Friday, February 11, 2011

Peranan Ikhwanul Muslimin Dalam Kebangkitan Di Mesir


Banyak dari hadis Rasulullah saw yang menunjukkan Baginda melontarkan pandangan futuristik mengenai kebangkitan Islam dan sunnah dalam perjuangan menegakkan Islam. Lantaran itu, mereka yang berpegang teguh meyakini bahawa Islam kembali bangun ketika ini. Di sebalik pelbagai cabaran yang ditekankan ke atas umat Islam, dunia dikejutkan dengan kebangkitan khususnya di Mesir yang tidak pernah disangkakan. Ikuti temubual ringkas Wartawan Harakah Kedah, IZWAN ABDUL HALIM dengan Setiausaha Dewan Ulama PAS Kedah, Ustaz Muhd Zainul Asri Romli.

HARAKAH: Sekian lama umat Islam khususnya di Mesir ditekan oleh regim pemerintahan dan hidup dalam ketakutan. Jadi bagaimana boleh berlakunya kebangkitan pada skala yang membuka mata dunia ini?

USTAZ ZAINUL ASRI: Ceritanya sebab “al-waktu juz ‘un minal ‘ilad” maknanya waktu itu sebahagian daripada rawatan iaitu masa yang menentukan. Islam ini sifatnya macam buah, buah ni kita tak boleh kelam kabut atau sifat isti’jal. Sebab apabila kita kalut, kita isti’jal, kita nak hasil cepat sebelum masanya, ketika itu kita akan dihukum dengan kita tidak dapat langsung perkara yang kita hajat. Isu di Mesir ini pangjanglah, Ikhwanul Muslimin telah pun menyampaikan dakwah dalam masa yang cukup panjang dan mereka bukan berdepan semata-mata musuh biasa, tetapi musuh Islam antarabangsa.

Dari zaman British masuk ke Mesir, Hassan al-Banna melihat ancaman Barat ini hingga tertubuhnya Ikhwan. Keadaan sangat dahsyat kerana serangan Barat telah mengubah kehidupan masyarakat daripada Islam kepada sekular. Ikhwan membawakan Islam, dengan sifat Islam adalah kebenaran dan dakwah disampaikan dengan cukup indah, jadi mudah pengaruh Ikhwan itu berkembang cepat di Mesir. Tapi bila perkembangannya cepat, ia menjadi ancaman pula kepada penjajahan ‘ghazwatul fikr’ (serangan pemikiran) kerana bukan orang asing memerintah, tetapi kerajaan ini adalah kerajaan boneka kepada penjajah. Jadi akhirnya, pengarahan dari musuh antarabangsa untuk tembak Hassan al-Banna, beliau terkorban dan Ikhwanul Muslimin diharamkan.

Ikhwan juga mengorbankan begitu banyak amilinnya di medan dakwah itu sebagai syuhada. Walaupun Ikhwan diharamkan, dakwah Islam tidak pernah berhenti. Jadi kita ambil pengalaman ini bahawa di Mesir sistem demokrasi berparlimen itu berjalan. Ikhwan tidak memboikot sistem ini, mereka melibatkan diri dengan demokrasi. Dulu mereka diharamkan, jadi mereka masuk pilihan raya menggunakan kaedah tahaluf siyasi bersama dengan Parti Buruh.


Bagaimana Ikhwan terus ‘survive’ dalam suasana itu?

Dalam penglibatan dengan Parti Buruh, dakwah berjalan hinggakan berjaya mengubah pola fikir pimpinan Parti Buruh ini kepada Islam. Jika dilihat perjalanan demokrasi di Mesir memang cukup dahsyat. Penipuan mereka terang-terangan, kita di Malaysia penipuan sembunyi-sembunyi. Parti kerajaan menipu dalam pilihan raya; culik calon, larikan peti undi. Tapi Ikhwan tetap sabar dan terus berjuang, bertahun-tahun terlibat dengan Parti Buruh tiada ‘stand’ khusus macam kita PAS di Malaysia, akhirnya orang menilai Ikhwan adalah yang baik.

Rakyat Mesir tahu Ikhwan orang-orang yang baik, bukan sanggup mengorbankan masa, bahkan nyawa. Jadi pengaruh Ikhwan berkembang di kalangan parti pembangkang. Jadi, banyak tekanan ke atas Ikhwan oleh pemerintah. Tetapi, tekanan ada hikmah, mereka bergerak dalam keadaan ditekan, usrah mereka rahsia. Namun, dakwah mereka nampak, gerakerja tanzim mereka tersusun, mereka dapat menyusun strategi yang cukup hebat. Di Mesir, ‘Special Branch’ (SB) cukup ramai. Anak takut nak cakap pasal Islam kerana bimbang bapanya SB, bapa pula takut nak cakap pasal Islam kerana bimbang anaknya SB.

Tetapi, Ikhwan lebih bijak daripada SB, gerakerja mereka sangat tersusun. Rakyat Mesir ni, kalau kita tahulah, mereka hanya bangkit kalau diganggu ‘periuk nasi’ mereka. Kalau (harga) roti naik walaupun seringgit, mereka akan bangun berdemonstrasi. Isu di Mesir sekarang ini orang tidak tahu siapa perancangannya, tiba-tiba dilihat bangkit. Orang melihat ini kebangkitan rakyat, siapa di belakangnya? Inilah kehebatan Ikhwan. Jadi sebenarnya, tekanan itu menjadi satu ‘sekolah’ untuk mereka menyusun satu gerakan yang hebat.

Orang melihat ini kebangkitan rakyat, bukan Ikhwan, tetapi setelah melalui proses yang cukup panjang. Maknanya, waktu ini, waktu yang sesuai untuk berlaku, buah sudah pun masak. Maknanya, sabarnya menggerakkan Islam dan menyampaikan dakwah, dan umum juga melihat Ikhwan bukan gerakan pelampau. Mereka tidak menentang kerajaan secara militan, tetapi secara berdepan melalui kaedah yang diizinkan undang-undang. Kesabaran mereka berjuang, mereka menjadikan demokrasi sebagai ruang, kalau boikot tentu suara Islam tidak sampai dalam parlimen. Itulah pendekatan yang kita boleh belajar daripada Ikhwan. Kebangkitan ini akan menyebabkan Hosni Mubarak turun.


Para tokoh gerakan Islam yakin bahawa abad ini adalah abad untuk Islam. Adakah kebangkitan ini titik baru dalam fasa tersebut?

Sahabat Nabi, Abu Hurairah pernah menyebut mengenai pemerintah Mesir namanya ‘HaaMiim’. Pemimpin ini adalah pemimpin diktator yang disebut daripada hadis juga tetapi Abu Hurairah mengucap secara asal. Jadi HaaMiim ini memerintah secara kuku besi dan akan digantikan oleh Raja Mesir dipanggil ‘Penguasa Mesir’. Rupa-rupanya, HaaMiim ini Hosni Mubarak, Haa tu Hosni, Miim itu Mubarak. Inilah mukjizat Nabi saw. Apakah kepentingan Mesir? Realitinya kebangkitan Islam ini akan berlaku di tempat mulanya, susur galurnya, begitu kerana Nabi-nabi ramai dari sana.

Kalau kita lihat tentera Mesir, mereka tentera paling kuat di Timur Tengah. Mesir ini digelar dengan ‘Abul Kinanah’, Kinanah ini sarung untuk anak-anak panah, maknanya kekuatan Islam di situ. Sebabnya, sejarah besar macam kita tahulah. Tetapi Yahudi melalui Perjanjian Camp David telah mengikat Mesir. Sebab, bila dia dapat ‘pegang’ Mesir, dia akan boleh memperkotakkatikkan banyak negara. Jadi bila keadaan ini berubah, yang paling takut sekarang adalah Israel. Jadi macam yang kita dengar, Israel telah hantar polisnya untuk berdepan kebangkitan rakyat Mesir.


Kita lihat dari kebangkitan ini pihak regim pemerintah juga mengekang. Kesannya, pertembungan yang menumpahkan darah. Apakah yang boleh ustaz ulas mengenai hal ini?

Sunnah. Ini sunnah perjuangan, ia kena mati! Di Malaysia juga barangkali begitu macam Memali. Perkara ini, Islam hendak naik, akan ada mati, mati ini sunnah perjuangan. Kalau kita tak mahu ‘menghadiahkan syuhada’ di medan perjuangan ini, Islam tak dapat naik. Pertempuran ini kerana musuh tak akan beri mudah kemenangan kepada Islam.


Pada pandangan ustaz, apakah pengaruh kebangkitan ini kepada kita di Malaysia?

Memang kalau lihat Pilihan Raya Kecil Tenang baru ini, orang Cina khususnya beri undi kepada kita. Kerana apa? Ini sejarah yang berulang, China ada pengalaman diperintah oleh Permaisuri dan itulah berakhirnya kehebatan China. Isunya, perempuan menguasai di Tunisia, isteri kepada Ben Ali, Leila. Di Mesir isteri Mubarak, Suzanne Mubarak sebenarnya yang memerintah. Malaysia sama juga, Rosmah (Mansor). Nilai itu sama sahaja Rosmah, Suzanne dan Leila. Jadi kita di Malaysia ni ada optimis, sebagai satu penawar dan semangat, pemerintahan sekarang ini (BN) akan berakhir. Cuma bentuk macam mana, wallahu’alam.


Akhir sekali nasihat ustaz kepada para pejuang Islam, persediaan bagaimanakah yang perlu ada dalam menghadapi kebangkitan ini?

Kesediaan ni perlu bersedia untuk menerima kemenangan. Tetapi kemenangan ini ia akan sampai setelah kita guna seluruh potensi yang kita ada. Kalau kita bawa kereta mampu tekan kelajuan 160, maka kena tekan habis. Barulah kemenangan itu kita dapat. Tapi kalau kita masih bersahaja, buat daftar pemilih pun tidak bersungguh, maknanya kita tidak bersedia untuk menang. Di Mesir itu kerana mereka guna sungguh seluruh potensi yang ada. Jadi kesediaan kita untuk menerima kemenangan kita kena ukur sejauh mana kita telah bekerja untuknya.


sumber :
Harakah Kedah

8 comments:

Anonymous said...

Smm panel
Smm Panel
iş ilanları
instagram takipçi satın al
Hirdavatci Burada
beyazesyateknikservisi.com.tr
servis
tiktok jeton hilesi

mrbahis on December 21, 2022 at 4:40 AM said...

Good content. You write beautiful things.
vbet
taksi
sportsbet
korsan taksi
hacklink
hacklink
vbet
sportsbet
mrbahis

slot siteleri on December 31, 2022 at 8:20 AM said...

Good text Write good content success. Thank you
mobil ödeme bahis
betpark
betmatik
kibris bahis siteleri
kralbet
poker siteleri
bonus veren siteler
tipobet

aslı said...

ısparta
muş
ardahan
eskişehir
afyon
LCO8X3

kutay said...

adıyaman
aydın
mardin
ığdır
antakya

NSCPL

burak said...

diyarbakır
niğde
urfa
ısparta
amasya

186ZG3

ilayda said...

hatay
tunceli
amasya
manisa
ağrı

87PJ

jale said...

salt likit
salt likit
X21

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy