BUKIT CHATAK – Suasana sedih menyelubungi Tanah Perkuburan Syed Yahaya Ahmad dekat sini apabila dua rakan karib yang menemui ajal setelah terbabit dalam satu nahas jalan raya yang meragut nyawa mereka malam kelmarin dikebumikan serentak selepas solat Zuhur, tengah hari semalam.
Jenazah Muhammad Hamizan Radin dan Mohd Sulaimi Sau-lamit, masing-masing 17 tahun, disemadikan di dalam dua liang lahad berbeza dengan jarak kira-kira 50 meter antara satu sama lain.
Suasana bertambah sayu apabila bacaan talkin yang dibacakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sura, Wan Hassan Mohd Ramli menyentuh hati mereka yang hadir, sama ada ahli ke-luarga ataupun rakan terdekat untuk memberi penghormatan terakhir pada jenazah arwah.
Menurut bapa Allahyarham Hamizan, Radin Deraman, 55, kali terakhir dia menemui anak bong-sunya itu sebelum mangsa bertolak ke Kuala Terengganu untuk menemani rakannya yang turut terkorban dalam nahas berkenaan.
“Ayah mana yang tidak sedih apabila anak disayangi pergi buat selama-lamanya, lebih-lebih lagi pemergiannya dalam satu tragedi yang menyayat hati, na-mun sebagai hamba-Nya, saya reda dengan ujian ini.
“Arwah ketika hayatnya amat meminati bidang sukan, banyak piala yang dimenanginya sama ada pada peringkat sekolah, daerah malah hingga ke pe-ringkat negeri.
“Sepanjang pembabitannya dalam bidang sukan, dia banyak mengharumkan nama sekolah, sebagai ahli keluarga, kami turut merasakan pemergiannya, apatah lagi dia adalah anak bongsu,” kata Radin yang masih sugul dengan pemergian anak kela�pannya itu.
Sementara itu, Guru Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Omar, Noor Azam A Majid, 52, yang ditemui ketika menziarahi jenazah arwah berkata, Allahyarham Hamizan adalah atlet harapan seko-lahnya.
“Dia adalah seorang pelajar Kelas 5F yang mempunyai bakat besar dalam bidang sukan, terutama dalam acara olahraga, arwah diibaratkan sebutir permata yang sedang menyinar, pemergiannya satu kehilangan bagi kami dan turut diratapi seluruh warga SMK Sultan Omar,” katanya.
Allahyarham maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah apabila mo-tosikal yang ditunggangnya di-percayai dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.
Kejadian berlaku di Kilometer 61.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berdekatan Stesen Petronas Rantau Abang, kira-kira jam 11.20 malam kelmarin.
0 comments:
Post a Comment