Friday, December 17, 2010

Islam

0 comments

Makna Islam
Islam iaitu menyerahkan diri kepada Allah Swt atau mendapatkan keselamatan dari Allah Swt.

Rukun Islam
Rukun Islam bererti bahagian-bahagian daripada suatu kebenaran Islam. Pelaksanaan rukun Islam merupakan suatu pelaksanaan ibadah yang menghubungkan seorang Muslim dengan Allah Swt (Ibadah Mahdah).

(1) Mengucapkan dua kalimat syahadat
• Syahadat Ilahiah (al-Ikhlas: 1-4)
• Syahadat Kerasulan (al-Fath: 29)

(2) Menegakkan solat 5 waktu, iaitu Subuh, Zuhur atau Jumaat, Asar, Maghrib dan Isya’ (al-Baqarah: 43). Hikmahnya adalah :
• Memberikan ketenangan batin (ar-Ra’d: 28).
• Adanya pembentukan keperibadian.
• Membentengi dari perbuatan-perbuatan keji dan munkar (al-Ankabut:45).
• Mengurangi dan menghilangkan kesusahan dan kegelisahan (al-Ma’arij:19-22).

(3) Mengeluarkan zakat (al-Baqarah: 43, 267), iaitu pemberian yang wajib diberikan oleh muzakki (orang yang sudah diberi beban mengeluarkan zakat) dari harta tertentu menurut sifat-sifat dan ukuran tertentu, kepada golongan tertentu atau mustahiq (fakir, miskin, ‘amil, muallaf, gharim, dan ibnu sabil (at-Taubah: 60). Adapun hikmahnya adalah :
• Sebagai saranan pembelajaran memelihara hati (at-Taubah: 103).
• Untuk pemerataan pendapatan (al-Ma’arij: 24-25).
• Harta yang dizakati akan tumbuh, berkembang, dan berkah (al-Baqarah: 22).
• Menumbuhkan rasa solidariti antara sesama manusia (al-Maidah: 2).

(4) Melaksanakan Puasa Ramadhan. Puasa bererti menahan diri dari segala sesuatu perbuatan yang diinginkan. Sedangkan yang dimaksud puasa Ramadhan adalah menahan diri dari makan, minum, dan berhubungan suami-isteri yang dimulai terbit fajar sampai dengan terbenamnya matahari dengan niat menjalankan perintah Allah Swt. dengan beberapa syarat, didalam bulan Ramadhan. Adapun hikmahnya adalah :
• Sebagai pembelajaran membentuk hati, iaitu belajar mengendalikan keinginan yang dilarang dan dihalalkan Allah Swt. (al-Fajr: 27-30).
• Sebagai saranan belajar untuk berhemat, tidak tamak dan rakus, serta hal-hal yang membazir atau kurang memberikan manfaat (al-Isra’: 26-27).
• Memelihara kesihatan.
• Memperkuat rasa keimanan.
• Menghapus dosa-dosa.

(5) Menunaikan ibadah Haji bagi yang mampu. Ibadah Haji mengandung erti menyengaja berkunjung ke rumah Allah Swt. (baitullah) untuk melakukan beberapa amal ibadah dengan syarat-syarat tertentu (al-Imran: 97).

Sumber : Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan
Read full story

Wednesday, December 15, 2010

Laman web Majlis Perbandaran Dungun promosikan Restoran McDonalds

0 comments
oleh : Lajnah Penerangan & Dakwah Pemuda Dun Sura




Restoran makanan segera McDonalds terus menerima layanan istimewa dari pihak Majlis Perbandaran Dungun (MPD) bilamana mendapat promosi percuma di laman web rasmi MPD.

Hasil tinjauan pada Sabtu 27 November, promosi ala iklan perniagaan itu diletakkan di laman utama web tersebut bersekali dengan promosi program kerajaan negeri Terengganu dan juga perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak MPD.

Restoran McDonalds seolah-olah menjadi satu aset penting dan polisi dalam pentadbiran MPD sehingga dipromosikan sedemikian rupa.Sepatutnya laman web rasmi pihak berkuasa tempatan bebas dari iklan yang berbentuk perniagaan syarikat tertentu.


Berbeza dengan laman web rasmi Majlis daerah Setiu (MDS) yang mempromosikan bangunan perkedaian milik MDS yang telah siap pembinaannya dan telah dibuka penawaran untuk disewa kepada peniaga.

Maka bertepatanlah pihak MDS telah mencapai taraf 5 bintang dalam Penilaian Laman Web Sektor Awam 2010 sebaris dengan laman web rasmi Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Majlis Perbandaran Kemaman, Majlis Daerah Marang dan juga Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Tidak pasti samada laman web rasmi MPD ada menerima atau tidak pencapaian taraf 5 bintang sepertimana pihak berkuasa yang lain.Mungkin pihak MPD terlepas pandang itu semua dikala sibuk terkejar-kejar untuk menyiapkan dengan segera pembinaan bangunan Restoran Mcdonalds seperti sepantas makanan segera yang dihidangkan di restoran tersebut.

Sepertimana yang terkandung dalam memorandum bantahan yang dihantar kepada Yang DiPertua MPD baru-baru ini adalah berkisar mengenai layanan istimewa dan mencurigakan yang diberikan kepada syarikat luar seperti McDonalds dan pada masa yang sama peniaga tempatan ditekan dan dibebankan dengan syarat-syarat yang tidak munasabah.


Pendedahan terdahulu :
Produk Yahudi diberi layanan istimewa Majlis Perbandaran Dungun.
Read full story

Iman

0 comments
Makna Iman
Iman = Aqidah iaitu kepercayaan dasar sebagai titik tolak permulaan seorang muslim.

Rukun Iman
Adapun dalil-dalil dari rukun Iman ini, berdasarkan al-Qur’an dan al-Hadist. Dalam rukun Iman ini, berupa hal-hal apa saja yang wajib diimani oleh seorang Muslim.

1) Al-Hadist
“Iman adalah engkau percaya (membenarkan dan mengakui) kepada Allah Swt dan malaikat-Nya dan dengan menjumpai-Nya, rasul-rasul-Nya, dan engkau percaya dengan Hari Berbangkit” (H.R. Bukhari dan Muslim).

2) Al-Qur’an
“Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah Swt dan rasul-Nya dan kepada kitab yang diturunkan kepada rasul-Nya, serta kitab Allah Swt diturunkan sebelumnya. Barang siapa beriman kepada Allah Swt, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan Hari Kemudian maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya” (Surat an-Nisa:136).

Inti Aqidah
Percaya dan pengakuan terhadap ke-Esa-an Allah Swt. (tauhid), yang merupakan landasan keimanan terhadap keimanan lainnya, seperti keimanan terhadap malaikat, rasul, kitab, hari akhir dan qadha qadar.

Pendekatan Iman
1) Dalil Naqli (al-Qur’an dan al-Hadist)
2) Dalil Aqli (Hukum Akal)

Pengertian Kufur
Kufur bermakna ingkar, artinya tidak beriman kepada pondasi-pondasi Iman. Adapun macam-macam kufur, meliputi:

1) Kufur Besar
Kufur model ini, dapat mengeluarkan seseorang dari Agama Islam. Kufur yang termasuk golongan ini, antara lain:

a. Mendustakan kebenaran Allah Swt (al-Ankabut: 68).
b. Tidak tunduk dan congkak terhadap Allah Swt (al-Baqarah: 34).
c. Meragukan Allah Swt (al-Kahfi: 35-38).
d. Berpaling dari seruan Allah Swt (al-Ahqaf: 3).
e. Menampakkan keimanan, sembunyikan kejahatan (al-Munafiqun: 3).

2) Kufur Kecil
Kufur model ini, tidak dapat mengeluarkan seseorang dari Agama Islam. Kufur ini meliputi:

a. Kufur Amali, yaitu dosa-dosa yang disebutkan dalam al-Qur’an dan al-Hadist.
b. Kufur Nikmat (al-Nahl: 85).

Sumber : Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan
Read full story

Tuesday, December 14, 2010

Presiden PAS berkesempatan mentahnik anak Bendahari DPPKD

0 comments



Presiden PAS, YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang baru-baru ini berkesempatan mentahnik atau membelah mulut anak kepada Timbalan Ketua Bilik Gerakan Dun Sura yang juga Setiausaha UPU Sungai Buaya, Mohammed Nafi Abdullah yang berusia 7 hari pada hari tersebut.

Bayi lelaki bertuah tersebut bernama Muhammad Mus'ab merupakan anak ke empat hasil perkongsian hidup dengan Setiausaha Muslimat Dun Sura, Puan Mazila Ismail.

Beliau yang juga Bendahari Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun mengambil kesempatan tersebut ketika Tuan Guru berehat sementara di MKZ Homestay, Tanah Lot sebelum menghadiri dan merasmikan program Pelancaran Jentera Pilihanraya Dun Sura 8 Disember di Surau Kubur Kampung Molek baru-baru ini.

" Saya mengucapkan ribuan terimakasih atas kesudian Tok Guru ini, walaupun dalam kesibukan masa dan keletihan beliau sebagai Presiden PAS.InsyaAllah doa dan harapan kami sekeluarga agar anak kami ini dibesarkan sebagai seorang pejuang Islam dalam mendaulatkan Islam di muka bumi Malaysia ini." ujar Mohd Nafi sambil tersenyum ketika ditemui selepas majlis ringkas membelah mulut anak beliau.


sumber : Presiden PAS berkesempatan mentahnik anak AJK Dun Sura






Read full story

Sunday, December 12, 2010

Barang Naik Kerajaan Cuba Menyalahkan Peniaga

0 comments

oleh : Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kenyataan amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati sebagai usaha untuk mengalih isu kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana menaikkan petrol, diesel, gas dan gula pada 4 Disember 2010.

Beliau cuba hendak menyalahkan peniaga kerana menaikkan harga barang, dan hendak menjadi hero rakyat dan pembela rakyat, kononnya barang naik bukan salah kerajaan, tetapi peniaga. Perlu diingatkan bahawa semua barang niaga dibawa dengan kenderaan memakai minyak bukan dengan air liur.

Nampaknya kerajaan resah pada hari ini akibat tidak bijak urus khazanah negara yang melimpah ruah sehingga rakyat derita dengan kenaikan harga barang yang melambung. Alangkah baiknya jika kerajaan Malaysia ini orang yang bijak dan telus.

Sepatutnya pemimpin BN perlu belajar daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang bijak urus dan cuba untuk mengagihkan harta negeri kepada rakyat.

Kebijaksanaan pimpinan PAS di Kelantan yang mampu bertahan sampai 20 tahun walau pun dengan kekangan dan tekanan dariapda pusat. Kelantan tidaklah banyak hasil, tetapi mampu mengurus dengan baik dan teratur. Ketika negeri yang di bawah pentadbiran BN menghadapi masalah kewangan, Alhamdulillah Kelantan selamat daripada malapetaka buruk ini.

Pihak kerajaan perlu mengambil ingatan daripada pemimpin Pakatan Rakyat, apabila minyak naik maka semua perkara akan naik. Selepas ini tarif elektrik akan naik pula. Senang sungguh menjadi pemimpin BN yang mentadbir negara.

Jikalau wang tidak ada jalan keluarnya dengan membebankan rakyat dengan menaikkan tol, letrik, minyak, saman ekor dan apa sahaja yang boleh menjadi wang untuk kambus gaung yang begitu dalam kerana boros dan tidak bijak mengurus.
Read full story

PRU 13: 30,000 pemuda berkampung di Kedah

0 comments

AMPANG, 12 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan 30 ribu pemuda bagi mengumpulkan jentera pemuda berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Himpunan tersebut dijadual diadakan pada 19 Februari tahun hadapan bertempat di negeri Kedah.

"Kita akan menyaksikan seluruh kekuatan pemuda dari seluruh negara berkumpul.

"Mereka akan mendengar amanat pimpinan utama PAS dan akan menerima watikah perlantikan untuk memenangkan PAS pada pilihan raya umum nanti," kata ketuanya, Nasrudin Hassan selepas mesyuarat bulanan dewan itu di pejabat PAS Gombak semalam.

Katanya, sementara sampai ke tarikh himpunan itu, satu road show ke seluruh negeri akan digerakkan bagi melihat gerak kerja pilihan raya di peringkat negeri dan kawasan.

"Tema road show ini adalah '2011 Masa Untuk Berubah' dengan membawa subtopik 'PAS Sedia Ganti Umno'," tambahnya lagi.

Ianya sebagai kesinambungan seminar 'PAS Ganti Umno' anjuran Lajnah Penerangan PAS yang di adakan di Shah Alam baru-baru ini.

Road Show itu juga jelasnya akan melibatkan penyertaan pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan pemuda DAP (DAPSY).


Ketuanan Islam vs Ketuanan Melayu

Sementara itu, beliau turut memaklumkan satu forum bertajuk 'Ketuanan Islam atau Ketuanan Melayu?' akan dianjurkan dewan itu.

Ianya sebagai penjelasan kepada rakyat berhubung isu 'Ketuanan Melayu' yang sedang dimainkan pihak tertentu yang mahu membangkitkan sentimen perkauman.

Forum itu dijadualkan pada 26 Disember ini dengan menampilkan panel dari PAS, Umno dan tokoh agama.

"Kami DPPP mengambil langkah untuk memberi penjelasan kepada masyarakat .

"53 tahun BN memerintah, Melayu tak jadi tuan pun, malah tanah rizab Melayu pun habis," katanya.

Mewakili PAS, DPPP katanya akan menjemput Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, manakala Dr. Mohd Puad Zarkashi dicadang mewakili Umno.

"Kita telah menghubungi bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mewakili tokoh agama, dan beliau telah pun menyatakan persetujuan untuk bersama kita," katanya.


sumber
Read full story

Presiden PAS Lancar Jentera Pilihan Raya DUN Sura, Dungun

0 comments
DUNGUN 12 Disember, Ahad - Majlis Tindakan DUN Sura telah berjaya melancarkan jentera pilihan rayanya pada 8 Disember, baru-baru ini bertempat di Surau Kubur, Kampung Molek.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Y.B. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.


Majlis pelancaran yang diadakan di Surau Kubur, Kampung Molek itu, bermula sebaik selesai solat isya' berjamaah, dimulai dengan ucapan aluan oleh YDP PAS Kawasan Dungun merangkap Pengarah MTD Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, diikuti ucapan oleh Pengarah JPN Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman dan ucapan pelancaran oleh DS Tuan Guru Presiden.

Baca lagi..di sini.
Read full story

Saturday, December 11, 2010

Syair Iman Syafie

0 comments

Biarkan hari-hari itu melakukan apa saja, Bertenanglah bila qada menjatuhkan hukuman, Jangan tersentak dengan peristiwa duka malam hari, Peristiwa di dunia ini sebenarnya tidak lama.

Aku akan menjelajah ke segenap pelusuk negeri
Aku tidak menghiraukan samada cita-citaku
tercapai atau aku mati keseorangan Jika ku binasa atau mati maka segala-galanya terserah kepada Allah Dan jika ku terselamat tidak lama aku akan kembali



.: Ingatlah Allah Itu Sentiasa Bersama Kita :.


sumber : web

Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy