by BATU GAJAH MARI
DUNGUN 9 Okt Jumaat - Dewan Pemuda Pas Terengganu mendakwa gejala rasuah yang berlaku di negara ini terutama melibatkan tokoh pilitik gagal dihapuskan selagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus diberi peluang memerintah.
DUNGUN 9 Okt Jumaat - Dewan Pemuda Pas Terengganu mendakwa gejala rasuah yang berlaku di negara ini terutama melibatkan tokoh pilitik gagal dihapuskan selagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus diberi peluang memerintah.
Ketuanya, Mohd Noor Hamzah berkata, selagi pemimpin UMNO mengamalkan dasar sekular yang me-ngutamakan kebendaan serta kepentingan peribadi dalam pentadbirannya, maka selagi itulah rasuah gagal dihapuskan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata, dasar sekular yang diamalkan UMNO sejak sekian lama menyebabkan pemimpin UMNO pada hari ini sebati dengan budaya tersebut.
“Selagi pemimpin serta ahli parti itu tidak menghayati serta mengamalkan Islam, selagi itulah perjua-ngan mereka akan mengutamakan kebendaan, sekali gus gejala rasuah terus berleluasa.
“Jadi, titik permulaan untuk UMNO membanteras rasuah adalah mengubah dasarnya kepada Islam kerana hanya pendekatan itulah mampu menyelesaikan segala masalah umat.
“Dasar Islam sudah ada dalam Pas yang telah menjadi matlamat perjuangan ahli dan pemimpinnya,” katanya ketika ingin menyerahkan memorandum bantahan Pemuda Pas terhadap penganjuran satu konsert hiburan di sini, semalam.
Menyentuh mengenai ucapan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Isnin lalu yang meminta pemimpin UMNO agar menghentikan budaya ra-suah bagi menyelamatkan masa depan orang Melayu, Mohd Noor berkata, perkara itu menunjukkan bahawa rasuah politik dalam UMNO sebenarnya amat parah.
“Ia diakui sendiri Tun Dr Mahathir, buktinya beliau juga menolak pencalonan Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
“Dalam hal ini jelas menggambarkan bahawa UMNO ketandusan pemimpin bersih kerana kebanyakannya sudah terlibat dengan rasuah,” katanya.
0 comments:
Post a Comment