Friday, December 17, 2010

Islam



Makna Islam
Islam iaitu menyerahkan diri kepada Allah Swt atau mendapatkan keselamatan dari Allah Swt.

Rukun Islam
Rukun Islam bererti bahagian-bahagian daripada suatu kebenaran Islam. Pelaksanaan rukun Islam merupakan suatu pelaksanaan ibadah yang menghubungkan seorang Muslim dengan Allah Swt (Ibadah Mahdah).

(1) Mengucapkan dua kalimat syahadat
• Syahadat Ilahiah (al-Ikhlas: 1-4)
• Syahadat Kerasulan (al-Fath: 29)

(2) Menegakkan solat 5 waktu, iaitu Subuh, Zuhur atau Jumaat, Asar, Maghrib dan Isya’ (al-Baqarah: 43). Hikmahnya adalah :
• Memberikan ketenangan batin (ar-Ra’d: 28).
• Adanya pembentukan keperibadian.
• Membentengi dari perbuatan-perbuatan keji dan munkar (al-Ankabut:45).
• Mengurangi dan menghilangkan kesusahan dan kegelisahan (al-Ma’arij:19-22).

(3) Mengeluarkan zakat (al-Baqarah: 43, 267), iaitu pemberian yang wajib diberikan oleh muzakki (orang yang sudah diberi beban mengeluarkan zakat) dari harta tertentu menurut sifat-sifat dan ukuran tertentu, kepada golongan tertentu atau mustahiq (fakir, miskin, ‘amil, muallaf, gharim, dan ibnu sabil (at-Taubah: 60). Adapun hikmahnya adalah :
• Sebagai saranan pembelajaran memelihara hati (at-Taubah: 103).
• Untuk pemerataan pendapatan (al-Ma’arij: 24-25).
• Harta yang dizakati akan tumbuh, berkembang, dan berkah (al-Baqarah: 22).
• Menumbuhkan rasa solidariti antara sesama manusia (al-Maidah: 2).

(4) Melaksanakan Puasa Ramadhan. Puasa bererti menahan diri dari segala sesuatu perbuatan yang diinginkan. Sedangkan yang dimaksud puasa Ramadhan adalah menahan diri dari makan, minum, dan berhubungan suami-isteri yang dimulai terbit fajar sampai dengan terbenamnya matahari dengan niat menjalankan perintah Allah Swt. dengan beberapa syarat, didalam bulan Ramadhan. Adapun hikmahnya adalah :
• Sebagai pembelajaran membentuk hati, iaitu belajar mengendalikan keinginan yang dilarang dan dihalalkan Allah Swt. (al-Fajr: 27-30).
• Sebagai saranan belajar untuk berhemat, tidak tamak dan rakus, serta hal-hal yang membazir atau kurang memberikan manfaat (al-Isra’: 26-27).
• Memelihara kesihatan.
• Memperkuat rasa keimanan.
• Menghapus dosa-dosa.

(5) Menunaikan ibadah Haji bagi yang mampu. Ibadah Haji mengandung erti menyengaja berkunjung ke rumah Allah Swt. (baitullah) untuk melakukan beberapa amal ibadah dengan syarat-syarat tertentu (al-Imran: 97).

Sumber : Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy