Saturday, November 20, 2010

 Memali: Kemuncak Umno takut berhujah

0 comments


BALING, 20 Nov: Tragedi berdarah Memali 1985 adalah kemuncak ketakutan Umno untuk berlawan hujah dengan PAS, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Mengkisahkan semula sejarah hitam tersebut, Presiden PAS itu berkata, ianya bermula dengan isu kafir mengkafir di mana PAS pada waktu itu dituduh mengkafirkan Umno.

Ekoran itu Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad mencabar PAS berdebat.

"PAS setuju berdebat. Umno bagi pelbagai syarat yang dijangka PAS akan tolak, tetapi PAS berani menerima.

"Antaranya Umno yang menetapkan tajuk debat dan Umno yang menjadi pengerusi debat.

"Apabila tiba masa dijanjikan, PAS bersiap untuk ke RTM, tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu isytihar debat dibatalkan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-25 Memperingati Peristiwa Memali di sini, malam tadi.

Ceritanya lanjut, beliau berkata, Dr. Mahathir kemudiannya menghimpunkan pemimpin Umno dalam satu himpunan dan memarahi ulama-ulama Umno kerana tidak berani berdebat.

Kerajaan kemudiannya mula memberi tekanan terhadap PAS dengan mengganggu ceramah PAS dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mula digunakan untuk menahan pimpinan PAS.

Menurutnya, ramai pemimpin PAS yang berjaya ditahan polis melainkan Ustaz Ibrahim Libya.

"Kerajaan BN berunding dengan pimpinan PAS mohon dipujuk supaya ustaz Ibrahim menyerah diri, namun PAS membantah.

"Sebaliknya kita mendesak supaya arahan menangkapnya ditarik balik.

"Oleh kerana mereka tidak mampu berhujah, kemuncaknya berlakulah pembunuhan Memali," kata Abdul Hadi lagi.

Tragedi Memali menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ustaz Ibrahim Libya yang merupakan orang kuat PAS dan 35 yang lain di bawah ISA 1960.

Selepas pembunuhan berlaku, ulama-ulama PAS mengisytiharkan mereka yang terbunuh adalah syahid.

Sekat kebangkitan PAS

Menurut Abdul Hadi lagi, tragedi Memali juga antara lain dirancang bagi mematahkan kebangkitan PAS melawan Umno ketika itu.

Namun ujarnya, semangat perjuangan PAS tidak pernah mati seperti yang diinginkan pemerintah, malah terus subur dan semakin ramai orang mendokong PAS termasuk bukan Islam.

Sambutan jubli perak selama tiga hari bagi memperingati peristiwa Memali diadakan di Madrasah Islahiah Diniah - sekolah yang diasaskan oleh Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Ianya adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Kedah dengan kerjasama Pemuda PAS Pusat.

Kemuncak program ini adalah pengkisahan semula peristiwa berdarah itu yang akan disampaikan Setiausaha PAS Kedah, Senator Muhammad Yusof Husin di akhir program tersebut.

Beliau adalah antara yang terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit.

Antara pengisian lain sepanjang program tersebut termasuklah, ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana.

ehsan
Read full story

Thursday, November 18, 2010

Siri Bergambar : Produk Yahudi dapat layanan istimewa MPD

0 comments
Read full story

Produk Yahudi diberi layanan istimewa Majlis Perbandaran Dungun.

0 comments
oleh : Lajnah Penerangan Pemuda PAS Dun Sura






Awal November baru-baru ini, warga Dungun berpusu-pusu memenuhi hari pembukaan restoran makanan segera, McDonald's bertempat di Jalan Baru,Dungun.Tapak asal pembinaan restoran ini adalah deretan kedai peniaga-peniaga Melayu antaranya kedai makan yang menjadi tumpuan siang dan malam.

Sebelum itu dinaikkan kain rentang 'countdown' ke hari pembukaan bagi mewar-warkan ke rakyat Dungun yang mungkin ternanti-nanti sudah sekian lama pembukaan restoran terkenal ini.Pembinaan yang nampak seolah-olah terkejar-kejar 'due date' itu menambahkan lagi kesibukan dan kerancakan suasana di sekitar premis tersebut.





Hasil tinjauan yang dibuat, kerja-kerja terakhir pembinaan premis tersebut masih lagi diteruskan di tingkat atas dan pada masa yang sama di tingkat bawah telah dibuka kaunter jualan makanan segera itu.

Difahamkan premis bangunan tersebut adalah milik Majlis Perbandaran Dungun (MPD).Sudah tentulah kebenaran beroperasi restoran ini datangnya dari pihak MPD sendiri yang sememangnya lebih arif tentang syarat-syarat yang perlu ada bagi memulakan sebarang operasi perniagaan di bangunan yang baru.

Sebagaimana yang diketahui umum,MPD memang terkenal dengan ketegasannya menyita premis yang gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh MPD bagi pembinaan bangunan baru.Apakah premis restoran McDonald's ini sudah mendapat kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF) dari pihak MPD?






Apakah betul cakap-cakap dari sumber MPD sendiri yang mengatakan pihak MPD terpaksa mengizinkan premis ini beroperasi bagi mengelakkan saman dari pihak pengurusan Restoran McDonald's atas kelewatan menyiapkan bangunan seperti yang dijadualkan.Mungkin dengan sebab itulah syarat-syarat CF dibakulsampahkan dan dipejam mata buat sementara.

Apabila panggilan telefon dibuat bagi mencari persoalan ini,mereka teragak-agak menjawabnya dan mengatakan ini kerja orang atasan.Adakah semua ini melibatkan campur tangan orang atasan atau politik yang sememangnya sebelum ini terkenal dalam campurtangan dalam pengurusan pihak berkuasa tempatan ini.

Adakah sekadar ingin mencari nama agar Dungun terkenal dengan pembukaan restoran ini.
Pada masa yang sama tidak berlaku adil atas syarat-syarat yang ditetapkan.Peniaga-peniaga kecil terutama peniaga melayu ditekan dengan pelbagai syarat yang kononnya memenuhi syarat Majlis Perbandaran yang baru dikurniakan 2 tahun lepas itu.

Justeru itu tidak pelik bilamana warga Dungun baru-baru ini dikejutkan dengan contengan di sekitar Dungun yang menyatakan Yang Dipertua MPD menindas dan menzalimi peniaga-peniaga Melayu.Difahamkan contengan-contengan dengan semburan cat tin itu berjaya dipadamkan dengan segera sebelum tengahari.

ADUN Sura,YB Ustaz Wan Hassan Md Ramli juga menerima senarai panjang tandatangan dari peniaga-peniaga Melayu yang mendesak agar YDP MPD meletak jawatan dan perkara ini sudah pun dipanjangkan ke Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu sebelum ini.

Persoalan yang ditimbulkan disini bukan sekadar mempersoalkan kredibiliti MPD yang bersikap double standard tetapi juga memberi peringatan kepada warga Dungun agar berfikir dua kali bila mengunjungi Restoran McD ini.

INGATLAH!! Setiap ringgit yang kita salurkan kepada mereka akan akan menjadi peluru buat anak-anak Palestine. Al-Qaradhawi menegaskan: “Ada jihad ekonomi, iaitu kita membuat fatwa, fatwa yang saya keluarkan bersama sejumlah ulama tentang keharaman jual-beli produk-produk Israel dan Amerika. Boikot, boikot semua produk-produk Israel dan Amerika adalah merupakan kewajiban setiap umat. Semua yang berbau produk Amerika.



lagi gambar akan menyusul selepas ini.....

p/s : Sama-sama kita beri peringatan buat semua...mungkin antara kita tidak mengetahuinya.

Read full story

Wednesday, November 17, 2010

Sukan Asia: Azizulhasni sumbang emas acara basikal

0 comments

Dua pelumba berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang dan Josiah Ng meraih kemenangan satu-dua, selepas merangkul pingat emas dan perak dalam acara Keirin Lelaki akhir yang berlangsung di Velodrom Guangzhou, China hari ini.
Ia adalah emas kedua negara setakat ini selepas Wushu menyumbang emas pertama negara.

Dalam acara lapan pusingan di trek sepanjang 250 meter itu, Mohd Azizulhasni mengetuai tujuh pelumba lain pada empat pusingan awal sebelum pelumba China, Zhang Lei menjadi pendahulu.

Namun kemalangan yang melibatkan Zhang Lei dan pelumba Iran, Mohamad Parash membolehkan Mohd Azizulhasni kembali mendahului, diikuti rapat oleh Josiah dan seorang lagi pelumba tuan rumah yang juga adik Zhang Lei iaitu Zhang Miao.

Pada pusingan akhir, kedua-dua pelumba Malaysia itu tidak memberi ruang kepada Zhang Miao untuk memotong mereka bagi mengesahkan kemenangan satu-dua kepada Malaysia, sementara pelumba China itu mendapat gangsa.

Kemenangan itu juga membolehkan pelumba negara mengetepikan pelumba keirin nombor satu Asia dari Jepun, Kazunari Watanabe yang mendapat tempat ke-empat.

Kazunari bagaimanapun berlumba seorang diri hari ini tanpa rakan sepasukan untuk membantu.

Dalam acara terdahulu, Mohd Azizulhasni sekadar mendapat tempat ke empat dalam penentuan pingat gangsa untuk acara Pecut 200m lelaki.

Dia yang bersaingan dengan pelumba Jepun, Nitta Yudai tewas dalam kedua-dua saringan, setiap satu tiga pusingan, dalam penentuan pingat gangsa.

"Saya tersilap taktik dengan mengejar Nitta dari awal dan gagal melakukan henjutan pada pusingan akhir," katanya kepada pemberita di Guangzhou hari ini.

Dalam satu lagi acara yang melibatkan pelumba negara, Muhamad Adiq Hussaine Othman terlepas peluang mendapat gangsa apabila menduduki tempat ke empat dalam acara Perlumbaan Mata (Lelaki).

Berada di kelompok utama lima pelumba dalam perlumbaan 120 pusingan atau 30km yang melibatkan keseluruhan 24 pelumba, Muhamad Adiq terpisah jauh bersama rakan sepasukan, Amir Mustafa Rusli.

Tanpa bantuan Amir Mustafa, Muhamad Adiq tersepit di antara pemenang pingat emas dari Uzbekistan, Vladimir Tuychiev, pelumba Hong Kong, Wong Kam Po (perak), dan pelumba Iran, Mehdi Sohrabi (gangsa).

Tuychiev mengumpul 71 mata, Kam Po (60), Mehdi (60) dan Muhamad Adiq (56).

"Saya yakin henjutan di beberapa pusingan akhir mampu mengatasi pelumba Iran itu jika mendapat bantuan rakan sepasukan. Ini kerana Mehdi Sohrabi mendapat bantuan yang baik dari rakan sepasukannya Abbas Saeiditanha dari awal perlumbaan," katanya.

Acara berbasikal trek yang bermula pada Sabtu lalu, menutup tirainya hari ini dan acara berbasikal lebuhraya akan bermula pada Sabtu sehingga Selasa ini. - Bernama


berita terdahulu :
Read full story

Zambry menyambut raya haji pada 17 Zulhijah?

0 comments


Ummat Islam seluruh dunia menyambut ‘Aidil Adha menjelang 10 Zulhijjah bersamaan 17 November 2010.Negeri Perak kini mulai heboh kerana Zambry menaikan poster untuk menyambut Raya Haji pada 17 Zulhijjah - tujuh hari selepas ummat Islam menyambutnya!

Ini mazhab mana? Korang tolong fikir-fikirkanlah sendiri! Takkanlah benda semudah ini pun boleh tak tahu….lebih baik jadi lembu - boleh kita sama-sama buat korban!


Read full story

Monday, November 15, 2010

Siapakah pembela-pembela agama Allah??

0 comments


Siapakah pembela-pembela agama Allah??
Adakah anda hanya ingin menonton...
Atau menjadi pendokong..
Jawapan ada pada ANDA !!!

'Kamilah pembela-pembela agama Allah' (surah As Saff 61:14)
Read full story

Presiden PAS beri peringatan kepada wartawan Islam

0 comments
Read full story

Pemuda UMNO Dungun hina JKKK dan UMNO cawangan

0 comments
Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy