri kempen untuk meraih undi pada petang tadi di Batu 4, port Dickson telah diketuai oleh Sabki Yusof, Naib Ketua Dewan Pemuda PASPusat. Maklumbalas yang terima memberi kesan positif kepada PAS. Salah seorang bakal pengundi bukan Islam yang menetap di situ berkata, “Don’t worry, I always attend your ceramah. I will vote for you.”

Berdasarkan demografi Bagan Pinang lebin 30% pengundi adalah bukan Melayu. Namun oleh kerana pengaruh undi pos yang merupakan satu pertiga daripada pemilih berdaftar, ketelusan dalam pengendalian undi pos amat penting untuk kemenangan PAS.

Satu lagi anjuran pemuda PAS di bawah Lajnah Sukan dan Kebudayaan Pemuda PAS Pusat (DACS) yang telah mengadakan "Program bersama Yasir Said" iaitu bersama juara Cup Prix Asia di Batu 6 1/2, Port Dickson.

Antara acara yang dijalankan dalam program tersebut ialah bagi 100 motor yang pertama akan mendapat minyak enjin percuma dan mendapat nasihat permotoran dan keselamatan. Selain itu, terdapat juga pertunjukan dan pertandingan aksi motor secara selamat.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy