Tuesday, July 28, 2009

Pas jangka perpecahan pemimpin UMNO



KUALA TERENGGANU - Pas menjangkakan perpecahan pemimpin UMNO Terengganu tidak akan selesai sampai bila-bila, meskipun parti itu berusaha memperbaiki keadaan dan mengembalikan kekuatan mereka.

Pengarah Pilihan raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, punca utama keadaan itu adalah disebabkan sikap pemimpin UMNO sendiri terlalu mementingkan kebendaan dan jawatan tertentu hingga sanggup mengabaikan perjuangan parti.

Sehubungan itu katanya, Pas yakin akan dapat menawan semula Terengganu daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti dan mengembalikan kegemilangan pemerintahan parti itu di negeri ini.


"kita mampu tawan Terengganu nanti, keyakinan ini berasaskan kepada keadaan UMNO yang berpecah- belah dan tidak bersatu antara satu sama lain, selain beberapa kelemahan pentadbiran berlaku dalam kerajaan BN,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Ariffin, bagi merealisasikan hasrat itu, pihaknya telah memulakan kerja menyusun pelbagai strategi dan rancangan terbaik bagi menawan Terengganu tanpa menunggu saat-saat akhir pilihan raya umum.

“Kami melakukan kerja dengan menyusun strategi ataupun rancangan tertentu untuk menawan hati dan sokongan rakyat lebih awal dan ia adalah usaha secara berterusan dibuat jentera parti.

“Pas negeri ini mempunyai kekuatan tersendiri dan kemenangan tipis pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai tidak boleh dijadikan ukuran sokongan rakyat terhadap Pas,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy