Sunday, August 21, 2011

Segerakan pembinaan hospital Dungun!

0 comments



- hospital sedia ada terlalu banyak kelemahan dan sudah berumur 44 tahun

DUNGUN - Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun meneruskan agenda 'Pemuda Bersamamu' dengan mengadakan lawatan bertemu dengan para pesakit dan kakitangan Hospital Dungun.

Bersama dalam rombongan lawatan pada Jumaat, 19 Ogos itu adalah Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani.

Sehubungan lawatan itu, Ustaz Azman menggesa kerajaan Umno dan Barisan Nasional supaya mengotakan janji untuk membina kompleks hospital baru memandangkan hospital sedia ada telah berumur 44 tahun.


"keadaan disini (hospital) terlalu banyak kelemahan, hospital yang ada pada hari ini telah pun berusia hampir 44 tahun,

"banyak kekurangan yang perlu ditangani oleh pihak kementerian (kesihatan), kerajaan perlu memberi keutamaan membina hospital baru,"ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, kerajaan wajar menyegerakan pembinaan hospital tersebut memandangkan peningkatan penduduk daerah Dungun yang telah mencapai 160,000 orang.



Katanya, kerajaan juga telah mengambil semula dan membuat pembayaran tanah di Kampung Che Lijah untuk dijadikan tapak hospital itu.

Namun begitu, beliau kesal keraha menurutnya, cadangan membina hospital Dungun telah dibuat sejak sekian lama, sehingga kini, rakyat Dungun masih 'berputih mata'

"Saya difahamkan sejak Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) lagi telah dijangka (dirancang) projek hospital Dungun, tapi sampai sekarang tidak dapat dilaksanakan,"jelasnya.



Ustaz Azman selaku Naib Yang DiPertua PAS Dungun meragui janji Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said untuk membina hospital tersebut.

Menurutnya, dalam lawatannya Ahmad ke Dungun baru-baru ini, beliau telah sekali lagi berjanji untuk membina hospital baru Dungun.

"Walaupun Menteri Besar datang baru ini dengan satu harapan, untuk membina hospital Dungun dengan segera, tetapi kita bagi masyarakat Dungun merasakan satu keraguan,



"kerana dalam masa yang sama, di daerah Kemaman juga dijangka akan dibina sebuah hospital baru,"katanya.

Justeru, beliau menggesa Ahli Parlimen Dungun daripada BN tidak hanya berdiam diri sebaliknya memainkan peranan yang lebih berkesan, memastikan pembinaan hospital baru Dungun.

Katanya, pembinaan hospital Dungun lebih utama daripada pembinaan hospital Kemaman, kerana cadangan pembinaan hospital Kemaman hanya baru dimasukkan ke dalam rancangan pada RMK10.





Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang mengucapkan terima kasih ke atas kerjasama pihak hospital yang memberikan ruang kepada pemuda PAS melaksanakan amal kebajikan di bulan Ramadhan.


Berita : Buletinonline
Gambar : Team IT Pemuda Dun Sura
Read full story

Thursday, August 18, 2011

Lawak Hina Islam : Pakaian Muslimah Jadi Bahan Gelak?

0 comments


Rancangan Oh Yeah! yang ditayangkan di Astro, menayangkan lawak yang melampau. Artis Muslimah Melayu (Khairiah) berlakon hingga memberikan persepsi negatif kepada Islam (menghina Islam) dengan memberi intrepetasi pakaian Muslimah (dalam lakonannya) mengikut citarasa sendiri untuk dijadikan bahan gelak tawa.

Memang bila perkara begini berlaku, tidak ramai yang melenting. Malah tidak mengambil endah sedikitpun. Golongan berwajib hanya melenting apabila sesuatu perkara itu boleh dijadikan isu khususnya menyentuh mengenai politik melibatkan Pakatan Rakyat. Ataupun juga penghinaan oleh Non Muslim seperti video yang dibuat oleh Namawee (yang jelas bukan Islam). Namun bila melibatkan orang Islam sendiri, tidak kira individu berkepentingan atau badan tertentu Kerajaan, hanya mendiamkan diri sahaja.

Apabila ada sebarang penghinaan kepada Islam di Youtube, di Facebook, dan lain-lain berlaku di Malaysia baru muncul "pejuang yang nak jadi hero ini". Bila ada isu yang berkait Islam yang boleh dipolitikkan, baru mereka nak heboh. Sedangkan Media TV sendiri memperleceh dan perlekeh Islam didepan penonton Islam dan bukan Islam dengan menjadikan ia sebagai bahan gelak tawa, mereka senyap sahaja. Penghinaan sebegini dibiarkan. Penghinaan begini jugalah yang dilulus tayangkan.

Apakah reaksi pihak berwajib??


Zero.

http://jilfityan.blogspot.com
Read full story

Friday, August 5, 2011

PEMUDA BERSAMAMU 7.0 : Konvoi kebajikan Pemuda Dun Sura dekati fakir miskin

0 comments
oleh : Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Pemuda Dun Sura



PRIHATIN KAMI TAK BERTEPI,MEMBANTU SEKADAR TERMAMPU


Program Pemuda Bersamamu kini bukanlah satu perkara asing bagi warga Dun Sura,malah ianya sudah menjadi buah mulut masyarakat setempat yang bermain di bibir warga Dun Sura apabila setiap kali munculnya bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Dimana kini program kebajikan anjuran Pemuda Pas Dun Sura itu sudah mencapai usianya untuk tahun yang ke tujuh.

Program kebajikan khas pada setiap Ramadan ini adalah merupakan satu usaha dan gerakerja yang konsisten daripada pemuda Pas Dun Sura di mana telah berjaya digembelingkan secara tersusun untuk direalisasikan sebagai acara tetap tahunan mereka.

Sudah tentu cabaran untuk menjayakan Pemuda Bersamamu musim ke 7 kini semakin besar dan lebih mencabar terutamanya dalam usaha mengumpul dana dan sumbangan daripada penyumbang berdasarkan kebejatan ekonomi termasuk kenaikan kos harga barang keperluan serta kos sara hidup yang semakin tinggi.

Dengan rendah diri,pasukan petugas Pemuda Bersamamu siri ke 7 daripada warga kerja Pemuda Dun Sura mengambil peluang ini untuk memohon sumbangan orang ramai dalam bentuk wang tunai ataupun beras bagi menjayakan program ini.

Rayuan sumbangan ini diharapkan mendapat perhatian daripada semua pihak yang perihatin serta dapat dipanjangkan lagi rayuan sumbangan derma ini dengan harapan agar usaha dan kerja kebajikan dapat disampaikan kepada golongan sasaran seperti fakir,miskin,anak-anak yatim dan orang kurang upaya(OKU) dapat diagih dengan jayanya.

Mengikut perancangan,Pemuda Bersamamu musim ke 7 akan mengagihkan sumbangan berbentuk sejumlah wang tunai dan sekampit beras telah dijadualkan tarikh pengagihannya pada minggu akhir bulan iaitu pada 20 Ramadan 1432H di mana aktiviti menjurus kepada cakna masyarakat,khusus kepada golongan yang layak untuk menerima sumbangan ini berpusat di Markas pemuda Dun Sura yang telah ditetapkan sebagai pusat operasi program pada tahun ini.

Seperti siri yang lalu, golongan penerima sumbangan program ini akan men
erima kunjungan dari pihak pemuda sendiri yang akan turun berkonvoi ke kediaman mereka yang diketuai oleh ADUN Sura, YB Ustaz Wan Hassan Md Ramli.

Menjayakan Pemuda Bersamamu musim ke 7 ini merupakan satu cabaran yang sudah tentu ianya memerlukan komitmen yang padu daripada seluruh warga kerja Pemuda Dun Sura di mana mereka akan melaksanakan amanah ini sebaik mungkin dengan kadar mengikut kemampuan yang ada sebagaimana slogan Pemuda bersamamu, “Perihatin kami tidak bertepi,membantu sekadar termampu”.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Pemuda Bersamamu 7.0,

BIMB 13044010016883 atas nama Tengku Mohd Hisham bin Tengku Ambak
atau hubungi
Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Pemuda Dun Sura,
Sdra Shaikh Salmin 013-9328211,
Ketua Pemuda Dun Sura, Sdra Hanafiah 013-9819543
Bendahari Pemuda Bersamamu 7.0, Sdra Yusof Yaakob 012-4518982.

Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguhkan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disirami oleh hujan lebat maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun (pun memadai). Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” [Al-Baqarah:265]
Read full story

Kalimah suci dihina : Majlis Perbandaran Dungun makan gaji buta

3 comments
oleh : Lajnah Penerangan Pemuda Dun Sura


JANGAN TERKEJUT !! Gambar ini dirakam pada 02 Ogos jam 1 tengahari di laluan utama projek menaiktaraf jalan Sura Gate - Kuala Dungun.Keadaan ini berlarutan sudah lima hari sebelum gambar ini dirakam tanpa pemantauan dan tindakan daripada pihak yang berwajib seperti Majlis Perbandaran Dungun (MPD) dan juga Pejabat Agama Islam Dungun.

Tidak pasti adakah semua ini terlepas pandang atau kurang prihatin dan peka kejadian yang amat memalukan ini.



Adakah pihak MPD akan segera bertindak bilamana jika signboard itu tertera gambar pimpinan Umno BN Dungun.Nescaya sudah tentu kontraktor ini akan disaman atau disenaraihitamkan akibat sikap sambil lewa ini.

Rakyat Dungun sedia maklum kepantasan dan keaktifan pihak MPD dalam memantau kawasan perbandaran terutama yang melibatkan para peniaga dan juga landskap.Baner-baner yang dipasang oleh pihak yang tak sehaluan dengan pihak Umno BN Dungun akan segera dibuang jika menyakitkan mata memandang dan juga membacanya.

Signboard kalimah suci ini diganti kepada warna biru selepas Umno BN mengambilalih pemerintahan baru daripada kerajaan PAS pada 2004 lalu.Jika pihak MPD begitu cepat menggantikan signboard ini dari warna hijau kepada biru,kenapa tindakan yang sama tidak diambil bila signboard ini terbaring hina di laluan utama ke bandar Sura Gate ini.


Gambar diatas ini pula dirakam pada 03 ogos 2011 jam 1200 tengahari yang melibatkan signboard yang sama dan cuma dialih sedikit dari tempat sebelum ini bagi kerja-kerja pembesaran jalan ke bandar Sura Gate.

Setakat artikel ini ditulis,tiada apa-apa tindakan lagi dari pihak yang berkenaan.Samaada keadaan ini akan berterusan selamanya atau diambil tindakan sekadar melepaskan batuk di tangga.Mungkin tiada keuntungan atau imbuhan kepada mereka ini untuk menyelamatkan signboard ini dari terus dihina sebegini !!

TEMPATKANNYA DI TEMPAT YANG SEWAJARNYA !!







Read full story

Videoclip : Doa Dhuha

0 comments


Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.



Solat Dhuha, Doa dan cara melaksanakan
Read full story

Thursday, August 4, 2011

PR jadi warganegara, konspirasi terancang

0 comments


KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Dewan Pemuda PAS yakin penemuan dan pendedahan penduduk tetap (PR) yang didaftar sebagai pengundi dan kemudiannya ditukar menjadi warga negara bukanlah kesilapan teknikal seperti dijelaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun ia adalah satu konspirai terancang.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, jika ia kesilapan teknikal, mana mungkin boleh berlaku sepantas itu dan mlibatkan bukan seorang penduduk tetap, malah ribuan lagi.

"Memang tak logik la kalau kesilapan teknikal. Benda sebesar tu boleh silap, bukan satu pulak tu tapi beribu.

"Saya yakin ini bukan silap, ini mesti disengajakan," katanya menempelak penafian yang dibuat pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Abdul Aziz dalam responnya berhubung kontroversi pertukaran status PR ditukar menjadi warganegara bagi membolehkan mereka mengundi yang dilapor semalam memberi alasan, apa yang berlaku mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau juga mendakwa kemungkinan senarai nama PR di laman web Jabatan Pendaftaran Negara adalah senarai lama yang belum dikemaskini.

Menurutnya lagi, hanya penduduk tetap yang mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sahaja yang boleh ditukar menjadi rakyat Malaysia.

Mengulas lanjut Suhaizan melahirkan rasa hairan mengapa SPR menjadi "tukang jawab" bagi pihak JPN.

"SPR jangan nak tolong jawab bagi pihak JPN la. Kita tahu SPR terima senarai yang salah, tapi kenapa terima juga...

"Tidak mustahil SPR, JPN dan KDN berkomplot dalam perkara ini," telahnya.

Semalam, pelbagai pihak melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan bahawa seorang penduduk tetap bernama Mismah adalah berstatus penduduk tetap paginya sudah berubah kepada warga negara pada petangnya.

Selain Mismah, 52 nama lain juga turut dikesan bertukar status dan didaftar sebagai pengundi di beberapa parlimen di Kuala Lumpur.

Dewan Pemua PAS, kata Suhaizan, sebenarnya telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi. Mereka di daftarkan hampir di setiap negeri.

Bukti-bukti itu jelasnya telah dimuat turun termasuk data-data kad pengenalan PR kerana sudah menjangkakan sama ada “server” JPN akan di tutup atau PR ini akan bertukar menjadi warganegara dalam sekelip mata.

Jangkaan itu katanya ternyata benar apabila ia betul-betul berlaku semalam.

Sehubungan itu, pemuda PAS mendesak agar satu Suruhanjaya Di Raja dibentuk dengan segera bagi menyiasat JPN dan SPR berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini.

Sehubungan itu, pemuda PAS mendesak agar satu Suruhanjaya Di Raja dibentuk dengan segera bagi menyiasat JPN dan SPR berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini.
(harakahdaily)
Read full story

Tuesday, August 2, 2011

Program yang akan ditiru oleh Umno selepas ini.

0 comments
oleh : Penerangan Penyelaras Pemuda Dun Sura

DUNGUN 01 Ogos 2011 - Sempena ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, YB Ustaz Wan Hassan Md Ramli telah turun padang mengagihkan sekotak kurma kepada para peniaga di Pasar Besar Dungun bagi meraikan kedatangan bulan yang mulia ini.

Turut mengiringi beliau adalah Ustaz Azman Syapawi, Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu yang turut menghadiahkan sebotol air zam zam kepada para peniaga.Program kebajikan Majlis Tindakan Dun Sura ini dibantu sepenuhnya oleh petugas dari Penyelaras Pemuda Dun Sura yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Dungun,Ustaz Sheikh Hanafi dan juga Muslimat Dun Sura yang turut disertai oleh isteri YB ADUN Sura, Hajjah Siti Zaliha Mohamad.

Walaupun dinafikan hak untuk menerima peruntukan DUN dari Kerajaan Negeri Terengganu,pihak MTD Sura tetap menjayakan program ini yang banyak dibantu oleh orang perseorangan dan derma dari pihak yang simpati atas permasalahan ini.

Sudah menjadi kebiasaan bilamana program yang dianjurkan oleh pihak MTD Sura ini akan ditiru sepenuhnya oleh pihak Umno BN yang akan turut turun padang selepas daripada ini.Berlainan dengan program yang dianjurkan oleh pihak PAS,program Umno BN ini sudah tentu menelan perbelanjaan besar puluhan ribu ringgit dan menggunakan wang rakyat yang diselewengkan bagi memastikan dikalangan mereka mendapat habuan yang sewajarnya.

Pihak Majlis Tindakan Dun Sura amat berbesar hati dan merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang menjayakan program Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dun Sura ini.Turut tidak dilupakan para petugas dari kalangan pemuda dan muslimat yang mengiringi di
sepanjang program berlangsung.








































































Read full story

Ramadhan Dan Penurunan Al-Quran

0 comments
sumber : alifmohdyusoff


Terdapat kajian oleh pihak berkenaan yang menyebut bahawa beransur-ansur dalam melaksanakan undang-undang bukan maksud beransur-ansur dalam menurunkan syariat. Ini adalah terjemahan yang tidak betul.Barangkali hasil daripada terjemahan inilah menyebabkan arak masih dibenarkan dijual di negara ini, dihalalkan buat sementara waktu kemudian dikatakan akan diharamkan terus sebagaimana pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w di samping kononnya dilaksanakan syariat secara sedikit demi sedikit.

Oleh kerana terjemahan tidak betul maka fahaman pun turut sama menyeleweng. Tasyri’ dalam bahasa Arab adalah masdar (Kata terbitan) dari Syara’a, tayri’an. Maka tasyri’ itu ialah membuat undang-undang bukan mendaulatkan undang- undang.

Dalam menyebut undang-undang (tasyri’) memang berlaku secara tadarruj (beransur-ansur) di mana undang-undang ini dikatakan beransur-ansur oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w secara tadarruj, beransur-ansur ayat demi ayat.

Inilah sejarah turunnya al-Quran yang bukan sahaja diwahyukan kepada Nabi Muhammad pada bulan Ramadhan, tetapi mewahyukan juga kepada masa-masa lain.

Yang dimaksudkan dengan diturunkan al-Quran di sini ialah turun daripada Luh Mahfuz ke Baitul ‘Izzah pada bulan Ramadhan. Inilah kelebihan bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (al-Baqarah ayat 185)

baca lagi...
Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy