Wednesday, July 22, 2009

Disebalik industri geragau

0 comments
oleh : bluehikari.com

Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.

Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.

Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.

Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.

Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.

Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?

Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.

Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.

Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.
Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..

Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!

Read full story

Jayakan Himpunan Mansuh ISA

0 comments
oleh: Ustaz Nasarudin bin Hassan At-Tantawi
Ketua Pemuda PAS Pusat



1. Tarikh 1 Ogos 2009 adalah tarikh yang mesti dipahat dalam sejarah . Tarikh yang memansuhkan akta drakonian negara dengan himpunan raksasa seluruh rakyat prihatin menentang kezaliman di ibu negara KL jam 2 pm [ Sogo , Masjid Jamek , KL Central ] .

2. Serentak tarikh ini juga , semangat solidariti ummah bangkit berhimpun untuk menentang semua bentuk kezaliman termasuk tragedi yang menimpa Teoh setelah dijumpai terbunuh di Plaza Masalam sejurus disiasat oleh SPRM.

3. Saya harap seluruh rakyat dapat sebarkan maklumat ini dan pastikan semua dapat turun bagi mendesak agar undang - undang lapuk [ ISA ] dimansuhkan dan pihak yang melakukan kezaliman serta mengakibatkan penderitaan dan kesengsaraan rakyat dikutuk dan dicemuh secara keras sehingga menghentikan segala peluang dan menutup segala pintu yang menghela mereka melakukan kezaliman .

4. Khasnya Dewan Pemuda PAS Kawasan dan Negeri dapat memobilisasi seramai mungkin anggota mereka dan para pemuda yang anti kezaliman dan simpati kepada mangsa kezaliman untuk turut serta dengan yakin , semangat dan tabah .

5. Wahai Pemuda Insaf ! kalianlah sandaran rakyat dan negara untuk menyaksikan segala kesengsaraan akibat ISA yang zalim ini lenyap . Tenaga kalian yang gagah , semangat kalian yang waja dan cita - cita kalian yang tinggi menjadi harapan bernaung golongan mustadhafin [ orang yang lemah dan tertindas ] .



Read full story

Tuesday, July 21, 2009

Tangkap Foto SB, Siarkan Dalam Media

0 comments
SAARI SUNGIB | abuurwah@gmail.com
Wed | Feb 21, 07 | 12:12:18 pm MYT

Satu lagi teknik yang digunakan oleh CIA di Guantanamo Bay (Teluk Guantanamao) dan digunakan oleh SB semasa soal-siasat ISA adalah teknik 'we know all'.Bahkan inilah teknik yang paling sering digunakan oleh Pegawai Penyiasat (IO) dalam bilik soal-siasat.

SB serba tahu

Hampir semua SB telah 'dibrainwash' oleh 'boss-boss' mereka untuk percaya bahawa mereka tahu segala-galanya di negara ini. Bahkan mereka dijadikan untuk betul-betul beriman bahawa mereka adalah pihak yang menentukan semua perkara di Malaysia. Paling malang terdapat ramai di kalangan orang awam termasuk aktivis juga berfikir bahawa SB mengetahui segala-galanya.

Itulah sebabnya jika anda bertemu dengan setinggi-tinggi SB dan serendah-rendah SB, sama ada dalam keadaan biasa apatah lagi dalam bilik soal-siasat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mereka akan mengatakan perkara yang sama, iaitu mereka tahu dan merekalah yang menentukan segala-galanya di negara ini.

Dengan itu, tidak hairan jika anda bertemu dengan boss nombor wahid SB yang mengatakan bahawa SB tahu dan menentukan segala-galanya di Malaysia. Demikian juga, jika anda bertemu dengan seorang prebet atau kopral SB, beliau juga akan berkata dalam lenggok bahasa yang sama seperti boss nombor wahid tadi.

baca artikel penuh...

ikuti kenyatan terkini Presiden PAS berhubung ISA dan pengalaman Saari Sungib sebagai tahanan ISA ... di sini

Read full story

UMNO tidak ikut Islam

0 comments
SHAH ALAM – Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib mendakwa pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama 50 tahun tidak mengamalkan prinsip asas keislaman kerana banyak banyak mencabar ayat-ayat suci al-Quran dan Sunnah.

Beliau berkata, ini dapat dilihat pelbagai masalah yang dihadapi kerajaan sekarang seperti keselamatan, jenayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan dan sebagainya.

“Masalah ini terjadi kerana kepimpinan BN tidak menghayati kandungan Islam yang sebenar. Jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan Allah dan menabikan Muhammad SAW, landasan sebenar perlu dituruti.

“Kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain?” katanya, semalam.


Sekiranya dibandingkan dengan kepimpinan Pas, beliau berkata, Pas memperjuangkan Islam agar menjadi akidah kepada negara dari segenap segi sama ada dari sudut pentadbiran, kehakiman atau sebagainya.

“Pendek kata, apa sahaja yang terkandung dalam dua kalimah syahadah iaitu ‘tiada tuhan disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah’ akan diaplikasikan oleh Pas bukan sahaja dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara,” katanya.

Menurutnya, situasi sebeginilah yang membezakan antara UMNO dan Pas memandangkan dasar serta matlamat perjuangan yang dibawa jauh berbeza.

“Kita dapat lihat kepimpinan negara, terang-terangan menolak hukum Allah,” katanya.

Beliau berkata, UMNO membenarkan ‘Riddah’ atau murtad: berleluasa di samping mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.

Harun berkata, sekiranya hanya menghebohkan soal pembinaan masjid, semua dunia membina rumah Allah itu, namun pentadbiran mereka sama juga tidak mengikuti ajaran Islam.

“Status kedudukan pemimpin di negara barat dan timur yang sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO di Malaysia ini,” katanya.

Menurutnya, sekiranya masih wujud benih keimanan dalam hati pemimpin UMNO, beliau merayu mereka kembali bertaubat ke jalan Allah SWT.
Read full story

Monday, July 20, 2009

Isra & Mikraj : Mukjizat Pengembaraan Bertaraf Rasul

0 comments
written by :
USTAZ NASRUDIN HASSAN TANTAWI
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Isra’ dan Mikraj adalah merupakan satu mukjizat pengembaraan seorang Insan bertaraf Rasul untuk mengadap Tuhannya Qadhi Rabbul Jalil .

Ulama’ berbeza pendapat dalam menentukan tarikh tepat berlakunya peristiwa agung ini. Al Imam An Nawawi dan Al Qurtubi mentarjihkan pandangan yang meletakkan tahun kelima An Nubuwwah sebagai tahun berlakunya Isra’ dan Mikraj.

Sementara pandangan yang menyebut bahawa Isra’ dan Mikraj berlaku pada tanggal 27 Rejab tahun kesepuluh An Nubuwwah pula ditarjih oleh Al A’llaamah Asy Syeikh Mansur Puri .

و الله أعلم بالصواب

Apa yang menarik , ( menurut pandangan yang kedua ) peristiwa Isra’ dan Mikraj ini berlaku pada tahun yang dikenali sebagai tahun dukacita . ( عام الحزن)

Tahun Dukacita ( عام الحزن )

Ada 3 peristiwa penting yang mengheret Baginda Rasul saw. ke kancah rasa dukacita yang sangat mencengkam jiwa dan perasaan.

Kewafatan Saidatina Khadijah Rha.
Kematian Abu Talib.
Peningkatan kadar tekanan dan ancaman.

baca penuh ...

Read full story

Saturday, July 18, 2009

Kematian Teoh : DPPP Akan Serah Memo Kepada Agong

0 comments
NYZA AYOB Sat | Jul 18, 09 | 12:53:34 pm MYT

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi melakukan siasatan ke atas kes kematian Teo Beng Hock yang dipercayai terjatuh dari bangunan pejabat Suruhanja Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketuanya, Ustaz Nasruddin Hassan menegaskan penubuhan suruhanjaya tersebut amat penting kerana rakyat mengharapkan satu siasatan rapi, telus dan bertanggungjawab diambil oleh pihak kerajaan untuk menyiasat tragedi ini.

Dalam pada itu, beliau turut mencabar agar Pengerusi SPRM, Dato' Seri Ahmad Said Hamdan segera meletakkan jawatan bagi membolehkan satu penyiasatan telus dan teliti dilakukan.

Jelasnya, Ahmad Said mestilah mengambil tanggungjawab atas tragedi yang berlaku ke atas setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah itu.

Nasruddin yang dihubungi Harakah melahirkan kekecewaan kerana sehingga hari ini terlalu banyak tragedi malang seperti kes cedera dan kematian dalam tahanan.

Beliau menegaskan menjadi tanggungjawab penuh pihak yang menahan, menjaga keselamatan dan kebajikan tahanan sebelum ia disabitkan bersalah.

"Sekalipun pihak yang menahan tidak melakukan pembunuhan tersebut, keselamatan tahanan tetap di bawah jagaan mereka selama ia masih dalam tahanan atau premis tahanan.

"Seharusnya peristiwa seperti ini tidak berlaku apalagi dalam kawasan pihak yang menahan. Malangnya di negara kita hari ini , siapa jua yang ditahan tidak mempunyai jaminan keselamatan diri. Mereka seperti dihukum terlebih dahulu sebelum mereka disabitkan bersalah," katanya.

Sehubungan itu, kerajaan wajib mengeluarkan satu kertas putih berkaitan perkara ini memandangkan sudah banyak kes yang melibatkan kematian dalam tahanan. - mns_
Read full story

Friday, July 17, 2009

Sekitar Himpunan Bantah Kematian Misteri Teo Beng Hock.

0 comments
SPRM dan pimpinan BN wajib jawab kes kematian Teo

SHAH ALAM, 17 Julai (Hrkh) - Polis bertindak ganas ketika meleraikan 500 orang yang berhimpun di luar bangunan Plaza Massalam mendesak supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian pembantu exco kerajaan ngeri Selangor, Teo Beng Hock.

Perhimpunan itu dimulakan dengan ucapan daripada Adun Sekinchan (DAP), Eng Suee Lim yang menegaskan himpunan itu bertujuan menyatakan bantahan terhadap SPRM kerana secara terang-terangan telah menyebabkan kematian pembantu (PA) exco Selangor.

Menurut beliau, kematian itu bukan saja merupakan satu penghinaan tetapi telah mencabar kerajaan Pakatan Rakyat malahan pegawai yang bekerja dengan Pakatan Rakyat.

Klik DI SINI untuk berita sepenuhnya....















Read full story

Umno-BN hanya faham bahasa demonstrasi!

0 comments
Oleh Ahmad Lutfi Othman


Sejak awal PPSMI dilaksana secara gopoh-gapah, tanpa didahului kajian menyeluruh, tanda singkat fikiran. Idea Dr Mahathir Mohamad itu tidak berani disanggah terutama oleh pemimpin Umno-BN (yang kini mahu mengubah persepsi rakyat bahawa pemansuhannya atas inisiatif Umno) walaupun ada bantahan kecil di sana-sini ketika mula diperkenalkan.


Kerajaan BN ternyata sukar untuk mengerti bahasa perbincangan dan perundingan. Ia hanya tersentak apabila suasana menjadi riuh-rendah, ramai tokoh bahasa turun padang menentang, manakala pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO mengatur road-show untuk menarik seramai mungkin rakyat prihatin menunjuk marah dan protes di jalan-jalan raya.

Percayalah, jika hanya bersandarkan alasan rasional yang dikemukakan dalam bilik berhawa dingin, PPMSI pasti tidak akan dimansuhkan. Tembakan gas pemedih mata dan pancuran air kimia juga menjadi saksi bagaimana penguasa bebal akhirnya dapat dijinakkan, sekurang-kurangnya buat sementara waktu. Ya, asakan dan tekanan politik juga yang digeruni dan difahami penguasa.

Namun, seperti rungutan Pak Samad Said, bahawa yang tetap diutamakan masih bahasa Inggeris apabila diperuntukkan RM5,000 juta untuk memperkukuhkan pengajaran dan pembelajarannya. Nasib bahasa Melayu terus terpinggir. Ramai lupa, tanpa PPSMI pun, kedudukan bahasa Melayu sudah begitu rendah dan tidak dipedulikan dalam banyak sektor penting. Apatah lagi jika pemansuhan PPSMI hanya setakat Tingkatan Lima, dan kemudiannya bahasa Melayu dipandang sepi di peringkat pengajian tinggi.

Pada 1 Ogos nanti, satu lagi himpunan raksasa (yang dijangka lebih besar daripada demonstrasi Bersih dan PPSMI) mendesak mansuhkan ISA bakal berlangsung. Ramai salah faham bahawa ISA hanya musuh kepada aktivis yang tidak selari dengan kerajaan. Rakyat seluruhnya teruk menderita (walaupun mungkin ramai tidak menyedarinya) dikongkong akta puaka ini.

Harakah cuba bersama-sama untuk memastikan himpunan Sabtu 2 petang itu dapat dijayakan dan Najib Razak sendiri akan lebih faham apa yang perlu diutamakannya. _
Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy