Thursday, July 30, 2009

Perginya sebutir permata menyinar

0 comments

BUKIT CHATAK – Suasana sedih menyelubungi Tanah Perkuburan Syed Yahaya Ahmad dekat sini apabila dua rakan karib yang menemui ajal setelah terbabit dalam satu nahas jalan raya yang meragut nyawa mereka malam kelmarin dikebumikan serentak selepas solat Zuhur, tengah hari semalam.

Jenazah Muhammad Hamizan Radin dan Mohd Sulaimi Sau-lamit, masing-masing 17 tahun, disemadikan di dalam dua liang lahad berbeza dengan jarak kira-kira 50 meter antara satu sama lain.

Suasana bertambah sayu apabila bacaan talkin yang dibacakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sura, Wan Hassan Mohd Ramli menyentuh hati mereka yang hadir, sama ada ahli ke-luarga ataupun rakan terdekat untuk memberi penghormatan terakhir pada jenazah arwah.

Menurut bapa Allahyarham Hamizan, Radin Deraman, 55, kali terakhir dia menemui anak bong-sunya itu sebelum mangsa bertolak ke Kuala Terengganu untuk menemani rakannya yang turut terkorban dalam nahas berkenaan.


“Ayah mana yang tidak sedih apabila anak disayangi pergi buat selama-lamanya, lebih-lebih lagi pemergiannya dalam satu tragedi yang menyayat hati, na-mun sebagai hamba-Nya, saya reda dengan ujian ini.

“Arwah ketika hayatnya amat meminati bidang sukan, banyak piala yang dimenanginya sama ada pada peringkat sekolah, daerah malah hingga ke pe-ringkat negeri.

“Sepanjang pembabitannya dalam bidang sukan, dia banyak mengharumkan nama sekolah, sebagai ahli keluarga, kami turut merasakan pemergiannya, apatah lagi dia adalah anak bongsu,” kata Radin yang masih sugul dengan pemergian anak kela�pannya itu.

Sementara itu, Guru Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Omar, Noor Azam A Majid, 52, yang ditemui ketika menziarahi jenazah arwah berkata, Allahyarham Hamizan adalah atlet harapan seko-lahnya.

“Dia adalah seorang pelajar Kelas 5F yang mempunyai bakat besar dalam bidang sukan, terutama dalam acara olahraga, arwah diibaratkan sebutir permata yang sedang menyinar, pemergiannya satu kehilangan bagi kami dan turut diratapi seluruh warga SMK Sultan Omar,” katanya.

Allahyarham maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah apabila mo-tosikal yang ditunggangnya di-percayai dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

Kejadian berlaku di Kilometer 61.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berdekatan Stesen Petronas Rantau Abang, kira-kira jam 11.20 malam kelmarin.
Read full story

Wednesday, July 29, 2009

BN sengaja pecah belahkan Pas: Mahfuz

0 comments

SHAH ALAM - Pas mendakwa pemimpin Barisan Nasional (BN) memutarbelitkan kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat susulan kesediaan Menteri Besar Kelantan itu untuk melupakan sengketa dengan Kerajaan Pusat.

Naib Presidennya, Mahfuz Omar berkata, beliau tidak nampak kewajaran Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk mengeluarkan kenyataan seolah-olah kerjasama politik antara Pas dan BN akan berlaku dalam masa terdekat.

Menurutnya, pendapat yang dikeluarkan pemimpin BN berhubung dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan itu tidak lebih daripada mahu melihat Pas dan rakan Pakatan Rakyat (PR) berpecah dengan isu yang dibangkitkan parti itu.

“Saya percaya isu ini diputarbelitkan, apa yang Tok Guru maksudkan, ialah isu Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri, bukan hubungan UMNO-Pas, selama ini Kerajaan Pusat meminggirkan Kerajaan Negeri melalui pelbagai cara dan kaedah,” katanya.

Beliau berkata, kalau hendak diadakan pertemuan sekalipun, hanya akan berlaku antara Exco Kerajaan Negeri dan menteri yang berkenaan, Yang dia (Muhyiddin) hendak bawa dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO apa perlunya?” katanya.


Beliau berkata ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin yang menyambut baik kenyataan Nik Aziz yang mahukan Kerajaan Negeri dan Pusat itu melupakan sengketa lama, sekali gus membuka pinta kerjasama kedua-dua parti itu.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, BN kini berada dalam keadaan sangat terdesak sehingga sanggup membuat kenyataan segera berikutan isu yang dijelaskan Menteri Besar Kelantan itu.

“Apa perlunya BN mengungkit kembali soal kerjasama parti seperti penubuhan kerajaan perpaduan, isu ini sudah lama ditutup, mereka ini dalam keadaan sangat terdesak dan memerlukan sokongan, saya boleh anggap BN dan UMNO ini sudah ‘gila talak’.

“Yang pasti apa yang digembar-gemburkan pimpinan BN berhubung dengan isu ini adalah tidak lebih untuk mengalih perhatian kes kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock yang masih dalam siasatan polis,” katanya.

sinar
Read full story

Tuesday, July 28, 2009

Pengarah P.Raya Permatang Pauh dilokap

0 comments




Che Amat bin Hashim atau lebih mesra dengan panggilan manjanya Pak Tam dilokap di balai polis Bukit Mertajam di Perda. Beliau adalah Pengarah Pilihanraya Permatang Pauh dan juga seorang Ahli Majlis MPSP. Seorang ispektor polis Bukit Mertajam telah menghubungi beliau untuk hadir ke balai polis Bukit Mertajam, Perda dengan segera.



Beliau terkejut kerana polis mendakwa beliau atas 7 pertuduhan. Beliau juga terkejut kerana 20 wartawan telah penuh berhimpun di balai polis tersebut. Wartawan memberitahu bahawa mereka telah menerima sms dari polis mengatakan 5 orang PKR akan didakwa.


Pak Tam didakwa kerana kononnya menganjurkan ceramah pada 24 Mei 2009 ketika pilihanraya kecil Penanti telah mengundang penceramah yang tidak ada dalam senarai permit.


Penceramah tersebut adalah Dr Mansor Othman (calon Penanti), Yb Saifuddin Nasution, YB Zuraidah, Ustaz Hassan Razak, YB Abdullah sani, YB Manikumar dan YB Gobalakrisnan. Pak Tam didakwa di tempat yang berbeza antaranya Mengkuang Semarak, Mengkuang Titi, depan Masjid Kubang Semang dan Guar Perahu.


Beliau didakwa dibawah akta Polis 1967. Jika disabit kesalahan beliau boleh dikenakan denda RM2,000.00 hingga RM10,000.00 atau penjara setahun untuk setiap kesalahan. Beliau tidak mengaku salah.


Beliau telah dilokap hampir 5 jam di balai polis Bukit Mertajam. Beliau akhirnya dijamin dengan setiap pertuduhan RM2,000.00. Bermakna beliau telah diikat jamin sebanyak RM14,000.00.




Sebutan kes pada 27 Ogos 2009 di Mahkamah Bukit Mertajam di Jalan Betik. Saudara Mazlan Ketua UKP dan Amer Ghazali Ketua AMK Permatang Pauh berkata mereka akan mobilisasi seramai mungkin penyokong PKR dan Pakatan Rakyat untuk menyatakan sokongan kepada Pak Tam pada hari perbicaraan tersebut.

Sementara itu saudara Jalil dan Johari penggerak utama PKR di Permatang Kg Rawa, Permatang Pauh berkata ini adalah kes yang pertama kita dengar dan




ini berlaku dalam 100 hari dibawah Najib. Ternyata Najib dalam keadaan tertekan kerana dakwaan ini datang dari laporan polis di Putrajaya.

Pak Tam berkata beliau tidak gentar sama sekali menghadapi 7 tuduhan ini. Anwar Ibrahim telah mengarahkan peguam Praba sebagai peguam bela kes ini. Pak Tam juga berkata... "lagi diugut lagi lawan". Lawan Tetap Lawan.
Read full story

Pas jangka perpecahan pemimpin UMNO

0 comments

KUALA TERENGGANU - Pas menjangkakan perpecahan pemimpin UMNO Terengganu tidak akan selesai sampai bila-bila, meskipun parti itu berusaha memperbaiki keadaan dan mengembalikan kekuatan mereka.

Pengarah Pilihan raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, punca utama keadaan itu adalah disebabkan sikap pemimpin UMNO sendiri terlalu mementingkan kebendaan dan jawatan tertentu hingga sanggup mengabaikan perjuangan parti.

Sehubungan itu katanya, Pas yakin akan dapat menawan semula Terengganu daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti dan mengembalikan kegemilangan pemerintahan parti itu di negeri ini.


"kita mampu tawan Terengganu nanti, keyakinan ini berasaskan kepada keadaan UMNO yang berpecah- belah dan tidak bersatu antara satu sama lain, selain beberapa kelemahan pentadbiran berlaku dalam kerajaan BN,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Ariffin, bagi merealisasikan hasrat itu, pihaknya telah memulakan kerja menyusun pelbagai strategi dan rancangan terbaik bagi menawan Terengganu tanpa menunggu saat-saat akhir pilihan raya umum.

“Kami melakukan kerja dengan menyusun strategi ataupun rancangan tertentu untuk menawan hati dan sokongan rakyat lebih awal dan ia adalah usaha secara berterusan dibuat jentera parti.

“Pas negeri ini mempunyai kekuatan tersendiri dan kemenangan tipis pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai tidak boleh dijadikan ukuran sokongan rakyat terhadap Pas,” katanya.
Read full story

Monday, July 27, 2009

Apabila Pak Lah kata mansuh ISA...

0 comments

Akhbar Siasah keluaran terbaru (26 Julai�1 Ogos 2009) memetik Perdana Menteri ke-5, Dato' Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) dalam ruangan 'Cakap-Cakap Pemimpin' dengan tajuk 'Mansuhkan ISA' sebagai berkata: "ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru dalam melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA.

"ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan."

Apa diperkatakan Pak Lah begitu mempesonakan. Betulkah ini Pak Lah? Saya tidak mahu membuat apa-apa komentar sebaliknya menyiarkan kembali tulisan lama saya di ruangan ini, bertarikh Jumaat, 5 Oktober 2005 (ketika Pak Lah masih berkuasa) dengan tajuk 'Pak Lah, isteri beraya; tahanan ISA sekeluarga merana'. Sila lihat http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=10163&Itemid=76

Pak Lah dan isteri beraya, tahanan ISA dan keluarga terus derita, bebaskan mereka, kembalikan ke pangkuan keluarga.



Pak Lah and wife celebrate Hari Raya, ISA detainees and family suffer. Release them now, return them to their families.

Tulisan di dua kain pemidang putih yang dipamer aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di pekarangan OCBC berhampiran Stesen LRT dan Masjid Jamek, jam 12:00-12:30 tengah hari Jumaat, 5 Oktober, cukup untuk menceritakan kisah derita mangsa dan keluarga tahanan ISA.

Panas terik mentari tidak memadamkan semangat kira-kira 10 aktivis � lelaki dan perempuan � berdiri gagah mempamerkan kain rentang dan sepanduk kepada ratusan warga kota yang berpusu-pusu menuju masjid dan keluar beramai-ramai pada waktu rehat tengah hari.

Sebahagian besar, melihat sepintas lalu, mengangkat kaki dan pergi. Ada pemandu, membunyikan hon tanda simpati.

Kebanyakannya tidak mengerti, tetapi bagi yang terbabit, derita dan kesedihan ditanggung berpanjangan, sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Ramadan hanya berbaki kurang seminggu, anak isteri masih mengharap kepulangan insan tercinta, nun berada di Kamunting sana. Debaran anak-anak menunggu raya kian memuncak, mengharapkan belaian dan pelukan abah di pagi mulia, tetapi dari sehari ke sehari, harapan itu kian tipis, bertukar hampa.

Tergenanglah air mata, tatkala tabir bergema 'Allahhu Akhbar, Allahhu Akbar, Allahhu Akbar walillah ilhamd'. Si ibu pasti kehilangan punca, sukar mengawal perasaan dan keadaan. Maka berpeluk-pelukanlah anak beranak itu�apakan daya, musnah segala harapan�

Namun khutbah Jumaat dan ceramah sebelum Jumaat di Masjid Jamek pada tengah hari itu, bagaikan siraman air dingin, menyirami hati-hati lara dan mengetuk pintu hati insan yang bersimpati. Perbanyakkan doa terutama pada 10 hari terakhir Ramadan, Yang Maha Kuasa tidak menghampakannya. Doa insan dizalimi amat mustajab, tiada hijab untuk dimakbulkan Rabbul Jalil.

Pada akhir perhimpunan anjuran GMI itu, alangkah sejuk hati melihat seorang anak muda, bersih mukanya, tiba-tiba muncul di depan perhimpunan, mengetuai bacaan doa; doa daripada orang dizalimi, doa untuk sejahteraan seluruh rakyat agar bebas daripada belenggu dan rantai besi ciptaan manusia.

Jika iblis dan syaitan dibelenggu pada Ramadan mulia, rantai dan jeriji bikinan manusia makin kejap. Ramadankah, Syawalkah, mereka tidak kenal itu semua. Yang penting, aku sentiasa berada di takhta kuasa, di puncak singgahsana.

Tatkala bergegas ke Masjid Jamek untuk solat Jumaat, terdengar seseorang berkata: "Kalau undang-undang manusia pun orang berkuasa tidak takut dan patuhi, apatah lagi undang-undang Tuhan."

Demikianlah betapa manusia begitu zalim pada diri sendiri. Sesudah zalim pada diri sendiri, mereka menzalimi orang lain pula.

Mereka mengurung, memenjarakan sesama insan tanpa ada niat menghadapkan tertuduh ke muka pengadilan.

Pak Lah dan isteri berhari raya; tahanan ISA dan keluarga terus derita (Pak Lah and wife celebrate Hari Raya; ISA detainees and families suffer).

Demikian dua perbandingan ketara; tetapi hidup bukankah bagai roda? Detik ini kita gembira tak terkata, sesaat kemudian kita duka nestapa. Kubur di sana terngangga, menunggu kita.

Jika gembira dan tawa itu milik manusia, di manakah kini orang-orang termana seperti Firaun, Hamman, Julius Ceaser? Atau untuk lebih dekat di mata, di mana kini Saddam Hussein yang sentiasa tertawa dalam portret keluarga? Atau Suharto? Atau Bush laknatullah yang hampir menyamai watak Nero, si maharaja gila yang membakar kota Rom? _

harakah

Read full story

Sunday, July 26, 2009

Bantu promosikan Himpunan Mansuh ISA

0 comments
oleh : Team Penerangan Pemuda Dun Sura




Pada Khamis 23 Julai baru-baru ini, Majlis Tindakan Dun (Pemuda) Sura berjaya menganjurkan edaran risalah kempen Himpunan Mansuhkan ISA bertempat di Pasar Minggu Sura Gate.

Program anjuran Lajnah Penerangan & Dakwah ini, diadakan bagi menggerakkan kempen memobilisasikan ribuan rakyat ke himpunan tersebut.Selain itu juga bagi memberi pendedahan kepada rakyat tentang kezaliman ISA itu sendiri.Hasil tinjauan yang dibuat, sebahagian mereka mengakui tidak tahu menahu apa itu 'ISA'.

Pada keesokannya, edaran risalah-risalah ini diunjurkan pula ke Pasar Besar Dungun.




Antara risalah yang diedarkan


Lengkap dengan berpakaian baju Mansuhkan ISA






Edaran di laluan ke tapak pasar malam







Read full story

Mansuh ISA vs Pro-ISA, 1 Ogos adalah hari referendum rakyat

0 comments
Kenyataan Media Ketua Penerangan PAS Pusat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)yang akan mengadakan Himpunan Mansuhkan ISA terbesar pada 1 Ogos minggu hadapan di Ibu Negara.


Kesungguhan GMI ini akhirnya berjaya membuatkan Pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (Pro-ISA) tercabar untuk melakukan Himpunan yang sama pada hari dan waktu yang sama (2 petang).


PAS melihat bahawa inilah peluang untuk Kerajaan melihat kesungguhan rakyat terhadap Akta zalim ini. Pada 1 Ogos ini seluruh rakyat diseru untuk keluar rumah dan menyertai referendum rakyat ini. Inilah hari Referendum ISA yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah negara dibawah kepimpinan Perdana Menteri yang baru. Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Jika anda menyokong pemansuhan ISA, maka berhimpunlah bersama GMI di SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara sebelum berarak beramai-ramai ke Istana negara dengan pakaian Hitam atau Merah.

Jika anda menyokong kumpulan Pro-ISA, maka hadirlah bersama mereka di Pasar Seni dan kemudian berarak ke Istana Negara dengan pakaian putih.


Maka pada hari itu, Istana dan Kerajaan akan melihat kelompok manakah yang mendapat suara referendum yang majoriti.


Jika Kumpulan GMI lebih ramai maka Kerajaan haruslah mansuhkan ISA serta merta, begitu juga sebaliknya.


PAS yakin, GMI mampu mengumpulkan lebih dari 100 ribu rakyat untuk mendesak Kerajaan memansuhkan ISA.


PAS berharap agar pasukan Polis bertindak bijak dan tidak mencetuskan provokasi supaya kedua-dua kumpulan ini dapat berhimpun secara aman.


Mansuh ISA!!!…MAnsuh ISA!!!…Mansuh ISA!!!


Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


sumber

Read full story

Friday, July 24, 2009

Pemuda Pakatan Serah Memorandum Gesa Siasat Kematian Teoh

0 comments

sumber : DPP Kawasan Besut


Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan memorandum kepada Suhakam sebentar tadi menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang skopnya lebih luas bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock.


Pihaknya mahu suruhanjaya yang kini diadakan untuk melihat mekanisme urusan soal siasat SPRM, diperluaskan meliputi punca dan siapa yang bertanggungjawab atas kematian Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor minggu lalu.

Ia diserahkan kepada Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N. Siva Subramaniam pada pukul 3 petang di sini.

Memorandum diserahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan At-Tantawi dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd. Akin.

"Keputusan kerajaan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang terbatas kepada skop bagi menyiasat dan menilai kaedah yang diguna pakai SPRM semasa soal siasat yang dijalankan dan menentukan sama ada berlakunya pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disoal siasat sahaja.

"Oleh itu, Pemuda Pakatan menegaskan keputusan kerajaan mengehadkan peranan Suruhanjaya Diraja menunjukkan kerajaan tidak telus dalam menyelesaikan misteri kematian Teoh.

"Suruhanjaya itu perlu mempunyai peranan yang lebih besar dan tidak dihadkan dengan hanya tugas-tugas tertentu sahaja," kata memorandum yang diserahkan.

baca juga di harakahdaily
Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy